Subscribe News Feed Subscribe Comments


Me in Newspaper..A long time story..

Akhirnya aku terjumpa jgk keratan akhbar pasal aku masuk newspaper masa skolah dulu. Walaupun bkn keratan akhbar yg original, tp artikel ni pn bleh la nk dibuat kenangan.hehe..aku jmpa artikel ni kat website tranungkite.net. berita ni masuk paper masa tahun 2003 kalu aku x silap. so, nk tahu pasal apa aku masuk paper, korang baca la berita kat bawah ni. nama aku ada dalam tu beb, bangga tu.hehe..saje je nk post nk bg naik semangat sket tgah2 mggu exam ni.hehehe...



DAERAH Setiu, Terengganu mencatat keputusan drastik dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2002 apabila berjaya mencatat peningkatan 16.5 peratus calon lulus pangkat A,B,C dan D) semua mata pelajaran, iaitu meningkat kepada 52.1 peratus berbanding 35.1 peratus tahun 2001. Seramai 540 daripada 1,045 calon membabitkan lima sekolah daerah itu lulus semua mata pelajaran.


Daerah itu juga mencatat peningkatan dari segi kualiti apabila 12 calon berjaya meraih keputusan semua A (9A/8A) berbanding dua calon tahun lalu.


“Malah kita juga berjaya melepasi target calon mendapat semua A daripada lapan kepada 12 dan 7A hingga 9A daripada 25 kepada 27,” kata penolong pegawai pendidikannya, Romeli Ismail.


SMK Penarek muncul sekolah paling ramai mendapat kelulusan semua A, iaitu 8 calon; SMK Sungai Tong (2) dan SMK Chalok seorang calon.


Dari segi mata pelajaran pula hampir semua menunjukkan peningkatan dari segi pangkat A dan lulus keseluruhan. Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan amat ketara apabila 34 calon mendapat pangkat A berbanding 5 tahun lalu. Bahasa Melayu mengatasi mata pelajaran lain dengan 194 mendapat pangkat A, diikuti Kemahiran Hidup Pilihan 1 (135), Pendidikan Islam (122), Geografi (96), Matematik (95), Sejarah (83), Sains (71), Kemahiran Hidup Pilihan 2 (71), Kemahiran Hidup Pilihan 3 (46) , Bahasa Inggeris (34) dan Bahasa Arab (6).


Romeli berkata tiga calon yang memperoleh 9A ialah Siti Sahara Niza Baharudin dari SMK Sg Tong, Munira Mohamad (SMK Penarek) dan Roga Azmala Ab Rahman (SMK Saujana).


Pelajar lain yang mendapat 8A ialah Nor Salwani Mat Noor, Mohd Faez Nasir, Mohd Shakir Hanafi, Ahmad Amirullah Rosdi, Maa Ajmalaisyatu Illani Mat Nawi, Mohd Hasrul Ramli dan Tarmizi Ramli (SMK Penarek), Jasmin Sofia Yusof (SMK Chalok) dan Khuzaimah Mat Yusoff (SMK Sg Tong).


“Pencapaian yang meningkat bagi daerah Setiu adalah hasil kerja kuat guru, ibu bapa dan pelajar yang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat dan jemu.


“Selain itu dengan wujudnya program turun padang yang dilakukan sendiri Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Rozali Ismail yang memberi motivasi kepada pelajar, guru dan ibu bapa menjadi pendorong kepada kejayaan yang membanggakan itu,” katanya.


“Daripada 250 calon yang terpilih mengikuti Seminar Kecemerlangan PMR akhbar Minda Pelajar, 228 mendapat 2A hingga 9A,” kata Romeli.

Why the students fail???

Why the students fail???

It's not the fault of the student if he fails, because the year ONLY Has 365' days.

Typical academic year for a student:

1.Sundays-52, Sundays in a year, you know Sundays are for rest.
Days left 313.

2.Summer holidays-50 where weather is very hot and difficult to study.
Days left 263.

3.8 hours daily sleep- 130 days GONE.
Days left 141.

4.1 hour for daily playing- (good for health) means 15 days.
Days left 126.

5.2 hours daily for food & other delicacies (chewing Properly & swallowing)- means 30days.
Days left 96.

6.1 hour for talking (man is a social animal)-means 15 days.
Days left 81.

7.Exam days- per year at least 35 days.
Days left 46.

8.Quarterly, Half yearly and festival (holidays)-40 days.
Balance 6 days.

9.For sickness- at least 3 days.
Remaining days=3.

10.Movies and functions - at least 2 days.
1 day left.

11.That 1 day is your birthday .

How can you study on that day??????!!! !!!!!!!
Balance = 0

"How can a student pass ??"

Got this from my friend, this is just for fun during this examination week. Don't make this as your reason when you failed. Have a nice day to all. All the best in your exam. GAMBATE !

Boys look to your fingers



xtau la benda ni betul ke x..aku jalan2 kat dlm internet then terjumpa gmbr ni.interested and little bit funny.hehe..so guys, which one is your fingers?hahaha..jgn nk sorok2 tgn lak lepas ni..

Exam Zone..



Tngok tajuk n gmbr pn mesti korang dh tau kn aku nk tulis pasal apa kn? Mesti la pasal aku dh nk exam..Bila? Korang tnya bila? Esok beb..aku dh nk exam esok,sempat lg aku melepak kat sini.hehe..bangunan dlm gmbr kat atas tu la tmpat aku nk exam.tmpt yg boleh dikatakan tmpt paling x selamat bg sesiapa yg ada niat nk meniru dlm exam sbb kat situ kot bangunan paling byk ada cctv kat dunia ni.aku pn xtau ada berapa cctv dlm exam hall ni.so nk bawak toyol?lupakan aje la..kan ada yg kena extend semester.lg pun thats not my prinsip,skadar jeling2 tu ada la,tp x pernah plak aku bwk masuk toyol masa exam spnjg sjarah aku belajar.never cheat on exam beb,x berkat..hehe..

Esok aku ada paper sbjek Reverse & Concurrent Engineering, pernah dengar x sbjek tu?ganaskan nama dia.dengar pn dah takut.tp bila dimelayukan kelakar pn ada.Kejuruteraan Balikan & Serempak.hehe..tp sebenarnya subjek ni sbjek baca2 je,xde kira2 pn.sambung master dlm sbjek ni baru jmpa kira2 kot.kalu nk tahu serba sedikit tentang sbjek ni leh la tgok gmbr kat bwh ni.tu nota yg aku sempat buat pasl sbjek ni.tu sbahagian je la,xkn aku nk letak semua kat sini kot..




Klik gambar utk lihat dgn lebih jelas.

Tu salah satu sbjek yg aku ambil sem ni.sem ni aku ambil 6 sbjek,tp yg ada final  4 sbjek je.ni jadual exam aku.

02 NOV : Reverse & Concurrent Engineering
05 NOV : Finite Element
18 NOV : Industrial Engineering
19 NOV : Noise & Vibration

Korang dh tau jadual aku ni jgn la lupa nk doakan aku plak.lg bagus kalu setiap aku nk g exam tu korang call bg wish xpn bwk keluar blanja mkn pn bagus jgk.hahaha..Apa2 pun, aku doakan kpd semua rakan2 yg seangkatan dgn ku x kira la kat mana korg ambil exam atau bila korg exam, aku doakan korang berjaya dlm exam korang.All the best.Gambate Kudasai!!!

Tutorial Testing..



waaaaaa........menjadi la..nice & cool..
mesti korang tnya apa yg nice? apa yg cool nye?


cuba korang tunggu blog aku ni habis loading then korang klik kat picture kat atas ni,then tengok apa yg berlaku..cool kan?


thanks to unwanted86 for the great tutorial..

want to see the tutorial kindly to refer this blog unwanted86

and thanks to the model..hehe..

Sahabat...

Sahabat,
Dulu kau selalu berpesan,
Sahabat segala-galanya dalam hidup kita,
Bila kita senang dan bergembira,
Sahabatlah yang akan bersama-sama bergelak ketawa dengan kita,
Dan bila kita susah, sahabat jugalah yanga akan menemani kita.
Itu pesananmu padaku..

Ah! Itu semua dusta,
Aku punya kekasih,
Kekasihku segala-galanya bagiku,
Sahabat hanya menemaniku ketika aku senang,
Hanya kekasihku yang memahamiku bila aku dalam kesusahan,
Aku bangga mempunyai kekasih..

Hari ini aku tersedar,
Sahabatlah segala-galanya bagi kita,
Kekasihku sendiri mengajarku pentingnya seorang sahabat,
Dulu aku mengetepikan sahabatku demi kekasihku,
Hari ini, kekasihku mengetepikan aku demi sahabatnya,
Baru kusedar betapa hebatnya seorang sahabat,
Terima kasih wahai kekasih kerana menyedarkanku..

Namun hari ini aku sudah tidak punya sahabat,
Sahabatku telah kutinggalkan demi kekasihku,
Kehadiranmu dulu tidak kuendahkan demi kekasihku,
Padaku kekasihku jauh lebih penting daripadamu sahabat,
Ternyata aku silap..

Di manakah kau wahai sahabat?
Di mana aku mahu mencarimu wahai sahabat?
Maafkan aku wahai sahabat.
Maafkan aku..


Nukilan: Pak Cik Miji
1 November 2009
1.30 am

Buat teman2, hargailah sahabat2 anda, walau anda punyai kekasih, jangan lupa pada sahabat anda.
Blog Widget by LinkWithin
 
~::peacemaker87::~ © 2008 Hak Cipta Terpelihara | TNB | blogger.com