Membongkar kewujudan dan rahsiah sebenar pejuang agung.
"Sejak sekian lama, kita mempercayai Iskandar Zulqarnain adalah individu hebat dalam sejarah. Beliaulah yang digelar Alexander The Great. Namun tahukah anda, sebenarnya Raja Iskandar atau Alexander The Great tidak sesuai disandarkan dengan gelaran Zulqarnain, satu gelaran yang diberikan oleh Quran. Bahkan ada tokoh lain yang lebih sesuai dan layak disandarkan dengan gelaran itu."
Alhamdulillah, akhirnya aku diberi kesempatan utk menghabiskan bacaan buku yg aku beli ni lebih 2 bulan yg lepas. Dalam kesibukan yg melampau, dpt jgk aku mencuri masa utk membaca buku ni walaupun agak lama utk menghabiskannya. Seperti yg dijanjikan sebelum ni,aku akn memberi sedikit ulasan tentang buku ni,sedikit je la..kalu nk lebih2 baca sendiri la.bkn xnk cerita,nnt cerita lebih2 takut kena saman plak.hehe..
So, sedikit ringkasan, buku ini membincangkan mengenai siapakah sebenarnya Zulqarnain yg disebut dlm Al-Quran.Buku ini juga memberikan hujah2 utk menyangkal dakwaan bahawa Alexander The Great adalah individu yg disebut dalam Al-Quran..Salah satu hujah yg dibawa adalah melalui ahli2 sejarah, Alexander adalah seorg berketurunan Yunani dan bukan lah seorang yg beragama Islam, bahkan beliau sendiri telah byk melakukan perkara2 syirik smpaikan sanggup mengaku dirinya adalah anak tuhan dan bersifat ketuhanan. Sedangkan Zulqarnain yg diceritakan di dalam Al-Quran adalah seorang yg taat dan patuh kepada Yang Esa. Jadi, layak kah Alexander disama kn dengan Zulqarnain? Tentu sekali tidak..
Sejarah juga menceritakan Alexander merupakan seorang pemimpin yg terlalu mengikut emosi,seorang yg pemabuk,bahkan sanggup membunuh orang kanan nya sendiri kerana dikuasai oleh emosi. Banyak lg hujah2 yg diketengahkan didalam buku ini bagi menyangkal dakwaan Alexander adalah Zulqarnain. Jadi timbul persoalan,jika Alexander bukan Zulqarnain,siapakah yg lebih layak utk disandar kan sebagai Zulqarnain yg diceritakan di dalam Al-Quran?
Bagi menjawab persoalan yg timbul, pengarang buku ini mengetengahkan seorang tokoh yg wujud 1500 tahun sebelum kemunculan Alexander. Individu yg dimaksudkan adalah Raja Kurush, iaitu seorang yg berketurunan Parsi. Banyak hujah2 dan bukti2 sejarah yg dikemukan oleh pengarang bg membuktikan bahawa Zulqarnain lebih bertepatan jika disandarkan kepada Raja Kurush. Peristiwa pembinaan tembok bg menghalang Yakjuk Makjuk juga ditimbulkan bg membuktikan bahawa Raja Kurush adalah Zulqarnain yg diceritakan di dalam Al-Quran. Siapakah Raja Kurush? haa..aku nk cerita nnt pnjg la plak posting aku ni.hehe..korang cari la buku ni,murah jer..RM17.50 jer..Dalam buku ni jugak ada di selitkan mengenai Raja Loenidas, watak dalam filem 300. So,kalu nk tahu,beli la buku ni cepat2.hehe..
Nnt ada masa aku cerita sket2 siapakah Raja Kurush..Selamat Membaca..
Nnt ada masa aku cerita sket2 siapakah Raja Kurush..Selamat Membaca..
Book Info;
Tajuk : Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain
Pengarang : Afareez Abd Razak Al-Hafiz
Penerbit : PTS Millennia Sdn. Bhd.
Tahun diterbitkan : 2009
Jumlah Muka surat : 200
Rating : 8/10
0 comments:
Post a Comment