Subscribe News Feed Subscribe Comments

Tips - Cara Sihat Tambah Berat Badan

Hehe..mesti korang tahu knape aku letak posting ni kn?mesti la utk diri aku sdiri yg sejak dari dulu bertungkus lumus nk tambah berat badan tp tetap kurus kering sampai sekarang.hahaha..xde la kurus kering,tp underweight la..aku jumpa artikel ni kat satu laman web,so aku nk kongsi la dgn korang semua.mana la tahu ada spesis yg sama dgn aku kat luar sana yg nk tambah berat badan jgk.selamat mencuba..


sumber : halakah.net


~~~~~~::(^_^)::~~~~~~
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Dalam kehidupan masa kini.ada sesetengah orang yang risau apabila dirinya terlalu kurus.Sebab bile terlalu kurus ia senang mendapat penyakit,bukan orang yang terlalu berisi senang dapat penyakit,orang yang terlalu kurus pun mudah.Ia berlaku mungkin kerana genetik pada diri yang memang akan kurus,mungkin juga kerana masalah terhadap penyerapan dan pencernaan makanan atau disebabkan jumlah pengambilan kalori serta zat dalam diet pemakanan yang tidak lengakap.


Jadi bagi yang kurus dan semakin risau kerana berat badan tidak seimbang dengan ketinggian, mungkin boleh cuba amalkan cara tertentu..antara perkara yang kamu boleh buat untuk berusaha menambah berat badan :


1.Penting untuk mengambil banyak makanan yang tinggi kalori,protien dan garam galian
-caranya-
-gantikan nasi dengan roti.Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi atau boleh mengambil nasi dan sejam kemudian roti


2.Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari
-caranya-
-pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan.digalakkan mengambil snek seperti sandwich, kekacang, biskut,minuman bersusu,jus,keju,buah-buahan kering dan kentang lenyek.


3.Makan secara kerap.jika tidak mempunyai selera makan,boleh makan lima atau enam hidangan kecil sehari
-caranya-
-ambil hidangan yang sihat.amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat,tetapi melambatkan proses metabolisme tubuh.


4.Pada waktu pagi,ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protien tinggi
-caranya-
-minum satu gelas susu pada setiap hari,roti atau telur separuh masak.hindari makanan yang mengandungi banyak lemak


5.Melakukan senaman secara teratur
-caranya-
-lakukan senaman senaman bina badan,angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30 minit setiap tiga atau empat kali seminggu.pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika proses menambah berat badan


6.Selepas selesai senaman,boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi
-caranya-
-ambil makanan yang mempunyai sumber protien dan karbohidrat.ini untuk mengantikan kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu melakukan senaman.


7.Mengamalkan pemakanan mengikut panduan piramid pemakanan Malaysia
-caranya-
-lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan kecuali gula,minyak dan lemak dalam makanan


8.Sokongan makanan tambahan
-caranya-
-contohnya vitamin B yang membantu mencerna nutrisi yang diambil


-jadi kepada yang terlalu kurus boleh cuba amalkan..mane tahu menjadi ker...
hehe..sumber dari dara.com


jom kita tambah berat badan lg...hehehe....(^,^)

Congratulation My Sister..

Alhamdulillah..Tanggal 30 ogos 2009,sehari sebelum Malaysia menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan yg ke52, aku dikurniakan seorg lg cahaya mata,eh silap..anak sedara la.hehe.. So setakat ni aku dh ada 3 org anak buah la..yg terbaru ni hasil perkahwinan kakak ku yg tersayang Nur Hafiza.

Si comel kat sebelah  ni la anak sedara aku yg ke 3. Diberi nama Muhammad Naufal. Tahniah buat kakak ku yg tersayang. Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini dpt mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yg telah sedia terjalin. Ameen..

Waiting for the 4th..who will be the next..(^_^)

Info Ramadhan - Akhlaq sewaktu berpuasa

Akhlaq sewaktu berpuasa

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya).

Renungan - Buat Sang Permata

"Mana adil macam ni, Adik selalu dapat itu, dapat ini. Along x pernah dapat apa2 pun. Along pun anak Ayah & Ibu jugak.."

Mungkin ini monolog dalaman seorang yg bergelar seorang anak sulung dan situasi ini sentiasa membelenggu anda. Pelbagai persoalan timbul dlm benak fikiran anda kenapa semua ini berlaku? Ayah & Ibu x sayang aku ke? Aku ni bukan anak diorang ke? Kenapa Ibu & Ayah lebih sayang kn adik?

Tambahan pula sekiranya kita telah melakukan sesuatu yg boleh membanggakan keluarga namun tidak mendapat perhatian daripada Ayah & Ibu sedangkan apabila adik2 mendapat keputusan cemerlang dlm peperiksaan mendapat hadiah yg mahal2 daripada Ayah & Ibu.

Jangan cepat melatah wahai sahabatku, kerana anda adalah permata bg keluarga anda. Byk kn bersabar kerana ganjaran yg hebat bakal menanti setiap insan yg bersabar,itu janji Sang Pencipta. Sebagai anak, mungkin kita tidak dapat melihat sudut pemikiran seorang ibu atau bapa. Tetapi yakin lah mereka tahu apa yg terbaik utk anak2 nya.

Ada tgok cerita Nur Kasih? Cerita yg mengisahkan kehidupan Nur Amina, Aidil dan Adam. Aku tertarik dgn satu babak yg membawa penonton utk berfikir mengenai perbezaan sikap antara Aidil & Adam walaupun mereka adalah adik beradik. Anak2 ini diumpamakan seperti pokok. Setiap pokok memerlukan jumlah air yg berbeza. Sekiranya kita bagi air yg byk kat kat pokok A mungkin dia akan tumbuh dgn suburnya, dan sekiranya kita bagi air yg byk kat pokok B, kemungkinan ia akan mati sbb ia x perlukan air yg byk utk membesar. begitulah juga dlm mendidik anak2. Setiap anak2 perlukan didikan yg berbeza mengikut keperluan.


Jadi, sebagai anak sulung, jgn lah anda cepat berkecil hati sekiranya anda tidak dilimpahi hadiah daripada ibu bapa seperti adik2 kerana pada mereka anda lah harapan terbesar kepada mereka. Anda lah tempat mereka bergantung dan menaruh harapan sekiranya mereka tiada nanti. Anda lah yg akan mengambil tugas, memikul beban dan tanggungjawab sebagai ibu bapa sekiranya mereka tiada kelak. Bagaimana anda ingin memikul beban sebagai ibu dan bapa kepada adik2 anda sekiranya anda juga dimanjakan oleh ibu bapa anda sama seperti adik2 anda? Bagaimana anda nk mengambil alih tugas ibu bapa anda sekiranya anda juga terlalu bergantung kepada ibu bapa anda utk hidup?

Mereka ingin mendidik anda menjadi seorang anak yg tabah, pandai berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada org lain sbb sikap itu lah yg perlu ada pada seorg anak sulung utk memboleh kn dia memikul dan mengambil alih tugas seorang ibu atau bapa. Adakah dengan limpahan hadiah dapat mendidik anda kearah itu? Hadiah hanya akan melemah kan anda, sekali dapat mesti nk lagi. So jadilah anda seorang anak yg terlalu ingin kan perhatian dan pergantungan daripada ibu bapa.

Renungkan lah wahai sahabatku kerana anda lah PERMATA bg kedua ibu bapa anda.

~Khas Buat yg bertanya. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu.Kuatkan semangat.Yakin bahawa setiap kejadian ada hikmahnya.

Info Ramadhan - Pantang Larang Puasa

Pantang Larang Puasa:

Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).
1) Berdusta, berbohong.
2) Mengumpat, mengata orang.
3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
5) Marah.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bermaksud: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Bermaksud: “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”.
(Hadis menurut Sahih Muslim)

Ramadhan-Mencari Bekal Diperjalanan.

RAMADHAN:
Mencari Bekal Di Perjalanan.
Oleh: Us Rushdan

Salam
Saudara/saudari yang dimuliakan Allah.

Hakikat kehidupan ini adalah sebuah perjalanan menuju Allah yang menghidupkan dan yang mematikan sesuatu, yang menjadikan muka bumi dan alam semesta ini sebagai tempat ujian untuk makhluk bernama jin dan manusia. Perjalanan itu pula pada hakikatnya adalah perjalanan hati yang sentiasa dipengaruhi oleh dua perunding utama dalam diri manusia iaitu akal dan nafsu.

Allah tidak membiarkan manusia begitu sahaja melalui perjalanan ini tanpa sebarang pedoman. Sifat rahmat dan kasih sayang Allah kepada hambaNya menyebabkan bersama kejadian manusia itu diturunkan bersamanya al-Kitab (al-Quran) dan diutuskan para Rasul a.s. bagi membimbing serta menunjukkan jalan yang betul menujuNya.

Firman Allah: "Ingatlah! Sesungguhnya segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Awaslah! Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan untuk menerima balasan (ujian). Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi apa yang ada di dalam dada kamu (hati kamu), dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah (wahai Muhammad), “Kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)”. (Yunus: 55-58)


Kelebihan... Disertai Kemuliaan.

Allah s.w.t. menjadikan makhlukNya tidak sama antara satu sama lain. Allah melebihkan sesuatu dan mengurangkan sesuatu yang lain. Itulah keindahan ciptaanNya. Antara hikmatnya ialah supaya makhluk ini saling bergantung serta memerlukan antara satu sama lain dan kesemuanya itu berhajat dan bergantung kepada Yang Maha Pencipta. Allah melebihkan dan memuliakan manusia daripada makhlukNya yang lain, begitu juga Allah telah memuliakan Nabi Muhammad s.a.w. melebihi Nabi-nabi yang lain, Allah juga melebihkan hari Juamaat daripada hari-hari yang lain. Dan begitulah Allah telah memuliakan Bulan Ramadhan mengatasi kemuliaan bulan-bulan yang lain.

Setiap yang Allah lebihkan dan muliakan itu memang pada hakikatnya ada kelebihan dan ada kemuliaannya, sama ada pada zat kejadiannya atau pada sebab ia dijadikan. Contohnya manusia, selain daripada kejadiannya yang unik yang menghimpunkan antara sifat haiwan (sifat yang ada pada binatang yang memerlukan makan, minum, seks dan sebagainya serta fizikal daripada jenis mamalia seperti sebahagian haiwan lain) dan sifat Malaikat yang boleh tunduk dan patuh serta mendekatkan diri kepada Allah (seperti sifat patuh para malaikat), manusia juga dimuliakan kerana sebab ia dijadikan iaitu untuk menjadi Khalifah bagi memakmurkan muka bumi ini dengan apa yang diredhai Penciptanya.


Ramadhan... Kelebihannya pada al-Quran.

Begitu juga Bulan Ramadhan. Allah memuliakannya kerana padanyalah diturunkan al-Quran. Sebagai petunjuk yang telah memberi panduan kepada manusia bagaimana untuk hidup dengan cara yang betul, atau dengan kata lain bagaimana untuk memakmurkan muka bumi ini dengan cara yang betul. Iaitu bagaimana untuk melaksanakan tugas Khalifah di muka bumi ini yang dengan sebabnya manusia dimuliakan dan dilebihkan daripada makhluk yang lain.

"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu." (al-Baqarah: 185)

Malah pada malam pertama diturunkan al-Quran daripada Luh Mahfuz diberi fadhilat lebih daripada seribu bulan, dan diulangi setiap tahun sehingga hari Qiamat iaitu malam Lailatul Qadar:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

Ini semua menunjukkan betapa besarnya erti al-Quran kepada kehidupan ini. Oleh itu bagi seorang Mukmin yang memahami tujuan dan erti hidup ini, tiada tulisan yang paling suka untuk ditatapinya berbanding al-Quran, tiada kalimah yang sentiasa menarik hati dan mindanya untuk memahaminya melainkan kalima-kalimah al-Quran dan tiada alunan yang paling suka untuk didengarinya saban hari malah setiap ketika (yang sesuai) melainkan alunan daripada bacaan al-Quran. Sehingga terpancar daripada hati kepada lidahnya sebuah doa yang diulang-ulang kepada Tuhannya:

اللهم اجعل القرآن ربيع قلوبنا ونور
ابصارنا وجلا ءهمناوطريقنا الذى نمشى عليه

Itulah hakikat mukmin dengan al-Quran dan itulah keadaan dirinya di bulan Ramadhan.


Ramadhan Perhentian Untuk Mencari Bekalan.

Allah telah menyusun kehidupan ini sedemikian rupa yang mana hari silih berganti bulan berlalu menjangkau tahun dan Allah telah juga telah mengolah agama yang diredhaiNya untuk manusia yang sesuai dengan peredaran masa supaya manusia tidak lupa bahawa dunia ini ada Pencipta dan Penentu perjalanannya dan pada akhirnya semua manusia akan dikembalikan kepadaNya. Bagi mereka yang lupa dan lalai akan menerima balasan sewajarnya, sebaliknya bagi mereka yang peka dan sentiasa mencari bekal yang disediakan akan mendapat habuan yang dijanjikan.

Allah menentukan pada setiap hari itu waqafat perhentian supaya mukmin mentajdidkan hubungannya dengan Penciptanya melalui solatnya yang telah ditentukan waktunya. Begitu juga pada setiap minggu ada waqfah untuk mukmin berhubung serta menginsafi hal ehwal masyarakatnya melalui solat Jumaat. Dan seterusnyalah Allah menjadikan sebulan suntuk Bulan Ramadhan pada setiap tahun sebagai suatu Waqfah besar kepada hambaNya mukmin untuk dia mencari sebanyak mungkin bekalan untuk perjalanan seterusnya.

Bekalan... persediaan latihan melawan nafsu mengekang kemahuan perut daripda makan dan minum serta mengekang kemahuan faraj daripada seks yang biasanya dihalalkan di siang hari untuk menguatkan hatinya bahawa Syariat Tuhan mesti didahulukan mengatasi kemahuan syahwat. Bekalan... menguatkan hubungan dengan Penciptanya dengan Qiam di malam dan dini hari, berdoa dan bertaubat kepada Yang Maha Pengampun lagi Mengasihani. Bekalan... menajamkan minda dan mata hatinya dengan tilawah dan tadarrus al-Quran sebagai perisai di perjalanan dan untuk pertarungan yang akan datang. Bekalan... menginsafi bahawa perjalanannya yang sebenarnya adalah menuju Akhirat dan di sanalah kehidupan hakikinya dengan memutuskan buat seketika kesibukan dunia fatamorgana ini dengan beriktikaf sepuluh hari terakhir Ramadahan. Bekalan... membentuk akhlak jiwa pemurah dan sifat rahmatnya kepada makhluk Allah serta melawan sifat ananiyyah dan bakhilnya dengan bersedekah dan zakat.

Inilah satu WAQFAH BESAR untuk mencari bekalan yang Allah sediakan bagi mereka bagi yang mengerti tentang hakikat kehidupan ini dan ke mana penghabisannya.

Dan itulah hakikat dan keadaan seorang Mukmin di bulan Ramadhan yang tentunya berbeza dari yang lainnya dan daripada masa-masa yang lain.

“Dan carilah bekalan oleh kamu, dan sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah Taqwa...”

Dipanjangkan oleh:
Cg Jamil (SESTER)

Erti Kemerdekaan

Artikel ini baik dibaca untuk kita hayati erti kemerdekaan sebenar.

Salam Kemerdekaan
Oleh: Us. Azizie

Salam perjuangan buat anak watan.. Hari ini genaplah 52 tahun kita menyambut sambutan kemerdekaan negara tercinta, Malaysia. Kemerdekaan dari siri-siri penjajahan demi penjajahan bermula dari Portugis, Belanda, British, Jepun dan Komunis. Betapa banyak nyawa yang terkorban, berapa banyak wang ringgit yang hangus demi membebaskan negara dari cengkaman penjajah.

Hakikat yang perlu kita fahami dan akui bahawa penjajah datang bukan sahaja menyerang dari aspek fizikal tetapi juga dalam bentuk serangan pemikiran (al-ghazwul fikri). Serangan para penjajah adalah merupakan rentetan gerakan salibiyyah antarabangsa untuk menggugat dan menghancurkan dominasi Khilafah Othmaniyah dan ketuanan kerajaan Islam yang berpusat di Turki dan tidak terkecuali rantau Melayu.

Kesan dari al-ghazwul al-fikri telah membawa kepada peleburan identiti umat Islam. Identiti (hawiyyah) sebagai seorang muslim yang memiliki kesetiaan yang teguh terhadap agamanya (at-tamassuk bid deen) dan mengambil sibghah allah ( neraca Allah) dalam setiap urusannya. Ini adalah impak yang nyata dari serangan bertubi-tubi dan episode panjang penjajahan.

Ia bukan sahaja melebur identiti Islam tetapi juga identiti bangsa sebagai ummah Melayu. Dalam kata yang lain, jasad dan kulitnya Melayu tetapi akal dan jiwanya keinggerisan (kebaratan). Mereka bertutur dalam bahasa Melayu- Slangga, berbangga dengan bahasa barat, berbudaya dengan budaya hedonistic, berfikir dalam kotak ciptaan Barat. Muncullah fahaman-fahaman baru yang menggugat ketuanan Islam dan ketuanan Melayu seperti Liberalisme, Sekularisme, Pragmatisma dan sebagainya.

Pemikiran ini telah menular dan menjalar kepada generasi pasca Merdeka. Mereka mendewa-dewakan aliran pemikiran ini dan mempopularkan ke dalam masyarakat Malaysia atas nama kesaksamaan, hak asasi manusia, demokrasi dan lain-lain lagi dengan menggunakan pelbagai jenama politik dan NGO.

Pelbagai tulisan dan artikel ditulis , pelbagai idea dan buah fikiran dicanang-canangkan yang membawa penyimpangan dari maksud Islam yang sebenarnya hasil rekaan dan ciptaan pemikiran-pemikiran kebaratan ini. Yang pelik, ia turut diperjuangankan oleh gerakan Islam Liberal, Sisters In Islam dan lain-lain lagi.

Lihatlah kenyataan-kenyatan mereka terhadap isu Kartika, isu persamaan gender, isu feminisma,pelaksanaan rang undang-undang Syariah berkaitan Undang-Undang Kekeluargaan. Mereka menempelak dan mempertikaikan hak –hak yang telah ditetapkan oleh syariat Allah.

Tambahan pula, hari ini muncul kelompok Melayu yang hilang rasa izzah (bangga dan mulia) pada agama dan Melayunya. Mereka pula membiarkan ketuanan bangsa mereka dipermain-mainkan oleh musuh-musuh Islam, dirobek-robek satu demi satu hingga terburai ikatan Islam dan ikatan Melayu. Melayu sama melayu boleh bercakaran sesama sendiri, hilang ruh ukhuwwah islamiah bahkan politik Melayu sudah menjadi politik tuduh menuduh, fitnah memfitnah, cerca mencerca, adu domba dan hilang fiqh al-ikhtilaf.

Kita seharusnya bertanya pada diri kita, apa makna kemerdekaan pada saat dan ketika ini. Apa makna kemerdekaan jika tanah air kita tergadai pada bangsa lain?

Apa makna kemerdekaan jika kuasa ekonomi kita berada pada bangsa asing?

Apa makna kemerdekaan jika agama dipersenda ?

Apa makna kemerdekaan jika anak-anak muda berpeleseran siang dan malam ?

Apa makna kemerdekaan jika Islam diperlekehkan ?

Apa makna kemerdekaan jika ketuanan bangsa kita diancam ?

Apa makna kemerdekaan jika kenegaraan bangsa digugat?

Apa makna kemerdekaan jika jiwa kita hina dina?

Inilah perkara yang perlu kita nilai dan lakukan introspek dalam kita menganjak ke hadapan membina negara bangsa.Kemerdekaan bererti kita harus membebaskan diri kita dari belenggu konkongan hawa nafsu yang menjadikan kita rasa lemah, hina kepada manusia yang mempunyai harga diri ( izzah).

Dengan izzah inilah memungkinkan kita menerajui perubahan dan pembangunan sebagaimana para sahabat R.A. Renungilah ungkapan Rubi’ b. ‘Amir kepada panglima Rustam :
“Nahnu qaimun ibta’athallahu li nukhrijan an-nas min ibadatil ibad ila ibadatillahi wahdah, wa min jauril adyan ila ‘adlil islam, wa min dheekqin ad-dunya ila siaatihi..” [kami adalah satu umat yang dibangkitkan Allah untuk mengeluarkan manusia dari perhambahan sesame manusia kepada perhambaan kepada Allah yang satu, dari kezaliman sistem ciptaan manusia kepada keadilan Islam, dari dunia yang sempit kepada keluasan] Misi kemerdekaan inilah menjadi KPI kepada satu perubahan besar kepada dunia sebagaimana telah dimulakan oleh tokoh kemerdekaan insan dan Negara iaitu Baginda Rasulullah SAW. Marilah kita jadikan tempoh 52 tahun ini untuk kita memperbaharui tekad dan azam mengembalikan kesetiaan bangsa , mengangkat harakat umat dengan mengimbau sejarah perjuangan generasi silam, membina jiwa merdeka, menerjah ke depan, membangun ketuanan umat mempelopori satu kebangkitan.

Pejuang kemerdekaan, Dr. Burhanudin al-Helmy pernah berkata :
"Di atas robohan kota Melaka…Kita bina jiwa merdeka…"

Dipanjangkan oleh Cikgu Jamil

Blog Widget by LinkWithin
 
~::peacemaker87::~ © 2008 Hak Cipta Terpelihara | TNB | blogger.com