Subscribe News Feed Subscribe Comments

Setelah Kesulitan Ada Kemudahan..

Wahai manusia; setelah lapar ada kenyang, setelah haus ada kepuasan, setelah berjaga malam ada tidur nyenyak, dan setelah sakit ada kesembuhan. Setiap yang hilang pasti ketemu, dalam kesesatan akan datang petunjuk, dalam kesulitan ada kemudahan, dan setiap kegelapan akan ada terang-benderang.

...mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya) atau sesuatu keputusan dari sisiNya... (Al-Ma'idah: 52)

Sampaikan khabar gembira kepada malam hari bahawa, sang fajar pasti datang mengusirnya dari puncak-puncak dan dasar-dasar lembah; kepada orang dilanda kesusahan bahawa; pertolongan akan datang secepat kilat cahaya dan kerdipan mata; kepada orang yang ditindas bahawa kelembutan dan dakapan hangat akan segera tiba.

Saat anda melihat hamparan padang Sahara yang seolah memanjang tanpa batas, ketahuilah bahawa di sebalik kejauhan itu terdapat kebun yang rimbun penuh hijau dedaunan. Ketika anda melihat seutas tali meregang kencang, ketahuilah bahawa, tali itu akan segera putus.

Setiap tangisan akan berhujung dengan senyuman, ketakutan akan berakhir dengan rasa aman, dan kegelisahan akan sirna oleh kedamaian. Kobaran api tidak mampu membakar tubuh Nabi Ibrahim 'Alaihissalam. Dan itu, kerana pertolongan Ilahi membuka 'jendela' yang mengalir...

...kesejukan dam keselamatan... (Al-Anbiya': 69)

-petikan dari buku La Tahzan (Jangan Bersedih) karangan Dr 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni

Betulkan niat kita..

Dari Amirul Mukminin, Abu Hafs, Umar bin Khathab ra. berkata: Aku mendengan Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya diterimanya amal perbuatan itu bergantung pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapat apa yang ia niatkan. Barangsiapa berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya (akan diterima) sebagai hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, dan barangsiapa berhijrah kerana dunia yang akan ia perolehi atau wanita yang hendak dinikahinya, maka ia akan mendapati apa yang ia tuju."
(HR. Dua Imam Ahli Hadits: Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardawih Al-Bukhari dan Imam Abu Husain Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al=Quraisy An-Naisaburi dalam kedua kitabnya yang merupakan kitab hadits yang paling shahih).

Ulasan ringkas;
Setiap amalan mestilah disertakan dengan niat dan nescaya kita akan perolehi apa yg diniatkan. Sekiranya kita melakukan sesuatu kerana nama dan harta, kita pasti akan memperolehinya. Tapi perlu diingatkan, sampai bila nama dan harta itu akan kekal? Mungkin kebaikan yang kita lakukan akan dipuji dan disanjung oleh orang. Tetapi sampai bila kita akan disanjung oleh manusia kerana kebaikan kita itu? Mungkin esok atau lusa kebaikan itu akan dilupakan.

Oleh itu sedarlah wahai insan, lakukan lah segala amalan kerana mencari redha Allah kerana Allah tidak akan lupakan setiap amalan hambanya tidak kira amalan baik mahupun buruk. Setiap amalan walaupun sebesar zarah akan dihitung oleh Allah di akhirat. Setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan oleh Allah SWT.

Semoga segala apa yang kita kerjakan mendapat redha Allah dan dijauhkan dari murka-Nya.

Thank You Allah

Alhamdulillah..
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dari Nya program bakti siswa akaedmik 2008 (BiSik 08) bg fasa II yg diadakan pada 18-20 Julai yg lalu bertempat di SK Sungai Tongkang dpt dijalankan dengan lancar walaupun pada permulaan nya berlaku sedikit kekalutan namun semua itu diatasi dengan pertolongan dariNya.

Hari ni plak kertas kerja delegasi akademik ke jepun 2008 (Ikatan 08) telah diluluskan oleh timbalan naib canselor. Thanks again to Allah. So lepas ni bleh la nk focus pada gerak kerja.

Semoga diri ini sentiasa berada dalam bantuan dan pertolongan Ilahi..

new semester has started

semester baru dh start..
hari pertama dengan azam baru..
tp 1st class still mcm sem2 lepas jugak..
tunggu dekat setengah jam lecturer x dtg2..
sedikit menjatuhkan semangat pelajar2 yg ingin berubah..hehehe..
semoga semangatku terus berkobar-kobar untuk meneruskan perjuangan di hari2 yg seterusnya..
InsyaAllah..
Blog Widget by LinkWithin
 
~::peacemaker87::~ © 2008 Hak Cipta Terpelihara | TNB | blogger.com