Subscribe News Feed Subscribe Comments

Keluarga Cemerlang Dun Permaisuri 2009

KELUARGA CEMERLANG DUN PERMAISURI BAGI TAHUN 2009
Sempena Hari Keluarga Peringkat Dun Permaisuri, Setiu, Terengganu
Pada 26 Jun 2009 Bertempat di SMK Tenku Ibrahim

Hasil kecekalan dan ketabahan kedua ibu bapa kami dalam membesarkan kami sepuluh beradik selama ini telah mendapat pengiktirafan drp pihak awam setelah keluarga kami dianugerahkan sebagai Keluarga Cemerlang sempena sambutan hari keluarga peringkat dun permaisuri pada 26 jun yg lalu hasil anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu..Terima Kasih daripada kami sekeluarga di atas pengiktirafan tersebut.

Namun,bg kami sebagai anak2,pengorbanan yg telah ditunjuk kn oleh ibu bapa kami jauh lebih bermakna drp anugerah tersebut.keperitan kedua ibu bapa kami dlm membesar kn kami semua tidak dpt kami bayang kn dan mungkin tidak mampu kami galasi sekira nya tugas tersebut diletak kn di atas bahu kami.terutama sekali pengorbanan yg telah dilakukan dalam usaha memastikan kami dapat melanjutkan pelajaran kami ke universiti.

Ayah dan Mak,jasa mu x mungkin kami dpt balas.hanya Allah shj yg mampu membalas segala pengorbanan yg telah ayah dan mak lakukan dalam membesarkn kami.semoga diri mu sentiasa berada di dalam rahmat Nya.We Love You Mom and Dad..We Always Love You..

~~gambar kat atas tu diambil semasa hari raya tahun 2007..girls 2 org yg berdiri tu kakak ipar aku..rugi lak x ambil gmbr masa my mom and dad terima anugerah ni..semoga keluarga kami terus bahagia dan sentiasa di dalam redhaNya..ameen..

Anak Saudaraku Yg Kedua

Alhamdulillah,semasa cuti hari tu aku telah dianugerahkan anak saudara ku yg kedua hasil perkahwinan abg sulungku.Anak saudaraku ni diberi nama ADAM AZZIEQ BIN AZHALISAM.

Aku sempat meriba Azzieq semasa majlis cukur rambut yg telah diadakan di rumah keluarga isteri abg ku di besut setelah seminggu kelahiran Azzieq.Dapat jgk la berlatih nk memegang anak sendiri nanti.hehe..

Doaku sbg bapa saudara,semoga Azzieq membesar dlm keadaan yg sihat walafiat dan besar nnt jadilah anak yg soleh yg dapat berbakti kepada kedua ibu bapanya dan dapat berjuang dalam menegakkan agama.

Tahniah buat abg ku kerana dikurniakan cahaya mata pertama dalam keluarga beliau.Semoga beliau dapat menjaga amanah yg telah diberikan kepada nya oleh Ilahi dgn baik.Didik lah anak mu mengenal Tuhan Yang ESA..Semoga dengan kehadiran cahaya mata tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yg telah terbina.Amin...

Penjelajahan Bandar Muar...

Hari ni aku berkesempatan menjelajah bandar Muar buat pertama kali nya,dan yg lebih menarik aku menjelajah seorg diri walaupun aku tidak pernah menjejak kn kaki ke Bandar Muar.Tujuan ku hanya 1,ingin ke HP Service Centre sbb nk repair laptop aku yg x sihat tu..Dekat sejam jgk la aku pusing2 dlm bandar muar tu nk cari HP Service Centre tu..dgn bantuan pekerja kat sebuah kedai yg aku dh lupa nama kedai tu,yg aku ingat kedai barangan letrik.aku jumpa jgk kedai HP tu.dengan terrer nya pekerja kat centre tu membaiki laptop aku.so pulang dgn hati yg happy la,x sia2 aku dtg dr jauh..

Tp malang tidak berbau..mlm ni laptop aku buat hal lg.tension!!!dh xleh nk buka langsung dh..baru je nk berseronok dgn laptop kesayangan aku tu.ntah apa plak problem nya.malas dh nk g muar,bkn nya dekat,1 jam jgk dari batu pahat..nk hantar kat kedai biasa kena keluarkn duit plak..

Nasib baik la hari ni aku ada penghibur yg baru..on the way blik dr muar td sempat singgah ke kedai ikan kegemaran aku kat batu pahat.aku beli ikan naga atau nama saintifik nya Arapaima Gigas (ntah betul ke x ejanya..hehe..).kat bawah ni gmbar haiwan peliharaan aku yg baru ni.kecik lg,sebesar jari telunjuk aku je,aku beli dgn harga RM3.50..hope dpt bela sampai jadi mcm ikan naga kat kedai tu..kat kedai tu ada dua ekor ikan naga sebesar tubuh manusia,jauh lg besar drp badan aku.aku pn terkejut masa 1st time tgok ikan tu..sbb tu la aku suka g kedai tu.dpt tgok byk jenis ikan.dpt la tenangkn fikiran yg serabut.

Ikan Naga ku yg belum bernama.Korang la bg cadangan nk bg nama apa..bg nama yg ganas2 sket seganas ikan nya.hehe..

I'm Back With The New Spirit..(^_^)

Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan kepada semua..Selamat bertemu kembali setelah hampir 2 bulan aku berhibernasi kat rumah,memenuhi ruang cuti ku dgn makan dan tidur je,itu la rutin ku di rumah selama 2 bulan.Tp yg pelik nya badan aku x naik2 jgk,still kering mcm dulu jgk..huhu..dh kepenatan memikirkan idea nk tambah berat badan.hehe..

Kini,aku kembali ke mengharungi liku-liku hidupku sebagai seorg pelajar sebuah universiti..

Baru-baru ni dunia dikejutkan dengan kematian raja pop dunia,Michael Jackson atau Mikaael yg dikatakan telah memeluk Islam yg aku sendiri belum tahu kepastian mengenai keIslaman beliau..Yg pasti,aku tidak mengambil kisah sgt tentang kehidupan raja pop tersebut.hehe..

Influenza A atau Virus H1N1 atau lebih tepat lg Selsema b***, yg sedang menular di seluruh dunia sekarang,semoga keadaan semakin bertambah baik.Sekiranya anda membaca akhbar,universiti aku sendiri telah mengambil langkah mengkuarantin pelajar2 dari luar negara selama seminggu dan 4 org pelajar yg baru mendaftar diarahkan pulang dan kembali setelah demam mereka sembuh.Jgn aku pn diarah kn balik sudah la..hehe..

New Semester with the New Spirit..sama mcm semester2 yg lepas jgk,memulakn sesi semester yg baru dgn penuh semangat untuk terus berjuang demi masa depan.Walaupun aku memulakan semester ini dengan sedikit kesedihan apabila laptop aku mengalami kerosakan,xtau lg bila nk g repair.Ni pn pinjam laptop member..Yg pasti,semester ini merupakan semester yg paling sukar untuk aku tempuhi dan aku harap aku berjaya menempuhi nya tanpa sebarang masalah yg boleh menjejaskan pelajaran ku.

Semester ni,aku memulakan PSM (Projek Sarjana Muda) aku.PSM aku berkisarkn nk hasilkan fabrik untuk baju kalis peluru menggunakan sabut kelapa.Aku sendiri pn masih x faham dgn apa yg aku nk buat ni,masih dalam proses perbincangan dgn penyelia aku.Aku baru je hantar borg cadangan tajuk.Yg pasti,selepas ini aku akan mengadap sabut kelapa,menguji dan menganalisi properties sabut kelapa tu..Hasil nya nnt kita tunggu dan lihat.(^_~)

Kepada follower2 yg terus mengikuti perkembangan blog aku ini yg kadang2 aku tinggalkn x bertuan,teruskn sokongan anda..nnt aku belanja air suam kat kedai mamak sebelah universiti aku ni.hehe..

Adios,tq kerana sudi membaca..Jumpa lg..
Blog Widget by LinkWithin
 
~::peacemaker87::~ © 2008 Hak Cipta Terpelihara | TNB | blogger.com