Subscribe News Feed Subscribe Comments


Report BiSik '08

1-3 Ogos 2008 (Jumaat-Ahad)

Program Bakti Siswa Akademik 2008 (BiSik '08) Fasa II telah diadakan di 2 buah sekolah di daerah Kluang, Johor iaitu Sek. Keb. Tunku Mahmood (1) & Sek. Men. Keb. Tun Hussein Onn. Program ini merupakan anjuran bersama kolej-kolej kediaman di UTHM dengan diketuai oleh Kolej Kediaman Tun Dr Ismail.


Bagi SKTM(1), program bermula pada sebelah pagi jumaat dan tamat pada petang sabtu manakala bagi SMKTHO, program bermula pada petang jumaatdan tamat pada tengahari hari ahad. BiSik fasa 2 lebih menekankan kepada persediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan memandangkan pelajar yang menyertai program ini akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi di mana bagi SKTM, kami lebih menekankan dari segi psikologi manakala bagi SMKTHO, kami lebih menekankan kepada teknik-teknik menjawab dan psikologi. Fokus utama kami dalam melaksanakan program ini adalah untuk meningkatkan keyakinan dan daya usaha pelajar untuk berjaya.

Antara slot-slot yang diselitkan di dalam program ini ialah ICE BREAKING, BERSAMAMU, SASARAN PEMBELAJARAN, KAU AKU & DIA, BISIK-BISIK, IDOLA, & SIAPAKAH DIA. Semoga program ini dapat membantu pelajar-pelajar yang terlibat dalam mendapai kejayaan di dalam kehidupan mereka.

Time for Chicken Dance..


Cari Kacang Dalam Tepung..

Di kesempatan ini, saya sebagai pengarah program ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama kepada semua urusetia dan fasilitator yang telah mengorbankan masa dan tenaga mereka dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha anda semua diberkati oleh Allah SWT. InsyaAllah..

Jumpa lagi SKTM(1) & SMKTHO.. Kami doakan anda terus maju..

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 
~::peacemaker87::~ © 2008 Hak Cipta Terpelihara | TNB | blogger.com