Subscribe News Feed Subscribe Comments

SaLaM AiDiL ADhA

Sedih, pilu, sunyi.. Itulah gambaran sambutan Hari Raya Haji aku pada tahun ini. "Kenapa plak pak cik oi?" "Huhuu..pak cik xleh balik kampung la..beraya sorg2 kat perantauan.." So, this is my 2nd time beraya kat perantauan. 2006 menjadi sejarah dalam hidup aku sbb buat pertama kali menyambut hari raya tanpa keluarga di sisi. Masa tu aku berada di Matrikulasi Kedah, Changlun. Disebabkn sedikit masalah teknikal masa tu, aku xleh balik kmpung. Tp apa yg membezakan situasi pada masa tu dgn tahun ni, masa tu aku beraya dgn kawan2 sbb masa tu ramai jugak kawan2 aku yg x blik raya jugak. Tapi tahun ni?sob3x..uwaaaaaaaaa!!!!! Den rayo sorang2.. Xde lagi teman utk sama2 menyambut hari raya. Nak beraya dgn ofismate, mesti la masing2 dgn family masing2. So, terkebil-kebil la aku sorg2 kat bilik sewa aku ni. Org lain enak menjamu selera dgn rendang dan gulai daging, aku plak enak menjamu selera dgn nasi goreng hasil buatan sendiri dgn bantuan perencah segera adabi.huhuu.. Sungguh sadis..


Tiadakah yg sudi menghulurkan simpati, kepada nasibku ini,
Agar dapat kurasa nikmat di hari raya seperti insan yg lain..

Ceh, sudirman ni buat aku bertambah sedih jer..haha.. Apa-apa pun, di kesempatan ini pak cik nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada semua ummat Islam. Semoga hari raya kali ini memberi seribu erti buat kita semua.


Kepada yg menunaikan ibadah haji pada tahun ini, aku doakan semoga anda semua dikurniakn haji mabrur dan kepada yg menunaikan ibadah korban, semoga korban anda diterima dan di redhai oleh Allah S.W.T.. Tunaikan ibadah korban anda dengan hati yg suci dan ikhlas.. Brape ekor lembu tumbang kat kampung aku tahun ni? Aku pun x tahu. Kekenyangan makan daging lembu la semua.hehe.. Yg penting, semoga korban kali ini dapat meringankan lagi beban insan-insan yg kurang berkemampuan. At-least diorg dapat jugak nk merasa mkn mewah sket. InsyaAllah, semoga kita semua diberi keberkatan..
Buat keluargaku, terutamanya mak ayah, maaf kan anakanda sebab sekali lagi tidak dapat balik beraya di kampung. Bukan niatku utk tidak balik beraya, tp keadaan yg tidak mengizinkan anakanda untuk pulang. InsyaAllah tahun depan jika diberi kesempatan anakanda akan pulang beraya bersama-sama, insyaAllah..^_^


SeLaMaT HaRi RaYa AiDiL aDHa

ikhlas daripada
~:: TaRMiZi BiN RaMLi ::~

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 
~::peacemaker87::~ © 2008 Hak Cipta Terpelihara | TNB | blogger.com