Subscribe News Feed Subscribe Comments


Me in Newspaper..A long time story..

Akhirnya aku terjumpa jgk keratan akhbar pasal aku masuk newspaper masa skolah dulu. Walaupun bkn keratan akhbar yg original, tp artikel ni pn bleh la nk dibuat kenangan.hehe..aku jmpa artikel ni kat website tranungkite.net. berita ni masuk paper masa tahun 2003 kalu aku x silap. so, nk tahu pasal apa aku masuk paper, korang baca la berita kat bawah ni. nama aku ada dalam tu beb, bangga tu.hehe..saje je nk post nk bg naik semangat sket tgah2 mggu exam ni.hehehe...



DAERAH Setiu, Terengganu mencatat keputusan drastik dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2002 apabila berjaya mencatat peningkatan 16.5 peratus calon lulus pangkat A,B,C dan D) semua mata pelajaran, iaitu meningkat kepada 52.1 peratus berbanding 35.1 peratus tahun 2001. Seramai 540 daripada 1,045 calon membabitkan lima sekolah daerah itu lulus semua mata pelajaran.


Daerah itu juga mencatat peningkatan dari segi kualiti apabila 12 calon berjaya meraih keputusan semua A (9A/8A) berbanding dua calon tahun lalu.


“Malah kita juga berjaya melepasi target calon mendapat semua A daripada lapan kepada 12 dan 7A hingga 9A daripada 25 kepada 27,” kata penolong pegawai pendidikannya, Romeli Ismail.


SMK Penarek muncul sekolah paling ramai mendapat kelulusan semua A, iaitu 8 calon; SMK Sungai Tong (2) dan SMK Chalok seorang calon.


Dari segi mata pelajaran pula hampir semua menunjukkan peningkatan dari segi pangkat A dan lulus keseluruhan. Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan amat ketara apabila 34 calon mendapat pangkat A berbanding 5 tahun lalu. Bahasa Melayu mengatasi mata pelajaran lain dengan 194 mendapat pangkat A, diikuti Kemahiran Hidup Pilihan 1 (135), Pendidikan Islam (122), Geografi (96), Matematik (95), Sejarah (83), Sains (71), Kemahiran Hidup Pilihan 2 (71), Kemahiran Hidup Pilihan 3 (46) , Bahasa Inggeris (34) dan Bahasa Arab (6).


Romeli berkata tiga calon yang memperoleh 9A ialah Siti Sahara Niza Baharudin dari SMK Sg Tong, Munira Mohamad (SMK Penarek) dan Roga Azmala Ab Rahman (SMK Saujana).


Pelajar lain yang mendapat 8A ialah Nor Salwani Mat Noor, Mohd Faez Nasir, Mohd Shakir Hanafi, Ahmad Amirullah Rosdi, Maa Ajmalaisyatu Illani Mat Nawi, Mohd Hasrul Ramli dan Tarmizi Ramli (SMK Penarek), Jasmin Sofia Yusof (SMK Chalok) dan Khuzaimah Mat Yusoff (SMK Sg Tong).


“Pencapaian yang meningkat bagi daerah Setiu adalah hasil kerja kuat guru, ibu bapa dan pelajar yang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat dan jemu.


“Selain itu dengan wujudnya program turun padang yang dilakukan sendiri Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Rozali Ismail yang memberi motivasi kepada pelajar, guru dan ibu bapa menjadi pendorong kepada kejayaan yang membanggakan itu,” katanya.


“Daripada 250 calon yang terpilih mengikuti Seminar Kecemerlangan PMR akhbar Minda Pelajar, 228 mendapat 2A hingga 9A,” kata Romeli.

2 comments:

cik misi said...

salam. Tahniah dapat masuk paper ye.... tapi, nampak ramai lagi nama2 saeng2 hok dikenali kat situ.. ada munira, amir, ila, meen and shakir. Kesimpulan disini, kebanyakkan dr best students sana dapat g SESTER ye~~
~~teruskan kecemerlangan~~

Tarmizi said...

yup,betul tu..most of them masuk sester..

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 
~::peacemaker87::~ © 2008 Hak Cipta Terpelihara | TNB | blogger.com