Subscribe News Feed Subscribe Comments

Disebalik Filem 300



300, rasa nyer semua org dh tgok citer ni..sape yg belum tgok tu boleh dikata kn agak rugi la sbb x tgok.pasti masing2 terpegun bila tgok citer ni..sebuah filem arahan Zack Syder yg mendapat nasihat secara terus oleh Frank Miller, seorg pengarang novel fiction yg bertajuk Battle of Thermopylae. Filem ni diterbitkan pada tahun 2006,for me this is the best movie yg pernah aku tgok..apa yg best sgt dgn citer ni?hrmm..lets me story about it briefly..

Benda pertama yg aku terpaksa admit betapa hebat nye citer ni adalah kesan grafik yg dia wat,terutama part masa diorg perang,part slow motion dia mmg hebat la..perang2 dia mcm real..keberanian dan kegagahan yg ditunjuk kn oleh tentera2 dlm citer ni mmg mengagum kan..betul2 terasa suasana perang yg ditunjuk kn..

So,kenapa aku nk bawa citer pasal filem ni dlm posting aku kali ni?aku tertarik utk menulis pasal filem ni selepas aku habis baca Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain,so sumber2 yg aku rujuk utk membuat olahan adalah merujuk kpd buku tersebut secara keseluruhan nya..ok,sebelum aku straight pd point yg aku nk bawa,apa kata kita bincang dulu apa sebenarnya kisah yg diceritakan dlm filem ni..siapakah King Leonidas, yg memimpin 300 org tentera sparta dlm filem ni..

Kisah filem ni bmula bila tentera persian (Parsi) pimpinan King Xerxes hendak menyerang kerajaan sparta.so as a king, Leonidas nk mempertahankan lah negara dia..tp masa tu majis agama sparta x bg King Leonidas pergi berperang sbb diorg ckp masa tu waktu yang malang.so atas rasa tanggungjawab,Leonidas mengetepikan nasihat majlis agama dia dan Leonidas membawa 300 org tenteranya yg terbaik ke Hot Gates bg menanti dan menyekat kemaraan tentera Parsi. Walaupun 300 org tentera tersebut tewas dgn tentera Parsi pada masa tu, Raja Leonidas telah mempamerkan kepentingan mengambil keputusan yg betanggungjawab berdasarkan logik mengatasi kekarutan. Tindakan King Leonidas ini amat mengagumkan kerana beliau ternyata gagah menentang larangan yg berasakan elemen khurafat walaupun beliau sendiri akhirnya terkorban dalam peperangan tersebut.namu beliau telah berjaya melengahkn kemasukan serangna Parsi ke negaranya.

Apa yg aku nk cerita kn kat sini sebenar nya bukan lah mengenai kehebatan King Leonidas dan 300 org tenteranya..bukan nyer aku nk menafikan kehebatan dan kegagahan tentera sparta pimpinan King Leonidas sbb pada zaman tu Sparta mmg merupakan satu kuasa yg sgt disegani.tp di sini aku nk singkap penyelewengan atau penipuan fakta sejarah yg telah dilakukan oleh krew penerbitan filem ni..

Dalam filem ni,mereka menunjuk kn tentera Parsi ni memiliki bentuk fizikal yg buruk,umpama raksasa dgn bentuk fizikal yg pelik sedangkan tentera Sparta yg ditampilkan memiliki susuk tubuh yg tegap dan sasa,semua ada 6 pax..Kerajaan Parsi,milik siapakan kerajaan Parsi ni?Parsi adalah kerajaan Islam,adakah kerajaan Islam ni kerajaan yg dihuni oleh raksasa seperti yg ditunjukkan dlm filem ni?tentu sekali tidak..King Xerxes,siapakah sebenarnya King Xerxes?Jika dikaji balik sejarah,King Xerxes sebenarnya adalah cucu kepada Raja Kurush yg telah disandarkan kepada Zulqarnain dlm buku Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain yg aku cerita sebelum ni..Difikir secara logik,mana mungkin seorang cucu kepada seorang pahlawan agung bg kerajaan Islam mempunyai watak seperti yg ditunjuk kn dlm filem 300 ni..Jelas secara terang-terangan pengarah filem ni nk menunjuk kn yg King Xerxes ni mempunyai sikap yg menganggap dirinya tuhan apabila dia menyuruh King Leonidas menyembah nya..Ini merupakan satu penghinaan kpd pemimpin dan kerajaan Islam.


Selama ini kita seronok apabila menyaksikan filem seumpama ini,tp tanpa disedari kita telah seronok menyaksikn kerajaan dan pemimpin Islam telah dihina barat.mengapa jalan cerita filem ini disampaikan sedemikian rupa?dan kenapa mcm tiada isu penentangan terhadap filem ini?Ingat wahai sahabat2 ku,mungkin selama ini kita seronok menyaksikan filem2 yg diterbitkan oleh barat,tp jgn lupa,dlm berseronok tu jgn smpai kita ditipu oleh pembikin2 filem tersebut.jgn smpai ummat Islam sendiri tersalah anggap dgn kerajaan Islam pd masa lampau..aku sendiri pn tertipu dgn filem ni,pd mulanye aku xtau yg persian ni adalah kerajaan Parsi,nasib baik kisah 300 ni diselitkan dlm buku Benarkah Iskandar bukan Zulqarnain..Pelajari lah sejarah Islam,kerana dgn sejarah lah kita sedar siapa kita yg sebenarnya..

Sumber yg tak pasti..

Dlm 2 minggu yg lepas aku ada kuar mkn2,lepak2 dgn member2 aku kat riverside kat parit raja..jgn tkejut lak bila aku ckp kat parit raja ada warung kat riverside.hehe..tp sbenar nyer bkn river pn kat sbelah warung tu,just a big 'parit'..hahaha..ok la drp xde lgsung,boleh la jgk feel mkn kat sbelah sungai..hehe..

So nk dijadikan cerita,dlm pjalanan blik ke hostel,salah sorg drp member aku ada bertanya macamana nk wat kalu tiba2 duit masuk dlm bank dia,dia xtau duit tu dr mana,dia tnya bleh ker dia nk guna duit tu?..hrmmm..masa tu aku yg drive,so maybe sbb tpaksa bg tumpuan dgn pmanduan,so otak aku ni agak susah la nk pikir apa jawapan yg paling sesuai aku nk bg kat member aku tu..pikir punyer pikir,aku buntu mencari jawapan yg sesuai utk diberikan walaupun aku masa tu aku rasa macam ada jawapan yg sesuai yg aku nk bg,tp dgn kuasa Allah semua tu x keluar difikiran aku,maybe Allah nk aku bg tumpuan kat pemanduan..so masa tu aku bg jgk la sedikit advise kat member aku tu..aku advise dia supaya g tnya bank,sbb aku rasa bank boleh trace duit tu dtg dr mana.so kalu ada kesalahan sistem maybe bank boleh detect sbb masa tu aku tringat jgk la pasal beberapa org guru yg jd jutawan secara tiba2 sbb berlaku kesilapan sistem yg menyebabkan tiba2 duit masuk dlm akaun diorg dlm 5 juta kot kalu aku x silap.bagus jgk la guru2 ni sbb g wat laporan..

Bila dh smpai kat bilik,baru la fikiran aku dibuka oleh Allah S.W.T..baru aku teringat satu peristiwa yg boleh dijadikan sandaran dgn situasi yg berlaku kat member aku tu dengan cikgu2 tu..Kita kembali pada sejarah kisah Rasulullah S.A.W. sbb padaku,sesuatu perkara paling layak jika kita sandarkan kepada sejarah kehidupan Nabi Muhammad sbb sunnah nabi lah yg perlu kita jadikan panduan hidup kita seharian.

Dalam satu peristiwa,apabila Rasulullah keluar dari rumah baginda,baginda mendapati ada sbiji buah kurma dihadapan pintu rumah baginda.pada mulanya Rasulullah menyangka kn kurma tersebut diberikan oleh para sahabat sbg sedekah kpd baginda,jadi baginda pun memakan kurma tersebut.tp belum sempat baginda menghabiskan kurma tersebut,baginda terfikir mungkin kurma tersebut diletak kan di rumah baginda utk diagihkan kpd fakir miskin,jadi dengan serta merta baginda mengeluarkan kurma tersebut dr mulut baginda.baginda memasuk kn jari baginda ke kerongkong baginda bg memaksa nya memuntahkan kembali kurma yg dimakan baginda.

Drp kisah ini dpt kita simpulkan bahawa sesuatu yg x pasti tu x boleh kita ambil sbg hak milik..bg baginda Rasulullah,walaupun hanya sebiji kurma,baginda tidak memakan nya kerana baginda tidak pasti kurma tersbut utk beliau atau perlu diagihkan pada fakir miskin walaupun kurma tersebut berada didepan pintu rumah baginda.sama la jgk dengan situasi duit tiba2 masuk dlm akaun bank kita,walaupun duit tu mmg dlm bank kita,tp kita x pasti dr mana duit tu dtg.mungkin duit tu tsalah masuk ke dlm bank kita.so rasanya duit tu x boleh kita gunakan selagi kita x dpt pastikan dr mana sumber tu dtg..siasat dulu dr mana dtg nye duit tu,dh mmg confirm tu duit kita,baru leh pakai..kalu bkn milik kita,pulangkan lah pd tempat yg sepatutnya..(^_^)

BOOK : Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain

Membongkar kewujudan dan rahsiah sebenar pejuang agung.
 
"Sejak sekian lama, kita mempercayai Iskandar Zulqarnain adalah individu hebat dalam sejarah. Beliaulah yang digelar Alexander The Great. Namun tahukah anda, sebenarnya Raja Iskandar atau Alexander The Great tidak sesuai disandarkan dengan gelaran Zulqarnain, satu gelaran yang diberikan oleh Quran. Bahkan ada tokoh lain yang lebih sesuai dan layak disandarkan dengan gelaran itu."


Alhamdulillah, akhirnya aku diberi kesempatan utk menghabiskan bacaan buku yg aku beli ni lebih 2 bulan yg lepas. Dalam kesibukan yg melampau, dpt jgk aku mencuri masa utk membaca buku ni walaupun agak lama utk menghabiskannya. Seperti yg dijanjikan sebelum ni,aku akn memberi sedikit ulasan tentang buku ni,sedikit je la..kalu nk lebih2 baca sendiri la.bkn xnk cerita,nnt cerita lebih2 takut kena saman plak.hehe..

So, sedikit ringkasan, buku ini membincangkan mengenai siapakah sebenarnya Zulqarnain yg disebut dlm Al-Quran.Buku ini juga memberikan hujah2 utk menyangkal dakwaan bahawa Alexander The Great adalah individu yg disebut dalam Al-Quran..Salah satu hujah yg dibawa adalah melalui ahli2 sejarah, Alexander adalah seorg berketurunan Yunani dan bukan lah seorang yg beragama Islam, bahkan beliau sendiri telah byk melakukan perkara2 syirik smpaikan sanggup mengaku dirinya adalah anak tuhan dan bersifat ketuhanan. Sedangkan Zulqarnain yg diceritakan di dalam Al-Quran adalah seorang yg taat dan patuh kepada Yang Esa. Jadi, layak kah Alexander disama kn dengan Zulqarnain? Tentu sekali tidak..

Sejarah juga menceritakan Alexander merupakan seorang pemimpin yg terlalu mengikut emosi,seorang yg pemabuk,bahkan sanggup membunuh orang kanan nya sendiri kerana dikuasai oleh emosi. Banyak lg hujah2 yg diketengahkan didalam buku ini bagi menyangkal dakwaan Alexander adalah Zulqarnain. Jadi timbul persoalan,jika Alexander bukan Zulqarnain,siapakah yg lebih layak utk disandar kan sebagai Zulqarnain yg diceritakan di dalam Al-Quran?

Bagi menjawab persoalan yg timbul, pengarang buku ini mengetengahkan seorang tokoh yg wujud 1500 tahun sebelum kemunculan Alexander. Individu yg dimaksudkan adalah Raja Kurush, iaitu seorang yg berketurunan Parsi. Banyak hujah2 dan bukti2 sejarah yg dikemukan oleh pengarang bg membuktikan bahawa Zulqarnain lebih bertepatan jika disandarkan kepada Raja Kurush. Peristiwa pembinaan tembok bg menghalang Yakjuk Makjuk juga ditimbulkan bg membuktikan bahawa Raja Kurush adalah Zulqarnain yg diceritakan di dalam Al-Quran. Siapakah Raja Kurush? haa..aku nk cerita nnt pnjg la plak posting aku ni.hehe..korang cari la buku ni,murah jer..RM17.50 jer..Dalam buku ni jugak ada di selitkan mengenai Raja Loenidas, watak dalam filem 300. So,kalu nk tahu,beli la buku ni cepat2.hehe..

Nnt ada masa aku cerita sket2 siapakah Raja Kurush..Selamat Membaca..

Book Info;
Tajuk : Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain
Pengarang : Afareez Abd Razak Al-Hafiz
Penerbit : PTS Millennia Sdn. Bhd.
Tahun diterbitkan  : 2009
Jumlah Muka surat : 200
Rating : 8/10
Blog Widget by LinkWithin
 
~::peacemaker87::~ © 2008 Hak Cipta Terpelihara | TNB | blogger.com