Subscribe News Feed Subscribe Comments


Merdeka !!!

31 Ogos, hari kemerdekaan bagi Malaysia. Malam ni, seluruh rakyat Malaysia sekali lagi menyambut kemerdekaan negara buat kali ke 51. Setiap tahun hari ini diraikan dengan meriah dan gilang gemilang. Menanti saat detik jam 12 malam telah menjadi satu kewajipan bagi seluruh rakyat Malaysia. Hari ini dianggap satu hari yang cukup bermakna bagi semua rakyat Malaysia yang melambangkan semua rakyat Malaysia itu bebas dari segala bentuk penjajahan.

Namun, cuba kita fikirkan kembali disebalik kegembiraan kita menyambut kemerdekaan ini. Adakah kita betul2 merdeka? Apakah erti kemerdekaan? Adakah merdeka itu sekadar merdeka dari penjajah yang telah menjajah kita dulu? Sedangkan minda kita telah teruk dijajah oleh barat. Itukah merdeka yang kita inginkan?

Perayaan kemerdekaan itu sendiri melambangkan kita semakin teruk dijajah. Setiap tahun, berapa ramai pasangan yang ditangkap khalwat pada malam kemerdekaan? Setiap tahun, berapa ramai remaja2 yang ditangkap kerana mengadakan pesta liar pada malam kemerdekaan? Setiap tahun, berapa ramai orang melayu merayakan kemerdekaan dengan arak & perempuan? Yang lagi menyedihkan, setiap tahun, berapa ramai gadis melayu yang jadi korban malam kemerdekaan?

Inikah kemerdekaan yang dicari? Merdeka untuk melakukan apa sahaja tanpa mengira hukum & syara'. Pesta2 dilakukan secara besar-besaran melambangkan kemerdekaan sedangkn pesta2 besar itu salah satu agenda barat untuk menjajah pemikiran umat Islam. Dimanakah nilai kemerdekaan itu?

Mungkin ada majlis2 keagamaan dalam menyambut kemerdekaan ini seperti solat hajat, majlis kesyukuran dll. Namun begitu, berapa keratkah rakyat Malaysia yang menyertainya jika nk dibandingkan dengan rakyat yang berkumpul di dataran merdeka,klcc dll. Sampai bila situasi ini akan berterusan? Inikah negara yang diiktiraf sebagai negara Islam? Marilah kita renungkan sejenak. Merdekakah kita? Merdekakah jiwa kita? Merdekakah minda kita?

MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!

Semoga Hari Kemerdekaan kali ke 51 ini membawa erti kemerdekaan yang sebenar di dalam setiap jiwa umat Islam di Malaysia khususnya. InsyaAllah..

Apa-apa pun, tidak lupa kepada semua tokoh-tokoh yang telah memerdekakan kita dari penjajah2 barat. Jasa mereka dalam membebaskan kita dari terus ditindas amat dihargai. Oleh itu, kita sebagai pewaris kemerdekaan ini seharusnya tidak merosakkan kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh org2 terdahulu dengan membenarkan minda2 kita dijajah oleh barat.

MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 
~::peacemaker87::~ © 2008 Hak Cipta Terpelihara | TNB | blogger.com