Subscribe News Feed Subscribe Comments


I'm Back With The New Spirit..(^_^)

Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan kepada semua..Selamat bertemu kembali setelah hampir 2 bulan aku berhibernasi kat rumah,memenuhi ruang cuti ku dgn makan dan tidur je,itu la rutin ku di rumah selama 2 bulan.Tp yg pelik nya badan aku x naik2 jgk,still kering mcm dulu jgk..huhu..dh kepenatan memikirkan idea nk tambah berat badan.hehe..

Kini,aku kembali ke mengharungi liku-liku hidupku sebagai seorg pelajar sebuah universiti..

Baru-baru ni dunia dikejutkan dengan kematian raja pop dunia,Michael Jackson atau Mikaael yg dikatakan telah memeluk Islam yg aku sendiri belum tahu kepastian mengenai keIslaman beliau..Yg pasti,aku tidak mengambil kisah sgt tentang kehidupan raja pop tersebut.hehe..

Influenza A atau Virus H1N1 atau lebih tepat lg Selsema b***, yg sedang menular di seluruh dunia sekarang,semoga keadaan semakin bertambah baik.Sekiranya anda membaca akhbar,universiti aku sendiri telah mengambil langkah mengkuarantin pelajar2 dari luar negara selama seminggu dan 4 org pelajar yg baru mendaftar diarahkan pulang dan kembali setelah demam mereka sembuh.Jgn aku pn diarah kn balik sudah la..hehe..

New Semester with the New Spirit..sama mcm semester2 yg lepas jgk,memulakn sesi semester yg baru dgn penuh semangat untuk terus berjuang demi masa depan.Walaupun aku memulakan semester ini dengan sedikit kesedihan apabila laptop aku mengalami kerosakan,xtau lg bila nk g repair.Ni pn pinjam laptop member..Yg pasti,semester ini merupakan semester yg paling sukar untuk aku tempuhi dan aku harap aku berjaya menempuhi nya tanpa sebarang masalah yg boleh menjejaskan pelajaran ku.

Semester ni,aku memulakan PSM (Projek Sarjana Muda) aku.PSM aku berkisarkn nk hasilkan fabrik untuk baju kalis peluru menggunakan sabut kelapa.Aku sendiri pn masih x faham dgn apa yg aku nk buat ni,masih dalam proses perbincangan dgn penyelia aku.Aku baru je hantar borg cadangan tajuk.Yg pasti,selepas ini aku akan mengadap sabut kelapa,menguji dan menganalisi properties sabut kelapa tu..Hasil nya nnt kita tunggu dan lihat.(^_~)

Kepada follower2 yg terus mengikuti perkembangan blog aku ini yg kadang2 aku tinggalkn x bertuan,teruskn sokongan anda..nnt aku belanja air suam kat kedai mamak sebelah universiti aku ni.hehe..

Adios,tq kerana sudi membaca..Jumpa lg..

1 Year to Go..

Alhamdulillah..Akhirnya berakhir minggu peperangan dengan kertas peperiksaan akhir semester..5 paper yg aku tempuh kali ini agak memuaskan hati kerana boleh dikatakan boleh dijawab dengan jayanya walaupun belum tentu betul nya.hahaha..So thats mean aku masih ada 1 tahun perjuangan lagi sebelum aku menggenggam segulung ijazah yg akan menentukan masa depan ku.I'll wait and fight for it.Gambatte!!!

Mak,Ayah,adik2..I'll back this friday,wait for me!!!dah lama aku x menghirup udara kat kampung halaman ku.rindu sgt kat family.dah lebih kurang 4 bulan x blik kampung.this time,aku nk cuti puas2..sebelum ni cuti ku selalu diganggu oleh program2 yg aku join,mak selalu membebel,cuti2 ni duk je la kat rumah..hehe..ok mak,kali ni mizi cuti betul2,duk kat rumah je.hehe..

Perancangan masa cuti?emm..rangcang nya nk cari keje,nk try minta jadi guru sandaran,tp xtau la ada kekosongan ke x.tgok la mcmana nnt,tu pn kalu rajin aku ni nk keje cuti2 ni.hehe..yg pasti,cuti ni aku nk menghabiskan masa cuti ku dgn keluargaku.

For next sem,bermulalah peperangan saraf otak baru bagi ku, PSM!!!hope i can manage it well.nnt kena datang awal nk uruskan proses pendaftaran PSM.jap,korang tahu x PSM tu apa?bkn tmpat wat lesen kat tganu tau.haha..PSM tu projek sarjana muda.aku wat projek pasal sabut kelapa,nk tukar sabut kelapa tu jadi textile pakaian.nnt tpaksa la aku kena selalu buat kajian pasal sabut kelapa.jgn smpai mimpi pn pasal sabut kelapa sudah la.hehe..

Ok la,see u next semester.new sem,new advanture.Sayonara...(^_^)

Citer Best

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA.

APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.

CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA rAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.

si LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.

SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''

''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''.KATA BARBER.''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!''.KATA BARBER.

''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''

Credit to my fren that send this story to me through frenster..(^_^)

Peperangan Bermula !!!

Waaarrrggghhhhh !!!!
Esok 1st paper final exam, dh masuk minggu exam ke???
Huhuu..nasib baik esok paper kenegaraan jer..so bleh la nk panaskn badan dgn paper ringan dulu.hehe..Doakn aku dpt jawab dgn baik setimpal dgn hasil usaha ku selama ini.Amin..

Ke Manakah Orang Melayu Pergi ???

Sebelum aku memulakan tulisan aku kali ini, ingin ditegaskan bahawa tulisan kali ini aku tujukan kepada diriku sendiri yg semakin lalai dan hayut dibuai arus kehidupan dunia yg fana ni..Semoga tulisan ku kali ini dapat membangkitkan semangat ku untuk terus berjuang dalam menjaga iman ku..

Kali ni aku nk berkongsi pengalaman aku ketika menziarahi sebuah IPTA kat Malaysia ni.Rasanya x perlu aku jelaskan nama IPTA tersebut kerana aku rasa situasi ini berlaku di kebanyakan IPTA termasuk tempat yg aku belajar sekarang yg ternyata situasi tersebut makin jelas kelihatan di tempatku walaupun masih tidak ditahap kronik..

Aku xnk bercerita mengenai kisah ku menghabiskn masa ku di IPTA tersebut, aku cuma ingin berkongsi kisah semasa aku menunaikn solat maghrib di IPTA tersebut.

"Allahuakhbar Allahuakhbar!!!!" Sayup kedengaran suaran muazin melaungkan azan menandakan waktu maghrib telah menjengah tiba.Aku segera mencari surau berdekatan untuk menyahut seruan tersebut. Apabila tiba di surau tersebut,terdetik didalam hati kecil ini dimanakah jemaah2 kat surau ini?blum smpai lagi ke?sedangkan IPTA tersebut terkenal dengan jumlah mahasiswa nya yg ramai.Yg ada hanya muazin dan seorang jemaah lain.Apabila muazin melafazkan iqamat,aku diminta untuk mengimami jemaah tersebut.Dengan rasa berat aku terima pelawaan tersebut kerana padaku lebih baik orang tempatan yg menjadi imam kepada jemaah di situ.

"Assalamualaikumwarahmatullah..." selesai aku memberi salam, aku menoleh ke belakang untuk melihat para jemaah. Alhamdulillah,rupanya sangkaan ku sebelum ni betul.Ramai juga jemaah yg datang solat berjemaah kat surau tu.Kalau x silap hampir 4 saf yg penuh,kalu nk wat solat Jumaat dah boleh kata cukup la..Tp bila kuamati balik jemaah yg ada,aku menjadi hairan.Kemanakah kelibat2 org yg sama bangsa dengan aku sedangkan ini tanah air bangsaku.Aku hanya dapat mengesan beberapa kelibat bangsaku sendiri dicelah2 jemaah tersebut,ada la dalam 5-6 org.Yg lain2 nya semua nya bangsa asing.Aku bangun dari tempat imam dengan seribu persoalan.Kemana pergi nya org2 melayu yg sama bangsa dan agama dengan ku?Kenapa surau ni dikuasai oleh bangsa asing yg datang dari negara lain yg pada aku org tempatan yg seharusnya mengimarahkn surau tersebut.Persoalan tu terus berputar di benak fikiranku.

Apabila kedengaran seruan azan yg menandakan masuk nya waktu Isya',aku sengaja melengahkan masa untuk pergi ke surau.Aku sengaja melepak kan diri ku di cafeteria yg boleh dikatakn penuh dengan makhluk yg bergelar manusia yg telah diberi mandat oleh Ilahi sebangai Khalifah di bumi ciptaanNya ini.Mahasiswa kat IPTA tersebut mmg bagus2,patut la IPTA ni terkenal dengan graduan2 yg berkualiti.Masing2 tekun dengan pelajaran mereka,tekun belajar dalam kumpulan belajar masing2 dan x kurang dengan yg belajar dengan pasangan masing2.Tp kuhairan,mereka x dengar ke laungan azan td yg pada aku dh cukup kuat untuk didengari walaupun xlah kuat sgt.Mereka terus tekun dengan buku dan laptop masing2.Yg aku dapat lihat hanya warga2 asing yg datang nya dari negara mana pn aku x tahu yg bingkas bangun dari tempat duduk masing2 untuk ke surau.Bila la bangsa melayu yg beragama Islam ni nk jadi macam org Islam dari negara asing ni.

Setibanya di surau,kulihat imam nya adalah warga asing dengan pakain nya hanya lah seluar jeans dan t-shirt.Tp jgn dilihat dari penampilan nya sahaja,apabila diamati bacaan nya,fuh..berdegup jantungku(mmg la,kalu x mati la aku.hehe..).Bdk tahfiz mana la yg jd imam ni.Bacaan nya cukup sempurna.Bukan nk kata apa,org melayu ni g surau dengan pakain yg cantik2,siap dengan baju melayu.Tp bila suruh jadi imam,semua nk mengelak.Nk banding dengan org asing ni,diorg bergegas ke surau dengan apa yg ada pada diri masing2,x payah pikir susah nk salin baju ke apa ke.x macam org kita,apa yg ada dlm fikiran org kita,nk ke surau ni mesti pakai baju melayu,mesti pakai kain pelikat,baru bleh g surau.last2 x pergi pn.hampeh betul org melayu ni.bila la nk berubah.

Apabila aku pulang ke IPT aku,baru aku sedar situasi ni turut berlaku kat tempat kau di mana masa solat jumaat,saf2 hadapan dikuasai oleh warga asing.Org melayu yg ada kat saf yg paling depan hanya lah Pak Imam dan Pak Bilal je dengan beberapa org2 yg selalu duk kat masjid.Nasib baik la kat IPT aku x ramai sgt warga asing,kalau x aku rasa situasinya sama je dengan situasi kat IPT yg aku cerita td.

Sama-samalah kita fikir.Mana2 yg baca tulisan ku ini yg rasa dia org melayu yg berpegang teguh pada agamanya yakni Islam,sedar lah,kita yg patut mengimarahkn masjid dan surau kat tempat kita.jgn nk harapkan warga asing je sbb kita x tahu bila diorg akan pulang ke negara diorg.bila diorg dh balik nnt sape yg nk teruskn usaha mengimarahkn surau kat tempat kita kalau bukan kita?Fikirkanlah wahai teman-temanku..
Blog Widget by LinkWithin
 
~::peacemaker87::~ © 2008 Hak Cipta Terpelihara | TNB | blogger.com