Subscribe News Feed Subscribe Comments


Disebalik Filem 300



300, rasa nyer semua org dh tgok citer ni..sape yg belum tgok tu boleh dikata kn agak rugi la sbb x tgok.pasti masing2 terpegun bila tgok citer ni..sebuah filem arahan Zack Syder yg mendapat nasihat secara terus oleh Frank Miller, seorg pengarang novel fiction yg bertajuk Battle of Thermopylae. Filem ni diterbitkan pada tahun 2006,for me this is the best movie yg pernah aku tgok..apa yg best sgt dgn citer ni?hrmm..lets me story about it briefly..

Benda pertama yg aku terpaksa admit betapa hebat nye citer ni adalah kesan grafik yg dia wat,terutama part masa diorg perang,part slow motion dia mmg hebat la..perang2 dia mcm real..keberanian dan kegagahan yg ditunjuk kn oleh tentera2 dlm citer ni mmg mengagum kan..betul2 terasa suasana perang yg ditunjuk kn..

So,kenapa aku nk bawa citer pasal filem ni dlm posting aku kali ni?aku tertarik utk menulis pasal filem ni selepas aku habis baca Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain,so sumber2 yg aku rujuk utk membuat olahan adalah merujuk kpd buku tersebut secara keseluruhan nya..ok,sebelum aku straight pd point yg aku nk bawa,apa kata kita bincang dulu apa sebenarnya kisah yg diceritakan dlm filem ni..siapakah King Leonidas, yg memimpin 300 org tentera sparta dlm filem ni..

Kisah filem ni bmula bila tentera persian (Parsi) pimpinan King Xerxes hendak menyerang kerajaan sparta.so as a king, Leonidas nk mempertahankan lah negara dia..tp masa tu majis agama sparta x bg King Leonidas pergi berperang sbb diorg ckp masa tu waktu yang malang.so atas rasa tanggungjawab,Leonidas mengetepikan nasihat majlis agama dia dan Leonidas membawa 300 org tenteranya yg terbaik ke Hot Gates bg menanti dan menyekat kemaraan tentera Parsi. Walaupun 300 org tentera tersebut tewas dgn tentera Parsi pada masa tu, Raja Leonidas telah mempamerkan kepentingan mengambil keputusan yg betanggungjawab berdasarkan logik mengatasi kekarutan. Tindakan King Leonidas ini amat mengagumkan kerana beliau ternyata gagah menentang larangan yg berasakan elemen khurafat walaupun beliau sendiri akhirnya terkorban dalam peperangan tersebut.namu beliau telah berjaya melengahkn kemasukan serangna Parsi ke negaranya.

Apa yg aku nk cerita kn kat sini sebenar nya bukan lah mengenai kehebatan King Leonidas dan 300 org tenteranya..bukan nyer aku nk menafikan kehebatan dan kegagahan tentera sparta pimpinan King Leonidas sbb pada zaman tu Sparta mmg merupakan satu kuasa yg sgt disegani.tp di sini aku nk singkap penyelewengan atau penipuan fakta sejarah yg telah dilakukan oleh krew penerbitan filem ni..

Dalam filem ni,mereka menunjuk kn tentera Parsi ni memiliki bentuk fizikal yg buruk,umpama raksasa dgn bentuk fizikal yg pelik sedangkan tentera Sparta yg ditampilkan memiliki susuk tubuh yg tegap dan sasa,semua ada 6 pax..Kerajaan Parsi,milik siapakan kerajaan Parsi ni?Parsi adalah kerajaan Islam,adakah kerajaan Islam ni kerajaan yg dihuni oleh raksasa seperti yg ditunjukkan dlm filem ni?tentu sekali tidak..King Xerxes,siapakah sebenarnya King Xerxes?Jika dikaji balik sejarah,King Xerxes sebenarnya adalah cucu kepada Raja Kurush yg telah disandarkan kepada Zulqarnain dlm buku Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain yg aku cerita sebelum ni..Difikir secara logik,mana mungkin seorang cucu kepada seorang pahlawan agung bg kerajaan Islam mempunyai watak seperti yg ditunjuk kn dlm filem 300 ni..Jelas secara terang-terangan pengarah filem ni nk menunjuk kn yg King Xerxes ni mempunyai sikap yg menganggap dirinya tuhan apabila dia menyuruh King Leonidas menyembah nya..Ini merupakan satu penghinaan kpd pemimpin dan kerajaan Islam.


Selama ini kita seronok apabila menyaksikan filem seumpama ini,tp tanpa disedari kita telah seronok menyaksikn kerajaan dan pemimpin Islam telah dihina barat.mengapa jalan cerita filem ini disampaikan sedemikian rupa?dan kenapa mcm tiada isu penentangan terhadap filem ini?Ingat wahai sahabat2 ku,mungkin selama ini kita seronok menyaksikan filem2 yg diterbitkan oleh barat,tp jgn lupa,dlm berseronok tu jgn smpai kita ditipu oleh pembikin2 filem tersebut.jgn smpai ummat Islam sendiri tersalah anggap dgn kerajaan Islam pd masa lampau..aku sendiri pn tertipu dgn filem ni,pd mulanye aku xtau yg persian ni adalah kerajaan Parsi,nasib baik kisah 300 ni diselitkan dlm buku Benarkah Iskandar bukan Zulqarnain..Pelajari lah sejarah Islam,kerana dgn sejarah lah kita sedar siapa kita yg sebenarnya..

1 comments:

Unknown said...

Parsi adalah negara syiah skang..negara penyembah api..walhal Rasulullah pun sedih bila kerajaan Rom dikalahkan Parsi..lps itu turunnya wahyu surah Ar Rum..

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 
~::peacemaker87::~ © 2008 Hak Cipta Terpelihara | TNB | blogger.com