Subscribe News Feed Subscribe Comments

~:: About Me ::~

Dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Rhu Sepuluh, Setiu, Terengganu Darul Iman. Mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Rhu Sepuluh, Setiu, Terengganu dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Penarek, Setiu, Terengganu. Setelah mencapai kejayaan cemerlang di dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2002, mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu pada tahun 2003. Tamat pengajian di sekolah menengah, melanjutkan pengajian di Matrikulasi Kedah, Changlun, Kedah dalam kursus Sains Fizik pada tahun 2005 dan tamat pada tahun 2006.


Tahun 2006, mendapat peluang menyambung pengajian dalam Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan kepujian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Menamatkan pengajian dan dianugerahkan dengan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan kepujian pada tahun 2010. Menjalani Latihan Industri di Felda Palm Industries Sdn. Bhd., bertempat di Kilang Sawit Chalok, Setiu, Terengganu untuk tempoh 3 bulan bermula pada 10 Mei 2010 sehingga 2 Ogos 2010. Memulakan tugas sebagai Jurutera Mekanikal di GGS System (M) Sdn. Bhd., Johor Bahru, Johor pada 10 Ogos 2010 sebaik sahaja menamatkan Latihan Industri.
Blog Widget by LinkWithin
 
~::peacemaker87::~ © 2008 Hak Cipta Terpelihara | TNB | blogger.com