Subscribe News Feed Subscribe Comments


Sahabat...

Sahabat,
Dulu kau selalu berpesan,
Sahabat segala-galanya dalam hidup kita,
Bila kita senang dan bergembira,
Sahabatlah yang akan bersama-sama bergelak ketawa dengan kita,
Dan bila kita susah, sahabat jugalah yanga akan menemani kita.
Itu pesananmu padaku..

Ah! Itu semua dusta,
Aku punya kekasih,
Kekasihku segala-galanya bagiku,
Sahabat hanya menemaniku ketika aku senang,
Hanya kekasihku yang memahamiku bila aku dalam kesusahan,
Aku bangga mempunyai kekasih..

Hari ini aku tersedar,
Sahabatlah segala-galanya bagi kita,
Kekasihku sendiri mengajarku pentingnya seorang sahabat,
Dulu aku mengetepikan sahabatku demi kekasihku,
Hari ini, kekasihku mengetepikan aku demi sahabatnya,
Baru kusedar betapa hebatnya seorang sahabat,
Terima kasih wahai kekasih kerana menyedarkanku..

Namun hari ini aku sudah tidak punya sahabat,
Sahabatku telah kutinggalkan demi kekasihku,
Kehadiranmu dulu tidak kuendahkan demi kekasihku,
Padaku kekasihku jauh lebih penting daripadamu sahabat,
Ternyata aku silap..

Di manakah kau wahai sahabat?
Di mana aku mahu mencarimu wahai sahabat?
Maafkan aku wahai sahabat.
Maafkan aku..


Nukilan: Pak Cik Miji
1 November 2009
1.30 am

Buat teman2, hargailah sahabat2 anda, walau anda punyai kekasih, jangan lupa pada sahabat anda.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 
~::peacemaker87::~ © 2008 Hak Cipta Terpelihara | TNB | blogger.com