Subscribe News Feed Subscribe Comments

Pencil & Eraser



Pencil: I'm sorry....

Eraser: For what? You didn't do anything wrong.

Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.

Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)




****


I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad. 


This is for all parents out there.....

SaLaM AiDiL ADhA

Sedih, pilu, sunyi.. Itulah gambaran sambutan Hari Raya Haji aku pada tahun ini. "Kenapa plak pak cik oi?" "Huhuu..pak cik xleh balik kampung la..beraya sorg2 kat perantauan.." So, this is my 2nd time beraya kat perantauan. 2006 menjadi sejarah dalam hidup aku sbb buat pertama kali menyambut hari raya tanpa keluarga di sisi. Masa tu aku berada di Matrikulasi Kedah, Changlun. Disebabkn sedikit masalah teknikal masa tu, aku xleh balik kmpung. Tp apa yg membezakan situasi pada masa tu dgn tahun ni, masa tu aku beraya dgn kawan2 sbb masa tu ramai jugak kawan2 aku yg x blik raya jugak. Tapi tahun ni?sob3x..uwaaaaaaaaa!!!!! Den rayo sorang2.. Xde lagi teman utk sama2 menyambut hari raya. Nak beraya dgn ofismate, mesti la masing2 dgn family masing2. So, terkebil-kebil la aku sorg2 kat bilik sewa aku ni. Org lain enak menjamu selera dgn rendang dan gulai daging, aku plak enak menjamu selera dgn nasi goreng hasil buatan sendiri dgn bantuan perencah segera adabi.huhuu.. Sungguh sadis..


Tiadakah yg sudi menghulurkan simpati, kepada nasibku ini,
Agar dapat kurasa nikmat di hari raya seperti insan yg lain..

Ceh, sudirman ni buat aku bertambah sedih jer..haha.. Apa-apa pun, di kesempatan ini pak cik nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada semua ummat Islam. Semoga hari raya kali ini memberi seribu erti buat kita semua.


Kepada yg menunaikan ibadah haji pada tahun ini, aku doakan semoga anda semua dikurniakn haji mabrur dan kepada yg menunaikan ibadah korban, semoga korban anda diterima dan di redhai oleh Allah S.W.T.. Tunaikan ibadah korban anda dengan hati yg suci dan ikhlas.. Brape ekor lembu tumbang kat kampung aku tahun ni? Aku pun x tahu. Kekenyangan makan daging lembu la semua.hehe.. Yg penting, semoga korban kali ini dapat meringankan lagi beban insan-insan yg kurang berkemampuan. At-least diorg dapat jugak nk merasa mkn mewah sket. InsyaAllah, semoga kita semua diberi keberkatan..
Buat keluargaku, terutamanya mak ayah, maaf kan anakanda sebab sekali lagi tidak dapat balik beraya di kampung. Bukan niatku utk tidak balik beraya, tp keadaan yg tidak mengizinkan anakanda untuk pulang. InsyaAllah tahun depan jika diberi kesempatan anakanda akan pulang beraya bersama-sama, insyaAllah..^_^


SeLaMaT HaRi RaYa AiDiL aDHa

ikhlas daripada
~:: TaRMiZi BiN RaMLi ::~

100

Hurayyyy!!! Akhirnya aku berjaya membuat posting ke 100 dalam blog aku ni. Mesti korang perasaan kan beberapa post sebelum ni aku ada letak nombor kat hujung posting kan? Tu la countdown untuk posting ke 100..haha.. Setelah hampir 2 tahun lebih baru aku berjaya mencecah 100 posting.huhu.. What a lazy author I am.. org lain dlm masa setahun pun dah leh cecah 100 posting.hehe..

Apa yg telah berlaku sepanjang aku ber blogging ni? Macamana dgn sambutan org ramai terhadap blog aku ni? Ada ke org masuk tengok or aku jer yg syok sendiri duk menulis kat sini?hehe.. Here the statistic given by blogger itself. Malas nk g wat analisa guna application lain. Yg ni mcm dah lengkap jer..



~:: KLIK untuk lihat lebih besar ::~

Statistik ni bermula dari bulan Mei 2010 sehingga November 2010. So sepanjang tempoh tu, blog aku ni telah di view sebanyak 1,859 kali. Wah, banyak kali jugak tu untuk tempoh 6 bulan. Kira-kira purata dalam sehari 10 kali blog aku di view oleh org, xtau la dari org yg berbeza atau org yg sama jer.. Ntah2 semua tu aku jer yg duk view.haha.. Sepanjang tempoh tu, Bulan Julai paling ramai org view blog ni. Xtau la kenapa. Aku pn x ingat apa aku post dalam bulan tu.hehe.. Dan kalau korang tengok statistik kat sidebar blog aku ni, total view semenjak aku buka blog aku ni dh mencecah 6ribu lebih.

Nampaknya posting aku pasal tiket raya habis masih menjadi posting paling banyak org baca setakat ni, aku kira dah lama aku tulis pasal tu tp masih lagi menjadi topik yg paling ramai org baca. Ramai rupanya org berminat pasal tiket habis ni, x pun sbb mereka ni mmg minat pasal raya-raya ni.hehe.. Posting baru yg berjaya mencelah dalam kebanyakan posting, Why Girls Should Marry an Engineer.. Wah! bab kahwin ni laju jer korang nk baca kan..hehe..

So apa aku nak buat lepas ni? Nak rebranding blog aku? or nak terus dengan suasana sekarang?ermm.. Aku pun x pasti apa aku nak buat lepas ni. Yang pasti, aku akan cuba berusaha untuk lebih kerap meng'update' blog aku ni. Korang tengok la bila plak aku update, ntah2 dua tiga bulan lagi.hahaha.. Apa-apa pun thanks kepada semua yg setia melawat blog aku yg xde hala tuju ni.haha.. See u guys next time.. ^_^

ExaM ZoNe

Woi! Dh masuk minggu exam ni woi! Dh habis study belum???

Haha.. Bestnya bila aku dh x payah nak hadapi semua situasi tu lagi. Dah xde dah stay up sampai pagi semata-mata nak final exam.. Jangan jeles yer pada siapa yg belum melepasi zon-zon exam ni..hehe.. Nanti akan tiba masa korang untuk bebas dari semua belenggu ini.

Sekarang ni mesti semua org kat universiti sedang bertungkus-lumus dalam subjek masing-masing. Maklum lah nak exam. Mesti ada yg x tidur malam nak menghabiskan silibus-silibus yg diorg belajar sepanjang semester. Rindu la plak dgn suasana tu. Ni yg nak sambung blaja lg ni. Haha..

Apa-apa pun, pak cik kat sini ingin mengucapkan selamat menghadapi minggu peperiksaan kepada semua. All the best dalam semua paper anda. Study elok-elok, jgn sampai jatuh sakit sudah la. Pak cik x susah, korang jugak yg susah nanti, dh xleh nk g exam terus nanti kan. So take care semua. All the best. Chaiyok2! Gambattee!


Jawab exam dengan semangat macam budak kat atas ni ok. Mesti dapat fullmark. ^_^

#99

It's November Already!!!

It's about one month I'm not updated my blog..wah,ckp omputeh plak aku..haha..terus terkaku xtau nk tulis apa dlm bahasa omputeh ni..so back to the real me..hehe..

Dah masuk bulan November rupanya..pejam pelik pejam pelik dah nk habis dah tahun 2010, tinggal sebulan lebih jer lagi. What have I done with this year? Hope aku x mensia-sia kan usia aku di tahun 2010 ni. Bulan lepas, aku telah selamat berkonvokesyen. Ni gambar kenangan yg sempat aku ambil. ^_^

Titik persilangan antara 2 universiti..^_^

So, dah hujung-hujung tahun ni orang cakap masa untuk bodek bos sebab nak dapat bonus banyak & nak naik gaji banyak, betul ke? Aku x pernah alami lagi situasi ni dan aku rasa ada logik jgk la pandangan orang ni. Maklum la, hujung-hujung tahun ni la biasa nya bos akan membuat penilaian prestasi untuk menentukan kadar bonus & kenaikan gaji pekerja dia. Sebab tu la kot hujung-hujung tahun ni semua jadi rajin. Kalau dulu semua berebut nak balik cepat, sekarang ni semua liat je nak balik. Xde OT pn xpe balik lambat, asal kan bos nampak kita rajin wat keje.haha.. apa-apa aje lah. Yang pasti, aku terus dengan rutin aku, menyiapkan segala tugasan yang diberikan kepada aku secepat mungkin sbb aku tahu tugasan aku mmg sentiasa xkan putus. So aku mesti selesaikan semua nya secepat mungkin sbb nanti bila tugasan yg lain tiba, mahu x kelam kabut aku dibuatnya. Sakit kepala jugak la bila diletak bawah department R&D ni. Hope aku dapat melalui jerit perih hidup di alam pekerjaan ni dengan baik. Hope jugak gaji aku naik dengan kadar yg sepatutnya & bonus pn ok.hehe ^_^

Aku mendoakan kalian juga berjaya dengan kerjaya masing-masing. Dapat bonus besar jgn lupa blanja org kat sini.hehe
#98

10/10/10

10/10/10 adalah tarikh hari ni. Cantik jer tarikh dia dan mulalah ramai yg buat sesuatu yg istimewa sempena tarikh ni. Mesti ramai yg kahwin pada hari ni. Maklumlah, baru la tambah bermakna kahwin. Ada yg percaya tambah tuah la, ada ong kata mereka. Apa-apa aje lah, janji korang bahagia. Jangan ada yg cari nombor ekor sudahlah.


For me, its just a number, and a date. Nothing special that make me want to do something on this day. I'm not getting married on this day. Cuma apa yg special pada hari ni my family bertolak dari Terengganu untuk datang ke Johor sempena majlis konvokesyen aku pada hari esok. Very excited waiting for them. Pada yg konvo pada hari ni, mesti happy giler celebrate konvo pada tarikh yg diorg anggap special ni. Apa-apa pun, to my brother, drive carefully ok. Ingat org yg tersayang walaupun anda tidak membawanya sekali. haha.. To my mom and dad, I'm waiting for u.
#97

Konvokesyen UTHM ke-10

8-12 Oktober 2010, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan mengadakan Pesta Konvokesyen kali ke-10 bagi meraikan tamatnya pengajian graduan-graduan UTHM pada tahun 2010. Setinggi-tinggi tahniah buat graduan yg akan berkonvokesyen termasuklah diri aku sendiri.hehe..

So, here come a little bit info about the Pesta Konvokesyen UTHM ke-10. Ada kelapangan datanglah jalan-jalan kat UTHM sempena pesta konvo kali ni.








Konsert yang ni aku x berapa minat walaupun artis-artisnya boleh dikatakan antara artis-artis terkenal tanah air sebab aku x suka rock-rock ni. Aku pn memang x dapapt nk g tengok sebab masa konsert tu berlangsung aku xde pn kat UTHM. hehe.. Tp kalu korang minat boleh la datang tengok, xde orang nak halang, tapi bayar guna duit sendiri la,jgn mintak dengan gua plak. haha..

My mood ~ x sabar nk tunggu turn nk terima ijazah..^_^


Keluarga Mithali Dun Permaisuri 2010

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya keluarga aku telah dinobatkan sebagai keluarga mithali peringkat dun Permaisuri sekali lagi pada tahun ini. Tahun lepas keluarga aku telah dianugerahkan sebagai keluarga cemerlang dun permaisuri. Aku pun xtau macamana penilaian diorang sehingga keluarga aku terpilih dua tahun berturut-turut untuk dianugerahkan sebagai keluarga mithali. Yang penting, I'm very proud with my family expecially my mother and father. Tanpa mereka kami xkan kemana. Siapa kami sekarang adalah atas hasil usaha mereka. Semoga dengan anugerah ini akan mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan yg sedia terbina di dalam keluarga kami. Semoga ia juga akan terus mendorong kami untuk terus mengejar kejayaan di dunia dan di akhirat, InsyaAllah.

Keluarga-keluarga yg menerima anugerah.

Dua keluarga dari Kg Pandan Jaya yg berjaya menerima anugerah.


Convocation Fever

Majlis Konvokesyen UTM ke-45 baru berlalu. Tahniah buat semua graduan yg telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing. Yg jelas, semuanya nampak gembira apabila hasil penat lelah mereka selama bertahun-tahun akhirnya terbayar dengan segulung ijazah di tangan.



Kegembiraan masing-masing jelas tergambar di wajah masing-masing, dan apa yg lebih bermakna apabila melihat wajah-wajah gembira kedua ibu bapa melihat anak mereka telah berjaya. Semoga dengan kejayaan yg dicapai ini sedikit sebanyak dapat membalas segala jasa dan pengorbanan mereka selama ini.


Khas buat yg teristimewa, tahniah di atas kejayaan anda, semoga dengan kejayaan ini akan mendidik anda utk menjadi insan yg lebih baik.

Nur Salwani binti Mat Noor
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik


Next week, 8-12 Oktober 2010, tiba giliran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) utk menyambut Majlis Konvokesyen ke-10, dan yg lebih istimewa, kali ni merupakan giliran aku pula untuk berkonvokesyen. Xtau la macamana reaksi aku nanti. Maybe ambil gambar kaki ke atas, kepala ke bawah kot.hehe.. Kita tunggu dan lihat je la nanti. So, aku jemput semua orang-orang kampung, saudara mara, sahabat-sahabat, untuk datang ke majlis konvo aku nanti. Turn aku sebelah petang 11 oktober, hari Isnin. Kalu nk datang bawak hadiah besar-besar sket ok.hehe..


Nasyid :: Maher Zain - InsyaAllah

Just feel to share this beautiful and meaningful song..^__^



LYRICS :: Insha ALLAH

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you're so alone 
All you see is night 
And darkness all around 
You feel so helpless 
You can’t see which way to go 
Don’t despair n' never loose hope 
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah x2 
Insha Allah you’ll find your way 

Insha Allah x2
Insha Allah you’ll find your way 

Every time you can make one more mistake 
You feel you can’t repent 
And that it's why too late 
You’re so confused, 
Wrong decisions you have made 
Hunt your mind and your heart is full of shame 
Don’t despair and never loose hope 
Cos' Allah is always by your side 

Insha Allah x2
Insha Allah you’ll find your way 

Insha Allah x2
Insha Allah you’ll find your way
Turn to Allah 
He’s never far away 
Put your trust in Him Raise your hands and pray Oh 
Ya Allah 
Guide my steps don’t let me go astray 
You’re the only one that showed me the way, 
Showed me the way x3 

Insha Allah x2
Insha Allah we’ll find our way

WHY GIRLS SHOULD MARRY AN ENGINEER

Just found this article and I want to share it with you just because I'm an engineer too..haha..


Why you should marry an Engineer Let me tell you why girls should eventually marry an engineer over a Law, Management, Arts or Medical School Graduate. He has three distinct advantages over the rest of the graduates.


Advantage 1: Secure lifestyle

An engineer boyfriend can provide you with a secure lifestyle. At 27 years old, an engineer probably has a respectable, stable job that gives him a high income to own a car, invest, have a comfortable life, and get married and buy a house too.

Law graduates are still working as a lowly apprentice in law firm.

Most management graduates have just failed on their first business plan.

The arts graduate is still looking for a job.

And the medical school graduate is still living in a hospital.


Advantage 2: Unmatchable industriousness

An engineer boyfriend will dedicate an unimaginable amount of his time and effort to understand you. Engineers strain really really hard to understand their work. You can believe that they will try really really hard to understand women too, just like how they understand their work, once they believe that you are the one. So even if they don't understand you initially, they will keep on trying. Even if they still do not understand, they will figure out the correct method to keep you happy (e.g. buy diamond ring = 1 week's worth of happiness.) And once they find out the secret formula, they will just keep on repeating it so that the desired results appear.

Unlike the Lawyer who will argue with you.

The Management graduate who will try to control your spending, The Arts graduate who will 'change major'.

And the medical school graduate who will operate on you.

And you know what, it's really so easy to make engineer s believe that You are the 'one'. Say that you like one of their project and they will be hooked to you forever.


Advantage 3: An engineer boyfriend will never betray your trust.

Let me first tell you what is wrong with the rest of the others - The lawyers will lie about everything.

Management graduates will cheat your money.

The arts graduate will flirt, and you probably just look like another cadaver to the medical school graduate.

Your engineer boyfriend is either too busy to have an affair, and even if he does, he is too dumb to lie to you about that. Hence, an engineer is the most secure boyfriend that you will ever find - rich enough, will keep on trying to understand and please you, has no time for affairs, and too dumb to lie to you. plus they r cooler than the others 

(Jz joking.. don't sue me ok.. hahaha :-P)


Hari raya yg singkat tp bmakna..^_^

Alhamdulillah,seluruh umat Islam telah bersama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri setelah berjaya menunaikan ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Bagi aku, hari raya tahun ni mcm biasa je, mcm raya tahun-tahun sebelum ni. Maklum lah dah tua-tua ni xde la nk enjoy sgt mcm zaman budak-budak dulu ^_^ .

Raya pada tahun ni merupakan hari raya paling singkat bagi ku beraya beraya bersama keluarga. Mana tidak nya, hari raya ke 3 aku dah naik bas pulang ke johor untuk memulakan balik tugas ku. Tapi, walaupun agak singkat bersama keluarga aku pada tahun ni, aku boleh katakan raya tahun ni merupakan haru raya paling bermakna dalam sejarah hidup aku. Maklum lah, raya tahun ni aku dah kerja, boleh la bagi duit raya sikit kat mak, ayah, adik2 dan anak sedara. Bangga pun ada bila melihat mereka tersenyum menerima duit raya dari aku. Semoga pemberian aku diberkati oleh Allah S.W.T. utk dijadikan bekal utk bertemu-Nya nanti, InsyaAllah.

Dikesempatan ini, aku mewakili keluarga aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua yg mengenali kami. Maaf kan segala salah dan silap yg pernah kami lakukan dengan sengaja ataupun secara tidak sengaja. Sesungguhnya kami insan yg lemah yg tidak lari dari melakukan kesilapan.


Belakang dari kiri:
Tarmizi, Muhammad Naufal, Rahimi, Nor Hafiza, Muhammad Nazhan, Ieda, Khairulisam.

Tengah dari kiri:
Che Samsiah Abu Bakar, Ramli Salleh.

Depan dari kiri:
Nor Hazida, Nor Hazlina, Airilisam, Nor Hamiza, Nor Hashima.

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLFiTRi

Ramadhan sudah ingin melabuhkan tirai, Syawal bakal menjelma. Begitu cepat masa berlalu sehingga tidak sedar Ramadhan sudah ingin meninggalkan kita. Semoga segala amal ibadat yang dilakukan diterima oleh Allah S.W.T. dan kita semua dikurniakan pengampunan-Nya. InsyaAllah..

8 September 2010, bermulalah perjalananku pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya bersama keluarga tersayang. Jadi dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua terutamanya kepada kedua ibu bapa ku di kampung. Semoga segala salah dan silap, terkasar bahasa dimaafkan oleh semua. Halalkan semua makan minum yang aku termakan dan terminum dengan sengaja atau x sengaja k. Ada masa jemput-jemput lah datang ke rumah.



SeLaMaT HaRi RaYa
MaAF ZaHiR & BaTiN

IkHLaS DaRIpaDA:
~:: TaRMiZi biN RaMLi ::~

I'm Now @ Taman Johor Jaya, Johor Bahru..

Assalamualaikum...Pekabo semua?amacam puasa?cukup ke x?

Dh lama aku x jenguk pndok usang aku ni,dh bkulat dh..haha..Last menulis kat sini aku masih bergelar seorg pelajar,skrg dh start kerja baru nk menulis blik.pemalas betul.haha..Here,I just wanna give a little current information about me.so korg xde la tertanya ke mana aku menghilang selama ni.tu pn kalu korg baca la blog aku ni..haha..

Currently, aku bkerja kat ulu tiram,keje biasa2 jer..baru sbulan..stay kat taman johor jaya.baru sbulan stay kat sini dh rasa nk pindah,nk kena cari rumah lain.hehe..x tahan kot tinggal kat tengah2 perumahan org cina.anjing bkeliaran mengalah kn kucing.nasib bek rumah aku tu pagar bkunci 24jam...then nk cari kedai mkn melayu pn susah.aku duk pusing punya pusing x jumpa pn kedai melayu.hampeh tul..

So,smentara aku stay lg kat taman ni,sape2 yg nk dtg melawat leh r dtg..here are the maps to my house..tp xde open house la raya ni.kalu nk dtg bawak kueh raya sdiri..air mineral leh r aku nk hidang kn..haha





My House:
No 1, Jalan Keembong 31,
Taman Johor Jaya,
81100 Johor Bahru, Johor.

Disebalik Filem 300



300, rasa nyer semua org dh tgok citer ni..sape yg belum tgok tu boleh dikata kn agak rugi la sbb x tgok.pasti masing2 terpegun bila tgok citer ni..sebuah filem arahan Zack Syder yg mendapat nasihat secara terus oleh Frank Miller, seorg pengarang novel fiction yg bertajuk Battle of Thermopylae. Filem ni diterbitkan pada tahun 2006,for me this is the best movie yg pernah aku tgok..apa yg best sgt dgn citer ni?hrmm..lets me story about it briefly..

Benda pertama yg aku terpaksa admit betapa hebat nye citer ni adalah kesan grafik yg dia wat,terutama part masa diorg perang,part slow motion dia mmg hebat la..perang2 dia mcm real..keberanian dan kegagahan yg ditunjuk kn oleh tentera2 dlm citer ni mmg mengagum kan..betul2 terasa suasana perang yg ditunjuk kn..

So,kenapa aku nk bawa citer pasal filem ni dlm posting aku kali ni?aku tertarik utk menulis pasal filem ni selepas aku habis baca Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain,so sumber2 yg aku rujuk utk membuat olahan adalah merujuk kpd buku tersebut secara keseluruhan nya..ok,sebelum aku straight pd point yg aku nk bawa,apa kata kita bincang dulu apa sebenarnya kisah yg diceritakan dlm filem ni..siapakah King Leonidas, yg memimpin 300 org tentera sparta dlm filem ni..

Kisah filem ni bmula bila tentera persian (Parsi) pimpinan King Xerxes hendak menyerang kerajaan sparta.so as a king, Leonidas nk mempertahankan lah negara dia..tp masa tu majis agama sparta x bg King Leonidas pergi berperang sbb diorg ckp masa tu waktu yang malang.so atas rasa tanggungjawab,Leonidas mengetepikan nasihat majlis agama dia dan Leonidas membawa 300 org tenteranya yg terbaik ke Hot Gates bg menanti dan menyekat kemaraan tentera Parsi. Walaupun 300 org tentera tersebut tewas dgn tentera Parsi pada masa tu, Raja Leonidas telah mempamerkan kepentingan mengambil keputusan yg betanggungjawab berdasarkan logik mengatasi kekarutan. Tindakan King Leonidas ini amat mengagumkan kerana beliau ternyata gagah menentang larangan yg berasakan elemen khurafat walaupun beliau sendiri akhirnya terkorban dalam peperangan tersebut.namu beliau telah berjaya melengahkn kemasukan serangna Parsi ke negaranya.

Apa yg aku nk cerita kn kat sini sebenar nya bukan lah mengenai kehebatan King Leonidas dan 300 org tenteranya..bukan nyer aku nk menafikan kehebatan dan kegagahan tentera sparta pimpinan King Leonidas sbb pada zaman tu Sparta mmg merupakan satu kuasa yg sgt disegani.tp di sini aku nk singkap penyelewengan atau penipuan fakta sejarah yg telah dilakukan oleh krew penerbitan filem ni..

Dalam filem ni,mereka menunjuk kn tentera Parsi ni memiliki bentuk fizikal yg buruk,umpama raksasa dgn bentuk fizikal yg pelik sedangkan tentera Sparta yg ditampilkan memiliki susuk tubuh yg tegap dan sasa,semua ada 6 pax..Kerajaan Parsi,milik siapakan kerajaan Parsi ni?Parsi adalah kerajaan Islam,adakah kerajaan Islam ni kerajaan yg dihuni oleh raksasa seperti yg ditunjukkan dlm filem ni?tentu sekali tidak..King Xerxes,siapakah sebenarnya King Xerxes?Jika dikaji balik sejarah,King Xerxes sebenarnya adalah cucu kepada Raja Kurush yg telah disandarkan kepada Zulqarnain dlm buku Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain yg aku cerita sebelum ni..Difikir secara logik,mana mungkin seorang cucu kepada seorang pahlawan agung bg kerajaan Islam mempunyai watak seperti yg ditunjuk kn dlm filem 300 ni..Jelas secara terang-terangan pengarah filem ni nk menunjuk kn yg King Xerxes ni mempunyai sikap yg menganggap dirinya tuhan apabila dia menyuruh King Leonidas menyembah nya..Ini merupakan satu penghinaan kpd pemimpin dan kerajaan Islam.


Selama ini kita seronok apabila menyaksikan filem seumpama ini,tp tanpa disedari kita telah seronok menyaksikn kerajaan dan pemimpin Islam telah dihina barat.mengapa jalan cerita filem ini disampaikan sedemikian rupa?dan kenapa mcm tiada isu penentangan terhadap filem ini?Ingat wahai sahabat2 ku,mungkin selama ini kita seronok menyaksikan filem2 yg diterbitkan oleh barat,tp jgn lupa,dlm berseronok tu jgn smpai kita ditipu oleh pembikin2 filem tersebut.jgn smpai ummat Islam sendiri tersalah anggap dgn kerajaan Islam pd masa lampau..aku sendiri pn tertipu dgn filem ni,pd mulanye aku xtau yg persian ni adalah kerajaan Parsi,nasib baik kisah 300 ni diselitkan dlm buku Benarkah Iskandar bukan Zulqarnain..Pelajari lah sejarah Islam,kerana dgn sejarah lah kita sedar siapa kita yg sebenarnya..

Sumber yg tak pasti..

Dlm 2 minggu yg lepas aku ada kuar mkn2,lepak2 dgn member2 aku kat riverside kat parit raja..jgn tkejut lak bila aku ckp kat parit raja ada warung kat riverside.hehe..tp sbenar nyer bkn river pn kat sbelah warung tu,just a big 'parit'..hahaha..ok la drp xde lgsung,boleh la jgk feel mkn kat sbelah sungai..hehe..

So nk dijadikan cerita,dlm pjalanan blik ke hostel,salah sorg drp member aku ada bertanya macamana nk wat kalu tiba2 duit masuk dlm bank dia,dia xtau duit tu dr mana,dia tnya bleh ker dia nk guna duit tu?..hrmmm..masa tu aku yg drive,so maybe sbb tpaksa bg tumpuan dgn pmanduan,so otak aku ni agak susah la nk pikir apa jawapan yg paling sesuai aku nk bg kat member aku tu..pikir punyer pikir,aku buntu mencari jawapan yg sesuai utk diberikan walaupun aku masa tu aku rasa macam ada jawapan yg sesuai yg aku nk bg,tp dgn kuasa Allah semua tu x keluar difikiran aku,maybe Allah nk aku bg tumpuan kat pemanduan..so masa tu aku bg jgk la sedikit advise kat member aku tu..aku advise dia supaya g tnya bank,sbb aku rasa bank boleh trace duit tu dtg dr mana.so kalu ada kesalahan sistem maybe bank boleh detect sbb masa tu aku tringat jgk la pasal beberapa org guru yg jd jutawan secara tiba2 sbb berlaku kesilapan sistem yg menyebabkan tiba2 duit masuk dlm akaun diorg dlm 5 juta kot kalu aku x silap.bagus jgk la guru2 ni sbb g wat laporan..

Bila dh smpai kat bilik,baru la fikiran aku dibuka oleh Allah S.W.T..baru aku teringat satu peristiwa yg boleh dijadikan sandaran dgn situasi yg berlaku kat member aku tu dengan cikgu2 tu..Kita kembali pada sejarah kisah Rasulullah S.A.W. sbb padaku,sesuatu perkara paling layak jika kita sandarkan kepada sejarah kehidupan Nabi Muhammad sbb sunnah nabi lah yg perlu kita jadikan panduan hidup kita seharian.

Dalam satu peristiwa,apabila Rasulullah keluar dari rumah baginda,baginda mendapati ada sbiji buah kurma dihadapan pintu rumah baginda.pada mulanya Rasulullah menyangka kn kurma tersebut diberikan oleh para sahabat sbg sedekah kpd baginda,jadi baginda pun memakan kurma tersebut.tp belum sempat baginda menghabiskan kurma tersebut,baginda terfikir mungkin kurma tersebut diletak kan di rumah baginda utk diagihkan kpd fakir miskin,jadi dengan serta merta baginda mengeluarkan kurma tersebut dr mulut baginda.baginda memasuk kn jari baginda ke kerongkong baginda bg memaksa nya memuntahkan kembali kurma yg dimakan baginda.

Drp kisah ini dpt kita simpulkan bahawa sesuatu yg x pasti tu x boleh kita ambil sbg hak milik..bg baginda Rasulullah,walaupun hanya sebiji kurma,baginda tidak memakan nya kerana baginda tidak pasti kurma tersbut utk beliau atau perlu diagihkan pada fakir miskin walaupun kurma tersebut berada didepan pintu rumah baginda.sama la jgk dengan situasi duit tiba2 masuk dlm akaun bank kita,walaupun duit tu mmg dlm bank kita,tp kita x pasti dr mana duit tu dtg.mungkin duit tu tsalah masuk ke dlm bank kita.so rasanya duit tu x boleh kita gunakan selagi kita x dpt pastikan dr mana sumber tu dtg..siasat dulu dr mana dtg nye duit tu,dh mmg confirm tu duit kita,baru leh pakai..kalu bkn milik kita,pulangkan lah pd tempat yg sepatutnya..(^_^)

BOOK : Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain

Membongkar kewujudan dan rahsiah sebenar pejuang agung.
 
"Sejak sekian lama, kita mempercayai Iskandar Zulqarnain adalah individu hebat dalam sejarah. Beliaulah yang digelar Alexander The Great. Namun tahukah anda, sebenarnya Raja Iskandar atau Alexander The Great tidak sesuai disandarkan dengan gelaran Zulqarnain, satu gelaran yang diberikan oleh Quran. Bahkan ada tokoh lain yang lebih sesuai dan layak disandarkan dengan gelaran itu."


Alhamdulillah, akhirnya aku diberi kesempatan utk menghabiskan bacaan buku yg aku beli ni lebih 2 bulan yg lepas. Dalam kesibukan yg melampau, dpt jgk aku mencuri masa utk membaca buku ni walaupun agak lama utk menghabiskannya. Seperti yg dijanjikan sebelum ni,aku akn memberi sedikit ulasan tentang buku ni,sedikit je la..kalu nk lebih2 baca sendiri la.bkn xnk cerita,nnt cerita lebih2 takut kena saman plak.hehe..

So, sedikit ringkasan, buku ini membincangkan mengenai siapakah sebenarnya Zulqarnain yg disebut dlm Al-Quran.Buku ini juga memberikan hujah2 utk menyangkal dakwaan bahawa Alexander The Great adalah individu yg disebut dalam Al-Quran..Salah satu hujah yg dibawa adalah melalui ahli2 sejarah, Alexander adalah seorg berketurunan Yunani dan bukan lah seorang yg beragama Islam, bahkan beliau sendiri telah byk melakukan perkara2 syirik smpaikan sanggup mengaku dirinya adalah anak tuhan dan bersifat ketuhanan. Sedangkan Zulqarnain yg diceritakan di dalam Al-Quran adalah seorang yg taat dan patuh kepada Yang Esa. Jadi, layak kah Alexander disama kn dengan Zulqarnain? Tentu sekali tidak..

Sejarah juga menceritakan Alexander merupakan seorang pemimpin yg terlalu mengikut emosi,seorang yg pemabuk,bahkan sanggup membunuh orang kanan nya sendiri kerana dikuasai oleh emosi. Banyak lg hujah2 yg diketengahkan didalam buku ini bagi menyangkal dakwaan Alexander adalah Zulqarnain. Jadi timbul persoalan,jika Alexander bukan Zulqarnain,siapakah yg lebih layak utk disandar kan sebagai Zulqarnain yg diceritakan di dalam Al-Quran?

Bagi menjawab persoalan yg timbul, pengarang buku ini mengetengahkan seorang tokoh yg wujud 1500 tahun sebelum kemunculan Alexander. Individu yg dimaksudkan adalah Raja Kurush, iaitu seorang yg berketurunan Parsi. Banyak hujah2 dan bukti2 sejarah yg dikemukan oleh pengarang bg membuktikan bahawa Zulqarnain lebih bertepatan jika disandarkan kepada Raja Kurush. Peristiwa pembinaan tembok bg menghalang Yakjuk Makjuk juga ditimbulkan bg membuktikan bahawa Raja Kurush adalah Zulqarnain yg diceritakan di dalam Al-Quran. Siapakah Raja Kurush? haa..aku nk cerita nnt pnjg la plak posting aku ni.hehe..korang cari la buku ni,murah jer..RM17.50 jer..Dalam buku ni jugak ada di selitkan mengenai Raja Loenidas, watak dalam filem 300. So,kalu nk tahu,beli la buku ni cepat2.hehe..

Nnt ada masa aku cerita sket2 siapakah Raja Kurush..Selamat Membaca..

Book Info;
Tajuk : Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain
Pengarang : Afareez Abd Razak Al-Hafiz
Penerbit : PTS Millennia Sdn. Bhd.
Tahun diterbitkan  : 2009
Jumlah Muka surat : 200
Rating : 8/10

Going Home for a Week~~

Setelah hampir 2 bln tidak pulang ke pangkuan keluarga,hari ni aku akan memulakn perjalananku pulang ke kmpung.ptg ni aku akn ke bangi utk ke rumah kakak ku,leh la jumpa anak buah aku,Naufal..mcmana la bdk tu skrg,mesti maikn comel.hehe..then aku akan ke damansara(kot) umah abg aku.dr situ aku akn pulang ke terengganu pada ptg sabtu ni..doakn perjalan pulang ku selamat..mak,tunggu kepulangan anak mu ini..i miss u a lots..

So apa nk buat sepanjang cuti seminggu ni?ha,itu yg kita x tau tu!..hehe..yg semestinya mesti la tidur puas2 smpai kena sound dgn parent xpuas tido lg ker..hehe..xde la smpai tido je memanjang..well,cuti ni my mission adalah utk menghabiskn membaca buku Iskandar bukan Zulqarnain yg x habis2 lg aku baca..semoga cuti ni dpt memberi aku masa yg secukup nya utk khatam buku tu.hehe..then,maybe aku akan attend ke majlis2 kawin kawan,jika diberi kesempatan & keizinan.insyaAllah..aku lak bila lg nk kawin?kawan2 dh ramai yg dh kawin & nk kawin.hehe..

Apa2 pn,selamat bercuti kpd semua yg akn bercuti.pd yg x cuti tu jgn nk jeles2,lain kali korg lak yg cuti..Sempena peninggalan aku selama seminggu ni aku tinggal kn korg dgn lagu yg aku tgah layan sekarang.lagu yg dr dulu aku layan tp x pernah jemu2 aku dengar.dh berapa ribu kali aku dgar pn aku xtau.hehe..lagu ni bila aku dengar jer mesti aku tringat program2 motivasi yg aku buat dulu,rasa mcm semangat bdk2 dlm program tu meresap masuk dlm diri.make me feel stronger..hehe..

~~Enjoy~~


~:: See u all again,maybe on 22 Feb 2010..insyaAllah.. ::~

Barat Kagumi Kehebatan Salahuddin Al-Ayubi

Salahuddin al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tikrit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor yang bernama Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zinki, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab. 


 
         Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera. Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah. Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

         Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nuruddin di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria. Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Assaduddin Shirkuh yang dihantar oleh Nuruddin bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1169 Masihi). Selepas Assaduddin Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi. Pada masa sama, Nuruddin melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.

         Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul. Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin.
Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.

         Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin.
Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.

         Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.

         Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu. Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya. Setiap orang lelaki Kristian hendaklah menebuskan dirinya dengan 3 wang dinar, manakala kaum perempuan 2 dinar dan kanak-kanak 1 dinar. Bagi yang tidak berkemampuan, beliau sendiri akan membiayainya. Salahuddin menghantarkan pasukan tentera bagi mengiringi orang-orang Kristian sehingga ke Pelabuhan Beirut.

         Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat. Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai, tanpa mengira orang biasa, para ulama’, huffaz dan sebagainya. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.

         Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir. Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan.
Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Sesetengah ahli sejarah mengisahkan beliau hanya meninggalkan wang sedinar, seekor kuda, sebilah pedang dan sebuah khemah dan meninggalnya dalam keadaan tidak wajib untuk mengeluarkan zakat kerana sedekahnya dan infaqnya menghabisi hartanya. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.

         Inilah kisah seorang penakluk agung, penakluk yang mencontohi sikap dan sifat penakluk yang mulia iaitu Nabi Muhammad SAW ketika Fathul Makkah. Bacalah sirah baginda dan kitab-kitab sejarah umat Islam untuk mencari kebenaran kisah tersebut. Meskipun pernah dikeluarkan filem Kingdom of Heaven yang berdasarkan kisah tersebut, Barat dalam masa yang sama menggambarkan Salahuddin sebagai seorang yang angkuh, tentera Islam bersukaria di malam hari dan pelbagai perkara yang karut yang tidak menepati dalam buku sejarah umat Islam. Begitulah perancangan jahat pihak Barat untuk memburukkan Islam dan tokoh-tokoh ternamanya,walaupun mereka mengagumi Salahuddin mereka masih berusaha untuk merosakkan peribadinya secara senyap-senyap.


Sumber: Suara Jumaat, 15 Januari 2010, Pusat Islam, UTHM
Diolah kembali dari Sudut Agama, Berita Harian 11 hb Jun 2007. Artikel ini dikarang oleh Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (UKM)

The Awakening ~ Menimba Pengalaman Baru

The Awakening,menyimpan seribu kenangan kepada semua yg terlibat..for me, i got new experience from this program.korang nk tau apa?haa, ni yg aku nk citer ni.hehe..

Semua nya bermula apabila penceramah yg aku jemput utk bg ceramah kat bdk2 ni x dpt dtg secara tiba sbb ada urusan lain.so selaku ketua eksekutif pengisian tpaksa la aku memikirkn backup plan.semua nya dirancang x smpai 1 hari.slot nye esok mlm ni baru plan,apa yg aku fikir aku ganti slot tu dgn satu forum perkongsian ilmu antara mahasiswa universiti dgn pelajar skolah.pening jgk la aku nk cari panel2 utk forum tu,ramai yg aku pujuk tp semua nya xnk.so aku jemput la pengarah program,seorg fasi program and bdk surau yg aku kenal.aku jemput jgk sorg peserta program utk jd panel walaupun mula2 dia mcm xnk tp aku paksa jgk.hahaha..moderator nye sape plak?haha..ni yg klakar nyer,aku sendiri yg terpaksa menjadi moderator nye sbb dh xde org sgt.nk xnk tpaksa la aku pikul tugas tu memikirkn kn slot pengisian merupakan dibawah tanggungjwb aku..so bermula lah satu pengalaman baru dlm hidupku menjadi seorg moderator dlm suatu forum,spontan lak tu,xde text pn yg disediakn.panel2 pn semua nye ckp scara spontan,respect habis la kat diorg sbb walaupun dirancang di saat2 akhir semua nya berjalan dgn lancar..masa forum tu berjalan,kami telah dirakam oleh pihak wartawan UTHM,so tgah x sabar nk dapatkn salinan rakaman tu,nk tgok mcmana la aku masa mengendalikan forum tu.mesti klakar habis tgok diri sdiri bercakap.hehe..

 
~mcmana,ada gaya seorg moderator profesional x?hehe..~

Antara isu yg dikupas adalah isu persedian nk memasuki ke universiti,lifestyle dan cara pembelajaran di universiti.semua nyer dikupas oleh panel2 melalui pengalaman diorg sendiri.turut diselitkn isu2 agama, dan yg pasti nyer menjadi isu yg paling hangat mesti lah isu cinta.semua nye segar bila aku mengajukan soalan pasal cinta kat panel,siap ada peserta yg bg respon dgn tnya soalan bab tu lg.masa aku keluarkn isu pasal kaitan agama dgn belajar xde plak tnya soalan.hehe..overall,i'm enjoying it..(^_^)


 
Audience: 80 org pelajar SMV Batu Pahat & SMT Kluang
Venue: Dewan Kuliah F, Kompleks G3, UTHM
Date: 31 January 2010
Time: 9.30 - 10.30 am

The Awakening ~ Rindu yg Terubat

Pada 29 - 31 Januari 2010 yg lalu, aku telah menyertai satu program motivasi iaitu The Awakening dimana program ini dianjurkan bersempena program Engineering Festival yg telah dianjurkan oleh pihak MPP UTHM yg disertai oleh SMV Batu Pahat & SMT Kluang dgn penglibatan 80 org peserta dan 40 org ajk & fasilitator. Program ini telah diadakan di Kolej Kediaman Tun Dr Ismail dan sekitar Kompleks Dewan Kuliah G3 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) selama 3 hari 2 malam. Objektif program adalah untuk memberikn dan mengembalikan semangat peserta dalam meneruskan usaha mereka untuk mencapai kejayaan. Meningkatkn keyakinan mereka utk menempuh liku-liku kehidupan, dan yg paling penting adalah membekalkn pengalaman kepada ajk & fasilitator itu sendiri dlm persediaan utk menempuh kehidupan yg sebenar.


Cuma 1 ungkapan yg aku boleh ucapkan melalui program ini, sungguh seronok dan perasaan tu x boleh aku nk gmbarkn. Perasaan ku umpama seorg anak kecil yg dapat berjumpa kembali ibu nya setelah sekian lama terpisah. Program ini telah berjaya mengubat perasaan rindu ku terhadap 1 perasaan yg pernah aku lalui dahulu. Setelah hampir setahun aku meninggalkn dunia motivasi yg boleh dikatakan dh menjadi darah daging dlm diri aku,akhirnya tahun ini semua itu aku lalui kembali. Satu perasaan yg cukup indah bagi ku,perasaan berkerjasama dalam satu kumpulan dalam usaha mendidik adik2 ke arah yg lebih baik. Satu kenikmatan yg x dpt aku lupakan apabila menjalankn satu program adalah nikmatnya ukhuwah yg terbina diantara ajk & fasilitator yg mana walaupun pada mulanya masing2 tidak mengenali antara 1 sama lain,tetapi dlm suatu program kami boleh menjadi begitu rapat dlm masa yg cukup singkat,bergelak ketawa umpama kami telah kenal bertahun2 lamanya. Satu pengalaman yg x mungkin dpt ditemui dlm kehidupan harian kita. Ribuan terima kasih kepada semua yg terlibat, terutama kepada individu2 yg telah memberi kesempatan kepada aku untuk menyertai program ini. Terima kasih atas kerjasama semua. Semoga kita semua dipertemukan lagi dlm satu majlis dimasa2 akan datang dan semoga ukhuwah yg terbina tidak berakhir dengan berakhirnya program ini. Semoga dgn nama program The Awakening turut membawa kepada permulaan dan kebangkitan ukhuwah antara kita semua.InsyaAllah..


 

~:: UkHuWah iTu iNdaH JikA bERteMu & bERpiSaH KeraNa ALLAH ::~ 


  
My new car, dua org awek kat depan tu aku x kenal,so korg jgn sibuk2 nk tnya sape,diorg 2 sibuk je menyelit kat situ.hehe..gambar ni di snap masa pameran autoshow kat BP Mall anjuran UTHM jgk sempena Engi Fest.ni masa majlis perasmian Engi Fest,dtg jenguk jap selepas majlis penutup The Awakening.sempat tengok org wat drift secara live kat depan mata,sebelum ni main dlm game need for speed jer..
Blog Widget by LinkWithin
 
~::peacemaker87::~ © 2008 Hak Cipta Terpelihara | TNB | blogger.com