Subscribe News Feed Subscribe Comments


RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN

1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.

2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.

3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :

i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.

ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah

iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.

iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.

v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.

vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.

Checklist Amalan Harian

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak..

Sebelum ni aku ada buat posting mengenai checklis amalan sepanjang Ramadhan yang aku x tahu dari mana sumbernya..hehe..So, kali ni aku nk kongsi checklist versi aku sendiri. Aku ada buat checklist amalan2 yg boleh dilakukan sepanjang hari sepanjang bulan yang mulia ni. Di harap dgn wujudnya checklist ini dpt membantu sy khusus nya dan kpd sesiapa yg sudi menggunakannya amnya dlm meningkatkan amalan2 di bulan yg mulia ini.

Cara nk guna senang shj, just colorkn kotak2 yg telah disediakn, hijau bg amalan yg berjaya dilakukan dan merah bg amalan yg gagal disempurnakan. Kalau u all ada amalan yg ingin ditambah just tambah je kat jadual tu. Semakin byk amalan yg di lakukn semakin baik..


Bersama-sama lah kita meningkatkn amalan kita dalam mencapai rahmat, keampunan dan pelepasan dari api neraka sepertimana yg telah dijanjikan oleh Allah di dalam bulan yg mulia ini..

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.

2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.

3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.

4. Solat Tarawikh 20 rakaat.

5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.

6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.

7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)

8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.

9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.

10.Jangan tidur sesudah sahur.

11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.

12.Tadarus pendek.

13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.

14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.

15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.

16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.

17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)

18.Solat Zuhur berjemaah.

19.Tadarus pendek.

20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.

21.Solat Asar berjemaah di Masjid.

22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.

23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.

24.Segera Solat Maghrib di Masjid.

25.Makan malam bersama keluarga.

26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

Selamat Berbuka Puasa..

Selamat Berbuka Puasa kepada semua.. Tahniah kepada semua kerana berjaya menempuh segala bentuk dugaan di hari pertama di dalam bulan Ramadhan pada tahun ini.. Semasa berbuka tu ingatlah juga kepada insan2 yang tidak berkemampuan, jgn lah berbuka mengikut nafsu. Jadikan bulan yg mulia ini bulan untuk melatih kita untuk melawan nafsu..

Berbuka lah dengan nama Allah dan bersyukurlah dengan rezeki yg dikurniakan..

Doa berbuka puasa..
*sorry cheng, aku curi gambar ni kat blog mung..hahaha..

Raihan - Harapan Ramadhan

Harapan Ramadhan
Album : Maafkan
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
Blog Widget by LinkWithin
 
~::peacemaker87::~ © 2008 Hak Cipta Terpelihara | TNB | blogger.com