Subscribe News Feed Subscribe Comments


Fakta Nisfu Syaaban

Sebelum aku balik kampung, aku nk kongsi 1 artikel yg aku ada.Rasanya dh lama aku x kongsi ilmu di blog aku ni,lebih kpd merepek je kan..(sedar pn..hahaha..).so sempena bulan syaaban yg mulia ni aku nk kongsi sedikit fakta mengenai nisfu syaaban..semoga kita semua dpt memanfaat bln ini dgn sebaik mungkin..

FAKTA NISFU SYAABAN
Syaaban adalah bulan Rasulullah s.a.w. Bersabda baginda yang maksudnya, "Dinamakan dengan Syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak."
• Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda.
• Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.
• Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada awal, pertengahan dan akhir bulan ini (Syaaban) maka Allah akan menuliskannya baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid.
• Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al -Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat di samping doanya tidak akan ditolak.

Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 
~::peacemaker87::~ © 2008 Hak Cipta Terpelihara | TNB | blogger.com