Subscribe News Feed Subscribe Comments


Going Home for a Week~~

Setelah hampir 2 bln tidak pulang ke pangkuan keluarga,hari ni aku akan memulakn perjalananku pulang ke kmpung.ptg ni aku akn ke bangi utk ke rumah kakak ku,leh la jumpa anak buah aku,Naufal..mcmana la bdk tu skrg,mesti maikn comel.hehe..then aku akan ke damansara(kot) umah abg aku.dr situ aku akn pulang ke terengganu pada ptg sabtu ni..doakn perjalan pulang ku selamat..mak,tunggu kepulangan anak mu ini..i miss u a lots..

So apa nk buat sepanjang cuti seminggu ni?ha,itu yg kita x tau tu!..hehe..yg semestinya mesti la tidur puas2 smpai kena sound dgn parent xpuas tido lg ker..hehe..xde la smpai tido je memanjang..well,cuti ni my mission adalah utk menghabiskn membaca buku Iskandar bukan Zulqarnain yg x habis2 lg aku baca..semoga cuti ni dpt memberi aku masa yg secukup nya utk khatam buku tu.hehe..then,maybe aku akan attend ke majlis2 kawin kawan,jika diberi kesempatan & keizinan.insyaAllah..aku lak bila lg nk kawin?kawan2 dh ramai yg dh kawin & nk kawin.hehe..

Apa2 pn,selamat bercuti kpd semua yg akn bercuti.pd yg x cuti tu jgn nk jeles2,lain kali korg lak yg cuti..Sempena peninggalan aku selama seminggu ni aku tinggal kn korg dgn lagu yg aku tgah layan sekarang.lagu yg dr dulu aku layan tp x pernah jemu2 aku dengar.dh berapa ribu kali aku dgar pn aku xtau.hehe..lagu ni bila aku dengar jer mesti aku tringat program2 motivasi yg aku buat dulu,rasa mcm semangat bdk2 dlm program tu meresap masuk dlm diri.make me feel stronger..hehe..

~~Enjoy~~


~:: See u all again,maybe on 22 Feb 2010..insyaAllah.. ::~

Barat Kagumi Kehebatan Salahuddin Al-Ayubi

Salahuddin al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tikrit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor yang bernama Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zinki, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab. 


 
         Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera. Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah. Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

         Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nuruddin di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria. Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Assaduddin Shirkuh yang dihantar oleh Nuruddin bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1169 Masihi). Selepas Assaduddin Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi. Pada masa sama, Nuruddin melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.

         Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul. Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin.
Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.

         Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin.
Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.

         Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.

         Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu. Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya. Setiap orang lelaki Kristian hendaklah menebuskan dirinya dengan 3 wang dinar, manakala kaum perempuan 2 dinar dan kanak-kanak 1 dinar. Bagi yang tidak berkemampuan, beliau sendiri akan membiayainya. Salahuddin menghantarkan pasukan tentera bagi mengiringi orang-orang Kristian sehingga ke Pelabuhan Beirut.

         Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat. Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai, tanpa mengira orang biasa, para ulama’, huffaz dan sebagainya. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.

         Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir. Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan.
Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Sesetengah ahli sejarah mengisahkan beliau hanya meninggalkan wang sedinar, seekor kuda, sebilah pedang dan sebuah khemah dan meninggalnya dalam keadaan tidak wajib untuk mengeluarkan zakat kerana sedekahnya dan infaqnya menghabisi hartanya. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.

         Inilah kisah seorang penakluk agung, penakluk yang mencontohi sikap dan sifat penakluk yang mulia iaitu Nabi Muhammad SAW ketika Fathul Makkah. Bacalah sirah baginda dan kitab-kitab sejarah umat Islam untuk mencari kebenaran kisah tersebut. Meskipun pernah dikeluarkan filem Kingdom of Heaven yang berdasarkan kisah tersebut, Barat dalam masa yang sama menggambarkan Salahuddin sebagai seorang yang angkuh, tentera Islam bersukaria di malam hari dan pelbagai perkara yang karut yang tidak menepati dalam buku sejarah umat Islam. Begitulah perancangan jahat pihak Barat untuk memburukkan Islam dan tokoh-tokoh ternamanya,walaupun mereka mengagumi Salahuddin mereka masih berusaha untuk merosakkan peribadinya secara senyap-senyap.


Sumber: Suara Jumaat, 15 Januari 2010, Pusat Islam, UTHM
Diolah kembali dari Sudut Agama, Berita Harian 11 hb Jun 2007. Artikel ini dikarang oleh Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (UKM)

The Awakening ~ Menimba Pengalaman Baru

The Awakening,menyimpan seribu kenangan kepada semua yg terlibat..for me, i got new experience from this program.korang nk tau apa?haa, ni yg aku nk citer ni.hehe..

Semua nya bermula apabila penceramah yg aku jemput utk bg ceramah kat bdk2 ni x dpt dtg secara tiba sbb ada urusan lain.so selaku ketua eksekutif pengisian tpaksa la aku memikirkn backup plan.semua nya dirancang x smpai 1 hari.slot nye esok mlm ni baru plan,apa yg aku fikir aku ganti slot tu dgn satu forum perkongsian ilmu antara mahasiswa universiti dgn pelajar skolah.pening jgk la aku nk cari panel2 utk forum tu,ramai yg aku pujuk tp semua nya xnk.so aku jemput la pengarah program,seorg fasi program and bdk surau yg aku kenal.aku jemput jgk sorg peserta program utk jd panel walaupun mula2 dia mcm xnk tp aku paksa jgk.hahaha..moderator nye sape plak?haha..ni yg klakar nyer,aku sendiri yg terpaksa menjadi moderator nye sbb dh xde org sgt.nk xnk tpaksa la aku pikul tugas tu memikirkn kn slot pengisian merupakan dibawah tanggungjwb aku..so bermula lah satu pengalaman baru dlm hidupku menjadi seorg moderator dlm suatu forum,spontan lak tu,xde text pn yg disediakn.panel2 pn semua nye ckp scara spontan,respect habis la kat diorg sbb walaupun dirancang di saat2 akhir semua nya berjalan dgn lancar..masa forum tu berjalan,kami telah dirakam oleh pihak wartawan UTHM,so tgah x sabar nk dapatkn salinan rakaman tu,nk tgok mcmana la aku masa mengendalikan forum tu.mesti klakar habis tgok diri sdiri bercakap.hehe..

 
~mcmana,ada gaya seorg moderator profesional x?hehe..~

Antara isu yg dikupas adalah isu persedian nk memasuki ke universiti,lifestyle dan cara pembelajaran di universiti.semua nyer dikupas oleh panel2 melalui pengalaman diorg sendiri.turut diselitkn isu2 agama, dan yg pasti nyer menjadi isu yg paling hangat mesti lah isu cinta.semua nye segar bila aku mengajukan soalan pasal cinta kat panel,siap ada peserta yg bg respon dgn tnya soalan bab tu lg.masa aku keluarkn isu pasal kaitan agama dgn belajar xde plak tnya soalan.hehe..overall,i'm enjoying it..(^_^)


 
Audience: 80 org pelajar SMV Batu Pahat & SMT Kluang
Venue: Dewan Kuliah F, Kompleks G3, UTHM
Date: 31 January 2010
Time: 9.30 - 10.30 am

The Awakening ~ Rindu yg Terubat

Pada 29 - 31 Januari 2010 yg lalu, aku telah menyertai satu program motivasi iaitu The Awakening dimana program ini dianjurkan bersempena program Engineering Festival yg telah dianjurkan oleh pihak MPP UTHM yg disertai oleh SMV Batu Pahat & SMT Kluang dgn penglibatan 80 org peserta dan 40 org ajk & fasilitator. Program ini telah diadakan di Kolej Kediaman Tun Dr Ismail dan sekitar Kompleks Dewan Kuliah G3 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) selama 3 hari 2 malam. Objektif program adalah untuk memberikn dan mengembalikan semangat peserta dalam meneruskan usaha mereka untuk mencapai kejayaan. Meningkatkn keyakinan mereka utk menempuh liku-liku kehidupan, dan yg paling penting adalah membekalkn pengalaman kepada ajk & fasilitator itu sendiri dlm persediaan utk menempuh kehidupan yg sebenar.


Cuma 1 ungkapan yg aku boleh ucapkan melalui program ini, sungguh seronok dan perasaan tu x boleh aku nk gmbarkn. Perasaan ku umpama seorg anak kecil yg dapat berjumpa kembali ibu nya setelah sekian lama terpisah. Program ini telah berjaya mengubat perasaan rindu ku terhadap 1 perasaan yg pernah aku lalui dahulu. Setelah hampir setahun aku meninggalkn dunia motivasi yg boleh dikatakan dh menjadi darah daging dlm diri aku,akhirnya tahun ini semua itu aku lalui kembali. Satu perasaan yg cukup indah bagi ku,perasaan berkerjasama dalam satu kumpulan dalam usaha mendidik adik2 ke arah yg lebih baik. Satu kenikmatan yg x dpt aku lupakan apabila menjalankn satu program adalah nikmatnya ukhuwah yg terbina diantara ajk & fasilitator yg mana walaupun pada mulanya masing2 tidak mengenali antara 1 sama lain,tetapi dlm suatu program kami boleh menjadi begitu rapat dlm masa yg cukup singkat,bergelak ketawa umpama kami telah kenal bertahun2 lamanya. Satu pengalaman yg x mungkin dpt ditemui dlm kehidupan harian kita. Ribuan terima kasih kepada semua yg terlibat, terutama kepada individu2 yg telah memberi kesempatan kepada aku untuk menyertai program ini. Terima kasih atas kerjasama semua. Semoga kita semua dipertemukan lagi dlm satu majlis dimasa2 akan datang dan semoga ukhuwah yg terbina tidak berakhir dengan berakhirnya program ini. Semoga dgn nama program The Awakening turut membawa kepada permulaan dan kebangkitan ukhuwah antara kita semua.InsyaAllah..


 

~:: UkHuWah iTu iNdaH JikA bERteMu & bERpiSaH KeraNa ALLAH ::~ 


  
My new car, dua org awek kat depan tu aku x kenal,so korg jgn sibuk2 nk tnya sape,diorg 2 sibuk je menyelit kat situ.hehe..gambar ni di snap masa pameran autoshow kat BP Mall anjuran UTHM jgk sempena Engi Fest.ni masa majlis perasmian Engi Fest,dtg jenguk jap selepas majlis penutup The Awakening.sempat tengok org wat drift secara live kat depan mata,sebelum ni main dlm game need for speed jer..
Blog Widget by LinkWithin
 
~::peacemaker87::~ © 2008 Hak Cipta Terpelihara | TNB | blogger.com