Setelah hampir 4 bulan aku tidak pulang, akhirnya aku diberi kesempatan utk pulang ke kampung halaman aku. Last aku blik kampung masa cuti raya puasa dulu.huh.. lama tu,dh rindu sgt2 kat suasana kampung. Hari2 berdepan dgn suasana bandar ni agak memeningkan kepala aku walaupun tempat aku keje ni xde la bandar sgt pn.hehe.. So, balik kampung ni dpt la aku clean balik otak aku yg dh penuh serabut dgn kerja ni.
1st day kat kampung, mcm biasa, aku gunakan utk rehat secukupnya. tidur smpai tengahari,haha.. my family, mereka sgt memahami, biasanya 1st day aku balik diorg xkan kacau nyer aku nk tidur x bangun2 pn.hehe.. petang nyer aku mencuci kolam ikan kat rumah aku yg dh berlumut, seingat aku kolam tu dh hampir 8 bulan x dicuci, last aku cuci sebelum aku memulakan kerja kat johor. so korang bayang la tahap kekotoran kolam tu, ikan pn boleh mati lemas kot.hehe..
2nd day, aku ke besut, menghadiri majlis menyambut menantu kat rumah mak saudara aku. so faham2 je lah, bila saudara mara jumpa jer aku mesti xde nyer soalan lain yg ditanya, "doh ni bila lagi nok nikoh?"..haha.. sorry la makcik pakcik, duit x cukup lg..haha.. Tengah2 kehangatan majlis menyambut menantu tu, kami adik beradik plak hangat membincangkan aktiviti keluarga kami utk malam nyer.. FAMILY BBQ.. setelah sekian lama, kali ni semua ahli keluarga balik ke kampung kecuali abang sulung aku yg terpaksa berkejar ke johor atas sebab kecemasan, so dia x dpt attend aktiviti malam tu, dia balik keesokan harinya.. So, ini lah org kuat utk aktiviti mlm tu, yg lain pandai makan jer..hampeh tul..haha..
3rd day aka last day, masa utk meluangkan masa bersama keluarga, hari ni masing2 mula beransur2 pulang ke destinasi masing2. Sebelum pulang, aku sempat menggunting rambut 2 org abg aku, bila sampai turn aku, siapa mau tolong guntingkan?haha.. Menggunakan mesin rambut yg ada, aku try gunting rambut aku sendiri, then dibantu oleh adik bongsu aku & sorg lagi adik aku, last skali direpair oleh ayah aku. Hasilnya, bila dtg ofis, beberapa org staf menyapa, "dah masuk askar ker?" haha..
Yg pasti, aku pulang ke Johor dgn tertinggal gambar konvo aku, ingat nak frame kn gamabr2 tu, so terpaksa la tangguhkan lg projek tu, hanya sempat mengambil softcopy gambar2 dari kamera ayah aku.
Yg pasti, aku pulang ke Johor dgn tertinggal gambar konvo aku, ingat nak frame kn gamabr2 tu, so terpaksa la tangguhkan lg projek tu, hanya sempat mengambil softcopy gambar2 dari kamera ayah aku.
1 benda lg yg aku tertinggal, cek nuffnang aku..huhu.. cek pertama setelah hampir setahun lebih aku join nuffnang, tu pn cek bernilai RM54 jer..haha.. xleh nk cash kn lg la cek tu, kena la tunggu balik kampung lg lain kali.. Apa2 pun, thanks to nuffnang sbb bagi aku duit free, bleh la nk wat mkn kfc ker, pizza ker..haha..
0 comments:
Post a Comment