Subscribe News Feed Subscribe Comments


BOOK :: Tariq - Menang ataupun Syahid

"Wahai saudara-saudaraku, lautan ada di belakang kalian, musuh ada di depan kalian, ke manakah kalian mahu lari? Demi Allah, apa yang kalian miliki hanya kejujuran dan kesabaran..."

-Tariq bin Ziyad

Kali ni aku nk kongsi mengenai sebuah buku yang baru aku habis baca,nk kata buku baru x la jgk sbb buku ni diterbitkan pada tahun 2007 terbitan PTS Publication & Distribution Sdn. Bhd. Buku ni dikarang oleh Abdul Latip Talib.

Sedikit ringkasan mengenai buku ni, Tariq bin Ziyad merupakan bekas budak suruhan yang telah diangkat menjadi Panglima Perang Islam oleh wakil Khalifah Islam di Negara Afrika Utara atas kebijaksanaan dan kebolehan beliau. Kegemilangan Panglima Tariq bin Ziyad bermula apabila beliau dilantik utk mengetuai satu angkatan perang ke Andalusia. Walaupun pada mulanya pasukan beliau yg terdiri daripada 12 ribu angkatan tentera hanya ditugaskan sebagai pasukan peninjau, tetapi dgn kebijaksanaan Panglima Tariq bin Ziyad, angkatan tentera yg dipimpian beliau telah berjaya menewaskan angkatan tentera Gotik yg seramai 100 ribu angkatan tentera. Beliau bersama angkatan tenteranya berjaya meluaskan penaklukan Islam di Andalusia tanpa tentangan yg sengit kerana sikap dan contoh yg ditunjukkan oleh Panglima Tariq bin Ziyad dan angkatan tenteranya  telahberjaya memikat hati penduduk Andalusia sehingga ramai penduduk Andalusia memeluk Islam. Kejayaan tentera Islam di Andalusia didorong oleh ketaqwaan angkatan tentera Islam itu sendiri di mana semasa pemilihan 12 ribu tentera ke Andalusia, Panglima Tariq bin Ziyad telah memilih tentera yang terbaik di mana tentera yg dipilih adalah tentera yg tidak pernah meninggalkan solat fardu dan solat sunat rawatib semenjak akhil baligh.

Nk tahu lebih lanjut mengenai kisah kegemilangan Panglima Tariq bin Ziyad, korg baca la buku ni. Kalu nk beli, buku ni berharga RM 23.90 je.. Kalu xde duit korg cari la member2 yg ada beli buku ni,kalu nk pinjam dgn aku pn bleh jgk,tp jgn lupa pulangkan balik.hehe..X rugi baca buku mengenai sejarah kegemilangan Islam,baru la kita tahu yg Islam pernah menjadi kuasa dunia pada satu masa yg dulu dan kita mampu mengulangi sejarah kegemilangan Islam jika kita betul2 mahu..

Sekarang aku tengah baca buku "Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain" karangan Afareez Abd Razak Al-Hafiz,juga terbitan PTS Publication & Distribution Sdn. Bhd. Buku ini mengutarakan hujah-hujah dan bukti-bukti bahawa Iskandar (Alexander The Great) bukan Zulqarnain yg diceritakan di dalam Al-Quran.Nnt aku dh habis baca aku bagi sedikit info ringkas mengenai buku ni.

Kalau korang ada buku-buku yg menarik utk di baca korg suggest la, aku agak berminat dengan buku-buku berkisarkan sejarah Islam ni. Nnt lain kali aku kongsi info mengenai buku-buku lain yg pernah aku baca mcm buku pasal Sultan Muhammad Al-Fateh, Sultan Salahuddin, Saidina Umar dan lain-lain lg la..Sama-sama kita berkongsi, bak org ramai selalu ckp, sharing is caring..

Selamat membaca..(^_^)

2 comments:

cik misi said...

salam. best tak buku Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain? buat ulasan nanti ek.. cam berminat nak baca la.

Tarmizi said...

belum habis baca lg,skrg tgah bz,x sempat nk curi masa baca buku ni.
dh baca about 30%,stakat ni agak menarik,awal penulisan dia ada menerangkn mengenai susur galur keturunan drp Nabi Adam, perkaitan hubungan antara Nabi2..
nnt dh habis baca mizi akn bg ulasan mengenai buku ni..

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 
~::peacemaker87::~ © 2008 Hak Cipta Terpelihara | TNB | blogger.com