Subscribe News Feed Subscribe Comments

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan...

Alhamdulillah..
Aku memanjatkan kesyukuran kepada-Mu Ya Allah kerana telah memberi kesempatan kepada hamba-Mu yang lemah ini untuk bertemu sekali lagi dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini.

Ramadhan, tetamu agung yang dinanti-nanti kan oleh setiap Umat Islam. Satu bulan yang di dalamnya terkandung dengan seribu rahmat. Setiap amalan sunat di dalam bulan Ramadhan ganjarannya seperti amalan fardhu di dalam bulan2 lain dan amalan fardhu di dalam bulan Ramadhan ganjarannya seperti 70 amalan fardhu di dalam bulan2 lain. Dan di dalam nya terkandung satu malam yang lebih baik dari seribu malam di bulan2 lain iaitu Lailatul Qadar.

Di zaman Rasulullah, tetamu agung ini sgt dinanti-nantikan. Apabila bulan Ramadhan hampir tiba, para sahabat menangis kerana kegembiraan. Mereka tidak sabar2 untuk bertemu tetamu agung iaitu bulan Ramadhan. Dan apabila berada di penghujung Ramadhan, mereka sekali lagi menangis kerana sedih apabila tetamu agung ini ingin pergi meninggalkan mereka dan mereka bimbang jika tidak dapat lagi untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini di tahun akan datang.

Namun, situasi ini amat berbeza jika dibandingkan dengan situasi di akhir zaman sekarang. Sekarang, apabila Ramadhan bakal menjelma, semua umat Islam akan gembira. Namun, bukan nya kedatangan Ramadhan yang digembirakan, tetapi mereka gembira kerana Syawal bakal datang, Hari Raya akan datang. Bila Ramadhan hampir tiba, masing-masing mula sibuk dgn persiapan untuk sambut hari raya. Yang perempuan mula sibuk untuk menepah baju raya, biskut raya, dan mcm2 lagi. Pasaraya pula mula sibuk dengan jualan murah sempena hari raya. Xpernah pulak aku jumpa pasaraya yang buat jualan murah sempena bulan puasa. Semoga Ramadhan kali ini akan ada perubahan, tidak seperti ramadhan yang sebelumnya..

Aku memohon kepadaMu Ya Allah, Kau pasakkan lah hatiku kepadaMu. Semoga Ramadhan kali ini dapat mendidik hati kecilku ini untuk lebih mendekatiMu. Jangan Kau biarkan aku terus lalai dibuai oleh dunia yang fana ini. Aku berdoa semoga hamba-hambaMu kembali kepadaMu, mengabdikan diri mereka kepada Mu.

InsyaAllah, disepanjang bulan yang mulia ini, aku akan hiasi blog aku ini dengan artikel dan luahan yang berkaitan dengan Ramadhan. Semoga Allah mencurahkan idea ke dalam benak fikiranku ini untuk melontarkan idea2 itu di dalam blog ku yang x seberapa ini..

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK.

Merdeka !!!

31 Ogos, hari kemerdekaan bagi Malaysia. Malam ni, seluruh rakyat Malaysia sekali lagi menyambut kemerdekaan negara buat kali ke 51. Setiap tahun hari ini diraikan dengan meriah dan gilang gemilang. Menanti saat detik jam 12 malam telah menjadi satu kewajipan bagi seluruh rakyat Malaysia. Hari ini dianggap satu hari yang cukup bermakna bagi semua rakyat Malaysia yang melambangkan semua rakyat Malaysia itu bebas dari segala bentuk penjajahan.

Namun, cuba kita fikirkan kembali disebalik kegembiraan kita menyambut kemerdekaan ini. Adakah kita betul2 merdeka? Apakah erti kemerdekaan? Adakah merdeka itu sekadar merdeka dari penjajah yang telah menjajah kita dulu? Sedangkan minda kita telah teruk dijajah oleh barat. Itukah merdeka yang kita inginkan?

Perayaan kemerdekaan itu sendiri melambangkan kita semakin teruk dijajah. Setiap tahun, berapa ramai pasangan yang ditangkap khalwat pada malam kemerdekaan? Setiap tahun, berapa ramai remaja2 yang ditangkap kerana mengadakan pesta liar pada malam kemerdekaan? Setiap tahun, berapa ramai orang melayu merayakan kemerdekaan dengan arak & perempuan? Yang lagi menyedihkan, setiap tahun, berapa ramai gadis melayu yang jadi korban malam kemerdekaan?

Inikah kemerdekaan yang dicari? Merdeka untuk melakukan apa sahaja tanpa mengira hukum & syara'. Pesta2 dilakukan secara besar-besaran melambangkan kemerdekaan sedangkn pesta2 besar itu salah satu agenda barat untuk menjajah pemikiran umat Islam. Dimanakah nilai kemerdekaan itu?

Mungkin ada majlis2 keagamaan dalam menyambut kemerdekaan ini seperti solat hajat, majlis kesyukuran dll. Namun begitu, berapa keratkah rakyat Malaysia yang menyertainya jika nk dibandingkan dengan rakyat yang berkumpul di dataran merdeka,klcc dll. Sampai bila situasi ini akan berterusan? Inikah negara yang diiktiraf sebagai negara Islam? Marilah kita renungkan sejenak. Merdekakah kita? Merdekakah jiwa kita? Merdekakah minda kita?

MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!

Semoga Hari Kemerdekaan kali ke 51 ini membawa erti kemerdekaan yang sebenar di dalam setiap jiwa umat Islam di Malaysia khususnya. InsyaAllah..

Apa-apa pun, tidak lupa kepada semua tokoh-tokoh yang telah memerdekakan kita dari penjajah2 barat. Jasa mereka dalam membebaskan kita dari terus ditindas amat dihargai. Oleh itu, kita sebagai pewaris kemerdekaan ini seharusnya tidak merosakkan kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh org2 terdahulu dengan membenarkan minda2 kita dijajah oleh barat.

MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!

Tiket Raya Habis !!! Mahal lak tu...

Kaunter tiket bas Transnasional untuk cuti raya Aidilfitri telah dibuka pada hari smalam, 27 Ogos 2008. Apa yg mengejutkan, baru je buka tiket semua dh habis.. Dh la bratur pnjang tunggu turn, tiba2 org kaunter tu ckp,"tiket ke terengganu utk 24,25, & 26 Sept dh habis.." Huhu..betapa sedihnya hati ini..kena la ambil tiket 27Sept..cepat betul org2 ni semua kalu bab nk balik raya..tiket ke kelantan lg dasyat, sampai 28hb pn dh habis..kesian bdk2 kelantan..(atau ada konspirasi lain disebalik kehabisan tiket ini?hmmm..tuhan shj yg tahu..)

Tp apa yg lg mengejutkan aku, harga tiket ni melambung dengan mendadaknya..tiba2 je tiket bas ada surcharge.(ingat aku nk naik flight ke???) nk balik punya pasal terpaksa la beli jgk..sebelum ni harga tiket ke tganu RM33.50, tp tiket ni harga RM43.60.Thats mean harga naik RM10.10 dan kalu dilihat betapa "cerdiknya" mereka, mereka letak RM10.10 atas nama surcharge yg x tahu apakah relevennya surcharge tu, yg aku nmpk semua tu hanyalah untuk mengaut keuntungan mudah disebalik keterdesakan org ramai utk mendapatkan tiket utk balik kampung.. tiada ssesiapakah yg ingin membela nasib kami semua???

Kat bwh ni tiket yg aku beli semalam..



Kurma Yahudi

Sekarang bulan puasa bakal menjelma
berhati-hati
be careful of Kurma Yahudi
Tolong Distribute!

Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia.Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini...

Kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini. Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi.
PLEASE FOWARD...

Sumber: Buletin @ Friendster Post by LuVeNy

Pesta Konvo UTHM kali ke-7

Tahun 2008, skali lg UTHM menganjurkan Pesta Konvokesyen untuk kali ke-7 yg berlansung dari 21-25 Ogos 2008 bertempat di sekitar campus UTHM. Pesta ini telah berakhir pada 25 ogos dengan diakhiri dengan aktiviti Forum Agama yg bertajuk 'Aku Terima Nikahnya'. Seperti tahun lepas, tahun ni aku juga melibatkan diri secara tidak langsung dlm pesta konvo tersebut. Kalau tahun lepas aku terlibat dalam Cabaran Teh Tarik, pada tahun ni aku terlibat dalam membawa pelajar2 sekolah untuk melawat ke pesta konvo pd 23 Ogos 2008.

Sekolah yg terlibat dlm lawatan tersebut ialah SMK Tun Hussein Onn yg telah menghantar pelajar seramai 30 org. Pada awalnya program tersebut melibatkn 4 buah sekolah iaitu SMK Tun Hussein Onn, SM Sains Johor, SK Sungai Tongkang dan SK Tunku Mahmood(1). Namun, hanya SMKTHO yg dpt menghantar pelajar kerana sekolah2 lain terpaksa membatalkn penyertaan di saat akhir kerana masalah yg tidak dpt dielakkan. Program bermula dgn membawa pelajar2 SMKTHO utk melihat upacara perasmian konvokesyen yg telah dirasmikan oleh Tengku Mahkota Johor. Niat kami utk membawa pelajar2 ke tapak pesta tergendala kerana tiba2 hujan turun. Program terpaksa diubah dgn membawa pelajar2 melawat ke perpustakaan universiti. Pd jam 12 tengahari, kami bawa juga bdk2 ni ke tapak pesta walaupun hujan masih renyai2. Disepanjang melawat tapak pesta, nmpkny nasib tidak menyebelahi kami kerana hujan turun dgn lebatnya sehingga kami tidak dpt keluar dr tapak pesta. Selesai mkn tengahari, lebih kurang jam 2 ptg bas sekolah dtg utk pick up diorg kat tapak pesta. Walaupun kami basah kuyup sepanjang program tersebut, masih terpancar cahaya keriangan diwajah2 pelajar dan urusetia yg terlibat dlm program ini dan itulah yg menyebabkn aku sendiri tersenyum gembira. Semoga lawatan ini dpt menaikkn lg semangat pelajar2 tersebut utk berjaya dlm peperiksaan yg bakal mereka hadapi.

Itu kisah aku dgn program aku yg entah bila akan selesai..hehe..for me, pesta konvo kat UTHM ni xla best sgt kalau nk dibandingkn dgn U lain namun aku tetap bangga dgn pesta konvo kat sini(ye ke?haha..). New experience I got from this konvo, aku dpt try mkn sup gear box.boleh thn la..tu pn mkn sebab dpt kupon free RM5.hehe.. Apa yg aku beli sepanjang pesta? emm..mee sup, keropok goreng rm3..tu je kot..

Semoga pesta konvo tahun2 akn dtg lebih meriah..xyh buat konsert pn xpe.. bykkn gerai je..tambah kn pertandingan.. (^_~)

Kenapa???

Kenape kita tido di masjid, tapi tatkala Khutbah telah tamat kita terus terjaga? Kenape terlalu susah utk berkata ttg Allah..tapi terlalu senang utk berbicara ttg sex....Kenape kita terlalu bosan (malas) utk membaca al-Quran..tapi terlalu senang membaca majalah playboy (lucah)?? Mengapa terlalu mudah utk kita memadam mesej berkenaan Islam..kemudian kita menyebarkan (forward) mesej yg nakal (mesej kurg elok)??.. Kenape masjid2 makin kurang jamaahnya, sedangkan bar2 dan kelab2 malam semakin ramai pengunjungnya?? Fikirkanlah ttg nya.. Adakah anda akan sebarkan (forward) mesej ini atau memadamkannya (delete) ? Ingatlah yang Allah sentiasa memerhatikan mu, jika anda cintakan Allah maka semestinya anda akan menghantarkan mesej ini kepada semua yg berada dlm senarai anda...

a mesej i got from a friend through friendster..

Biskut Raya 2008

MEH PAKAK BELI SEKUK RAYA

RM 18 = 50 PIECES UNTUK SEMUA JENIS BISKUT RAYA
JIKA BERMINAT SILA BUAT TEMPAHAN SEBELUM;
13 SEPTEMBER 2008



COKLAT HONEY


TAT TERATAI


LONDON ALMOND


RICE BUBBLE


BLACK JACKS


RED ALMOND


LEMON HEART


MELON SEEDS


COCO CHIP

BOIKOT !!!


FAKTA-FAKTA PENTING
  • Kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh Rejim Yahudi yang disokong Kerajaan Amerika terhadap kemanusiaan dan negara-negara lemah telah berlarutan sejak puluhan tahun dahulu.
  • Mereka pula disokong kuat dengan bantuan moral dan kewangan yang besar oleh banyak syarikat-syarikat penyokong dan berkepentingan Yahudi yang tidak bermoral, tidak bertanggung jawab dan semata-mata “ mempergunakan pengguna” yang sering dilayan tak lebih dari haiwan (goyim).
  • Sebagai manusia yang adil, pengguna bijak dan menjaga maruah kita, seharusnya kita berurusan dengan syarikat yang menghormati hak kemanusiaan dan kepenggunaan. Adalah lebih baik kita memberi keuntungan kepada syarikat yang mesra pengguna, bermoral dan beretika daripada syarikat yang tidak menghormati malah menindas nilai kemanusiaan, keagamaan malah menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk terus membantu proses penindasan dan kezaliman.
  • Atas kesedaran ini, rasanya tidak cukup untuk kita sekadar “ mengutuk” Rejim Israel. Setiap daripada kita yang sedar dan ingin melakukan sesuatu untuk menghentikan keganasan dan kezaliman ini dapatlah memainkan peranan dengan menyertai boikot terpilih bagi menyampaikan isyarat kepada mereka yang buta perasaan dan hati ini.
  • * Demi keamanan & kesejahteraan kemanusiaan sejagat bersatu kita BOIKOT 3 buat permulaan, 3 produk pilihan yang terbukti menyokong dan berkepentingan Yahudi dipilih sebagai produk yang akan diboikot bagi memberi fokus dan memudahkan kita mengukur keberkesanan kempen boikot produk penyokong dan berkepentingan Yahudi bagi menentangi keganasan dan peperangan.
  • Asas pemilihan 3 syarikat ini adalah kerana terdapat banyak lagi produk altenatif, produk tidak kritikal, produk tidak membawa kebaikan selain daripada dasar syarikat dan produk yang amat tidak beretika..
  • Jika jualan mereka boleh dijejaskan dengan boikot ini, syarikat-syarikat lain juga akan berfikir 2 kali kali sebelum meneruskan sokongan mereka kepada Rejim zalim ini.
  • Perjuangan ini dibawa dan didokong bersama: MAPAN, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, AMAN MALAYSIA, PRESMA, KIMMA, IIS, Yayasan Kerjaya Malaysia, parti-parti Politik, NGO-NGO Kemanusiaan & Keamanan, individu-individu yang inginkan kedamaian serta rakyat Malaysia prihatin yang tidak dapat disenaraikan.
  • “ Penyokong kepada musuh kita adalah musuh kita jua.” Perjuangan membela keadilan dan kesejahteraan kemanusiaan sejagat adalah tanggungjawab kita bersama dan memerlukan sedikit pengorbanan. Ianya boleh dilakukan sebagai agenda kita bersama walaupun kita mempunyai fahaman, ideologi dan keturunan yang berbeza.Mari kita buktikan kita boleh lakukan sesuatu dalam perjuangan membawa keamanan dan masa depan kita bersama!
Sumber:http://www.muslimconsumer.org.my

Masih Ada Yg Berminat..

Alhamdulillah..

Baru beberapa jam aku iklankan pasal nk jual laptop aku tu kat mudah.com.my, dh 3 org yg menghubungi aku bertanya pasal laptop tu..2 org berminat utk beli,dua2 kat jb..huh..kena g jb la plak next week..nasib baik dua2 area utm.Bleh gk aku melawat member aku kat sane. Hope ada yg beli la..InsyaAllah..

Nk tgok iklan 2?
Sila la klik

Kasihmu Amanahku

IN TEAM - Kasihmu Amanahku

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami Isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan menginsafkan kita
Perlunya iman dan taqwa meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah dilubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama Suami dan Isteri

Isteri hamparan dunia Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora Suami menjadi purnama
Tika Isteri beri hempedu Suami tabah menelannya

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah dilubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Tika Suami terteguk racun Isteri carilah penwarnya
Sungguh Isteri rusuk yang rapuh berhati-hatilah meluruskannya

Download MP3

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru Buat Kakakku Yang Tersayang..
Alhamdulillah, dengan izin-Nya, kakakku, Nur Hafiza Ramli telah diijab kabulkan dengan pasangan pilihan hatinya, Muhammad Rahimi Ismail pada jam 11.00 am, 16 Ogos, bersamaan dengan 16 Syaaban diikuti dengan upacara persandingan ringkas dan jamuan kepada para tetamu.

Semoga hubungan yang telah dipateri kekal buat selama-lamanya dan rumahtangga beliau dicucuri rahmat oleh Allah SWT..

Fakta Nisfu Syaaban

Sebelum aku balik kampung, aku nk kongsi 1 artikel yg aku ada.Rasanya dh lama aku x kongsi ilmu di blog aku ni,lebih kpd merepek je kan..(sedar pn..hahaha..).so sempena bulan syaaban yg mulia ni aku nk kongsi sedikit fakta mengenai nisfu syaaban..semoga kita semua dpt memanfaat bln ini dgn sebaik mungkin..

FAKTA NISFU SYAABAN
Syaaban adalah bulan Rasulullah s.a.w. Bersabda baginda yang maksudnya, "Dinamakan dengan Syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak."
• Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda.
• Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.
• Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada awal, pertengahan dan akhir bulan ini (Syaaban) maka Allah akan menuliskannya baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid.
• Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al -Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat di samping doanya tidak akan ditolak.

Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim

Balik Kampung...

Balik kampung..
hohohoho balik kampung..
hohohoho balik kampung..
Hati girang..

Bestnya..esok nk balik kampung..dh lama x menatap wajah keluarga tersayang, terasa rindu sgt..Esok, bas aku pukul 8.30 pg dari BP ke KL..Dr KL aku balik ke Tganu dgn kakak aku(bakal pengantin..hehe..)

Kali ni aku balik bkn kerana cuti tetapi special sbb kakak kesayangan aku kahwin..Hari sabtu ni kakak aku kahwin dgn jejaka dari kedah..Berat untuk melepaskannya tetapi apakan daya, jodohnya telah tiba..Aku tumpang gembira..Semoga beliau hidup bahagia dengan pasangan pilihannya hingga ke akhir hayat..Dan cepat2 bg aku anak sedara baru..hehe..Bilakah giliran ku pula???hehe..

Kepulangan ku ke pangkuan keluargaku kali ini akan ku gunakan sebaik mungkin untuk melepaskan rinduku kepada keluargaku terutama kepada ibuku yang tersayang..X sabar nk makan masakan mak(of cause la lauk kicap,lauk kegemaranku..hehe..). Mcmane la adik bongsuku sekarang,masih nakal mcm dulu ke? Semuanya akan terjawab esok..Emak,ayah,adik2..nnt kan kepulangan ku..I miss u all a lot..

Kembali Memegang Bola Rugby.. =)

Setelah lebih 3 tahun tidak aktif dlm dunia rugby, pagi td aku kembali memegang bola rugby.. Kalau dulu aku boleh ke peringkat suku akhir negeri, ke kejohanan SBP 10's kat Ipoh, tp sekarang nk baling bola pn dh x reti..haha.. skrg tengah karnival sukan kat UTHM, so aku join team rugby kolej kediaman aku, 2 game pagi td team aku tewas.. petang karang ada 1 game lagi.. walaupun peluang nk ke separuh akhir dh tertutup rapat, namun demi semangat kesukanan team aku tetap akan turun untuk memberikan tentangan..hehe.. bukan kemenangam yang dicari, tetapi pengalaman yang ingin ditagih..

Moral.. berlatih sebelum masuk perlawanan..haha..

Laptop Untuk Dijual...

IBM Thinkpad T23

Intel Pentium III
256MB SDRam
80GB HDD

Harga = RM600


Bonus !!! Free Installation
(optional);
Microsoft Window XP
Microsoft Office 2007
Adobe Photoshop 7.0
Adobe Reader 8.0
AutoCAD
Window Media Player 11
Winamp 5.5


Laptop masih berada dalam keadaan yang baik.. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah terus merujuk kepada saya di talian 013-7548775..

Ku Terkedu..(hahaha..)

Petang ni aku keluar dengan misi untuk membaharui cukai jalan motosikal kesayanganku(tu pun nasib baik aku perasan cukai motor aku mati hari ni..hahaha..). Setibanya aku di pejabat pos, aku mengambil nombor giliran, kulihat angka 2470 dan kulihat angka yang sedang terpapar.. waduh2..baru 2420..means kena tunggu turn 50 org lagi..nasib baik ada seorang hamba Allah yang baik hati beri no giliran 2450 kat aku..x la lama sangat kena tunggu.. Bila tiba giliran aku, pegawai yang jaga kaunter tu ckp aku xleh renew road tax aku sbb aku x renew lagi insurans..huhu..penat aku tunggu dalam tu..

So, aku g la syarikat insurans..sebelum masuk aku call my bro first.. tnya harga insurans,dia ckp area rm60 je..so aku dgn confidentnya masuk la..tanya punya tanya, terkedu aku bila dia ckp insurans motor aku kena bayar rm105..mahalnya(untuk apakah insurans semahal ini perlu dibayar???)..dh la aku x bawak duit sebanyak tu ditambah pula aku ni tengah pokai..hahaha..so aku tinggalkan dulu urusan tu kat situ..aku ckp nk dtg ambil hari isnin..huhu..

Tu la pengalaman aku renew cukai motor dan insurans motor buat kali pertama..haha.. pengalaman mengajar kita erti kehidupan..moral of the story, jgn takut untuk mencuba sesuatu yang baru..hehe..

Report BiSik '08

1-3 Ogos 2008 (Jumaat-Ahad)

Program Bakti Siswa Akademik 2008 (BiSik '08) Fasa II telah diadakan di 2 buah sekolah di daerah Kluang, Johor iaitu Sek. Keb. Tunku Mahmood (1) & Sek. Men. Keb. Tun Hussein Onn. Program ini merupakan anjuran bersama kolej-kolej kediaman di UTHM dengan diketuai oleh Kolej Kediaman Tun Dr Ismail.


Bagi SKTM(1), program bermula pada sebelah pagi jumaat dan tamat pada petang sabtu manakala bagi SMKTHO, program bermula pada petang jumaatdan tamat pada tengahari hari ahad. BiSik fasa 2 lebih menekankan kepada persediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan memandangkan pelajar yang menyertai program ini akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi di mana bagi SKTM, kami lebih menekankan dari segi psikologi manakala bagi SMKTHO, kami lebih menekankan kepada teknik-teknik menjawab dan psikologi. Fokus utama kami dalam melaksanakan program ini adalah untuk meningkatkan keyakinan dan daya usaha pelajar untuk berjaya.

Antara slot-slot yang diselitkan di dalam program ini ialah ICE BREAKING, BERSAMAMU, SASARAN PEMBELAJARAN, KAU AKU & DIA, BISIK-BISIK, IDOLA, & SIAPAKAH DIA. Semoga program ini dapat membantu pelajar-pelajar yang terlibat dalam mendapai kejayaan di dalam kehidupan mereka.

video
Time for Chicken Dance..

video
Cari Kacang Dalam Tepung..

Di kesempatan ini, saya sebagai pengarah program ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama kepada semua urusetia dan fasilitator yang telah mengorbankan masa dan tenaga mereka dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha anda semua diberkati oleh Allah SWT. InsyaAllah..

Jumpa lagi SKTM(1) & SMKTHO.. Kami doakan anda terus maju..

Program Start

Alhamdulillah..

Selepas berhempas pulas dalam menyelesaikan banyak masalah yang timbul, akhirnya program bakti siswa akademik 2008 fasa 2 bagi sk tunku mahmood (1) dan smk tun hussein onn akan diadakan bermula 1 - 3 ogos 2008.

Semoga program yang telah dirancang dapat berjalan dengan lancar dengan izin-Nya dengan harapan program ini dapat memberikan manfaat yang semaksimum mungkin kepada semua pihak.

Semoga segala usaha yang dilakukan oleh semua pihak dalam menyumbang bakti melalui program ini mendapat balasan yang baik dari Allah di akhirat nanti.

InsyaAllah..
Blog Widget by LinkWithin
 
~::peacemaker87::~ © 2008 Hak Cipta Terpelihara | TNB | blogger.com