Subscribe News Feed Subscribe Comments

9 jenis syaitan

Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (# BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

4 golongan lelaki yang ditarik oleh perempuan ke neraka

Pertama:-Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:-Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:-Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak ...... nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ... maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak ?????

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim masuk syurga ..... janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB. AMIN..... YA RABBALALAMIN. Wassalam.

Final Exam..

I don't know what should i write today..
Today I'm little bit busy (with sleep, hahaha..) because tomorrow is my first paper for final exam..

My first paper is as you can see beside, Hubungan Etnik. Honestly I don't like this subject because this subject is a theory subject. I don't like reading and that's why I don't like this subject.. This subject has 10 topics but until now I only finished about 2 of it,haha..(little bit funny right?)..I don't know I could finish read it tonight or not..I hope I can do well in the exam tomorrow and wish me luck in my first paper and next papers..Thanks..(^_^)

BOIKOT BARANGAN BELANDA !!!

Gesaan daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) supaya memboikot barangan Belanda disambut oleh pelbagai pihak..

Pasaraya MYDIN kini telah melakukan pemboikotan..

ANDA BAGAIMANA ???


Bersama-samalah kita menegakkan kesucian Agama Islam..

* Dumex & Nutricia telah dikeluarkan dari senarai barangan yg diboikot kerana syarikat tersebut telah diambil alih oleh negara lain, kalu x silap perancis kot..

FITNA HINA ISLAM

FILEM HINA ISLAM MULA DITAYANGKAN.

AMSTERDAM 28 Mac - Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders telah memulakan penayangan filem Fitna yang menghina Islam dengan memetik beberapa ayat Al-Quran dengan imej latar belakang serangan pengganas.

Filem 15 minit itu disiarkan dalam satu laman web bermula semalam dan disusuli kemudian penyiaran secara segmen oleh beberapa saluran televisyen Belanda.

Amsterdam sebelum ini memberi amaran kepada Wilders bahawa filem tersebut bakal mencetus keganasan di negara Islam seperti yang berlaku semasa penerbitan kartun menghina Nabi Muhammad S.A.W.

"Filem itu menyamakan Islam dengan keganasan. Kami menolaknya."

"Kami kesal Wilder tetap menayangkan filem ini. Kami Percaya ia tidak menyumbang apa-apa kecuali kesilapan," kata Perdana Menteri Belanda, Jan Peter Balkenende.

Stesen-stesen televisyen di Belanda enggan menyiarkan filem ini dan Wilder sendiri menghadapi kesukaran mendapatkan platform internet.

Filem tersebut dilaporkan memaparkan kenyataan dari beberapa ulama dan petikan ayat-ayat Al-Quran yang berlatarkan imej serangan 11 September 2001, serangan kereta api di Sepanyo; pada 2004 dan pembunuhan pengarah filem Belanda pada 2004.

Filem tersebut dan diakhiri dengan karikatur Nabi Muhammad S.A.W yang kemudiannya disusuli dengan bunyi koyakan kertas.


KERAJAAN KUTUK PENAYANGAN FILEM FITNA.

Kuala Lumpur 29 Mac - Kerajaan hari ini mengutuk tindakan Ahli Perlimen Belanda, Geert Wilders yang memulakan penayangan filem Fitna kerana ia merupakan satu penghinaan kepada umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, filem itu jelas berniat jahat kerana menghina Kitab suci Al-Quran.

Serentak itu, beliau meminta semua umat Islam di negara ini bersatu padu menentang tindakan jahat tersebut tanpa mengira pegangan politik masing-masing kerana jelas pihak berkenaan mahu mencemarkan kesucian agam Islam.

"Penghinaan terhadap Al-Quran merupakan penghinaan kepada semua umat Islam seluruh dunia kerana Al-Quran merupakan kitab suci umat Islam."

"Penghinaan ini tidak dapat diterima apatah lagi dalam keadaan kerajaan Belanda seolah-olah lepas tangan dengan kerja jahat penerbit filem Belanda ini," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Wilders yang telah memulakan penyangan filem Fitna yang menghina Islam dengan memetik beberapa ayat Al-Quran dengan imej latar serangan pengganas.

Amsterdam sebelum ini memberi amaran kepada Wilders bahawa filem tersebut bakal mencetus keganasan di negara Islam seperti yang berlaku semasa penerbitan kartun menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Getting More Serius..

Can't sleep !!!

Masalah yg membelenggu hidup ku sejak memasuki matrikulasi dan sekarang keadaan ku ini semakin teruk. Sejak 2 bulan kebelakangan ni jarang sgt aku dpt tidur malam, smpai boleh dikira. Aku pn x tahu kenapa, dah cuba utk tidur tapi x dpt..

What should I do???

Patut ke aku mengambil pil tidur setiap kali aku x dpt tidur malam? Apa pulak kesan nya kalau aku mengamalkan pil tidur untuk tidur? Persoalan yang sentiasa membelenggu dibenak fikiranku..


I want to be normal like the others.. Somebody please help me..

Kesibukan di Akhir Semester

Sedar x sedar sekarang dah akhir semester. Minggu depan dah start final. Tapi yang pelik nye kerja makin bertambah-tambah. Pening kepala dibuatnya, kadang-kadang timbul jgk rasa nk putus asa tetapi kerana amanah yang diserahkan terpaksa jgk kuatkan diri ini untuk terus berjuang.

Kejap tadi baru je meeting pasukan pencak silat, pasukan yang sekarang ni berada di zaman kejatuhan walaupun nama pasukan pencak silat UTHM merupakan satu nama besar di dalam dunia silat di malaysia ni tapi pada hakikatnya pasukan ini berada dalam keadaan kritikal kerana sangat kekurangan pelapis. So, tadi dah decide untuk hantar jugak pasukan pencak silat UTHM ke kojohanan sukan MASUM 2008 walaupun agak lewat untuk membuat persiapan ahli2 baru. So makin byk la kerja sebab kena ajar budak2 baru. Tapi xpe la sebab tu dah tanggungjawab.

Tapi yang lebih memeningkan kepala ni sebab tarikh kejohanan masum berhampiran dengan program motivasi bimbingan pelajar anjuran kolej kediaman yang aku duduk sekarang dan aku merupakan pengarah program. So x tahu la nk buat macamana, terpaksa la aku ketepikan dahulu program motivasi tu sebab aku rasakan pasukan silat lebih memerlukan aku berbanding program motivasi tu yang ternyata ramai lagi yang boleh mengambil alih tugas aku. Tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab, aku buat jgk la kerja aku sebagai pengarah program cuma mungkin di hari program aku tidak berada dalam program. Harap semua ajk pelaksana program tersebut faham la dengan situasi aku sekarang. Hehe..

So sekarang aku fokus pada silat walaupun peluang untuk memperbaiki keputusan MASUM tahun lepas agak tipis kerana kali ni aku terpaksa bergandingan dengan pasangan baru kerana pasangan lama aku dah bersara tetapi akan tetap ku perjuangkan sebab rezeki tu Tuhan yang tentukan. Kalu dah ditakdirkan aku menang, tetap akan menang, begitu jgk sebaliknya. Yang penting usaha dulu..bak kata orang jepun "Gambate Kudasai !!!"..

Aku rasa cukup stakat ni dulu la luahan hati ini untuk kali ini, dh x tahu nk tulis apa sebenarnya,hehe.. Hope kesibukan ni x mengganggu persiapan untuk menghadapi peperiksaan akhir semester minggu depan. Wish me luck in my exam and all the best to all yang akan ambil final exam kat u masing2..

Wanita itu seperti rumput semalu..

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Alhamdulillah..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana diberi kelapangan dan kemudahan untuk hambaNya ini untuk mencipta blog ini. Tujuan diri ini membuka blog ini bukanlah bertujuan untuk mendapatkan perhatian, tetapi sekadar untuk berkongsi pengalaman pahit manis hidup di dunia yang penuh dengan dugaan ini. Tambahan pula makin ramai sahabat-sahabat yang mula membuka blog masing-masing untuk berkongsi pengalaman hidup masing-masing, so apa salahnya jika diri ini juga berkongsi pengalaman hidup dengan teman-teman seperjuangan walaupun sebelum ini pernah beberapa kali untuk membuka blog sendiri tetapi tergendala di tengah jalan, hope kali ini dapat diusahakan dengan lebih serius. Semoga dengan adanya blog ini tidak mendatangkan sebarang fitnah keatas mana-mana pihak, sebaliknya memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah..(^_~)
Blog Widget by LinkWithin
 
~::peacemaker87::~ © 2008 Hak Cipta Terpelihara | TNB | blogger.com