Subscribe News Feed Subscribe Comments


Kesibukan di Akhir Semester

Sedar x sedar sekarang dah akhir semester. Minggu depan dah start final. Tapi yang pelik nye kerja makin bertambah-tambah. Pening kepala dibuatnya, kadang-kadang timbul jgk rasa nk putus asa tetapi kerana amanah yang diserahkan terpaksa jgk kuatkan diri ini untuk terus berjuang.

Kejap tadi baru je meeting pasukan pencak silat, pasukan yang sekarang ni berada di zaman kejatuhan walaupun nama pasukan pencak silat UTHM merupakan satu nama besar di dalam dunia silat di malaysia ni tapi pada hakikatnya pasukan ini berada dalam keadaan kritikal kerana sangat kekurangan pelapis. So, tadi dah decide untuk hantar jugak pasukan pencak silat UTHM ke kojohanan sukan MASUM 2008 walaupun agak lewat untuk membuat persiapan ahli2 baru. So makin byk la kerja sebab kena ajar budak2 baru. Tapi xpe la sebab tu dah tanggungjawab.

Tapi yang lebih memeningkan kepala ni sebab tarikh kejohanan masum berhampiran dengan program motivasi bimbingan pelajar anjuran kolej kediaman yang aku duduk sekarang dan aku merupakan pengarah program. So x tahu la nk buat macamana, terpaksa la aku ketepikan dahulu program motivasi tu sebab aku rasakan pasukan silat lebih memerlukan aku berbanding program motivasi tu yang ternyata ramai lagi yang boleh mengambil alih tugas aku. Tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab, aku buat jgk la kerja aku sebagai pengarah program cuma mungkin di hari program aku tidak berada dalam program. Harap semua ajk pelaksana program tersebut faham la dengan situasi aku sekarang. Hehe..

So sekarang aku fokus pada silat walaupun peluang untuk memperbaiki keputusan MASUM tahun lepas agak tipis kerana kali ni aku terpaksa bergandingan dengan pasangan baru kerana pasangan lama aku dah bersara tetapi akan tetap ku perjuangkan sebab rezeki tu Tuhan yang tentukan. Kalu dah ditakdirkan aku menang, tetap akan menang, begitu jgk sebaliknya. Yang penting usaha dulu..bak kata orang jepun "Gambate Kudasai !!!"..

Aku rasa cukup stakat ni dulu la luahan hati ini untuk kali ini, dh x tahu nk tulis apa sebenarnya,hehe.. Hope kesibukan ni x mengganggu persiapan untuk menghadapi peperiksaan akhir semester minggu depan. Wish me luck in my exam and all the best to all yang akan ambil final exam kat u masing2..

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 
~::peacemaker87::~ © 2008 Hak Cipta Terpelihara | TNB | blogger.com