Subscribe News Feed Subscribe Comments


FITNA HINA ISLAM

FILEM HINA ISLAM MULA DITAYANGKAN.

AMSTERDAM 28 Mac - Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders telah memulakan penayangan filem Fitna yang menghina Islam dengan memetik beberapa ayat Al-Quran dengan imej latar belakang serangan pengganas.

Filem 15 minit itu disiarkan dalam satu laman web bermula semalam dan disusuli kemudian penyiaran secara segmen oleh beberapa saluran televisyen Belanda.

Amsterdam sebelum ini memberi amaran kepada Wilders bahawa filem tersebut bakal mencetus keganasan di negara Islam seperti yang berlaku semasa penerbitan kartun menghina Nabi Muhammad S.A.W.

"Filem itu menyamakan Islam dengan keganasan. Kami menolaknya."

"Kami kesal Wilder tetap menayangkan filem ini. Kami Percaya ia tidak menyumbang apa-apa kecuali kesilapan," kata Perdana Menteri Belanda, Jan Peter Balkenende.

Stesen-stesen televisyen di Belanda enggan menyiarkan filem ini dan Wilder sendiri menghadapi kesukaran mendapatkan platform internet.

Filem tersebut dilaporkan memaparkan kenyataan dari beberapa ulama dan petikan ayat-ayat Al-Quran yang berlatarkan imej serangan 11 September 2001, serangan kereta api di Sepanyo; pada 2004 dan pembunuhan pengarah filem Belanda pada 2004.

Filem tersebut dan diakhiri dengan karikatur Nabi Muhammad S.A.W yang kemudiannya disusuli dengan bunyi koyakan kertas.


KERAJAAN KUTUK PENAYANGAN FILEM FITNA.

Kuala Lumpur 29 Mac - Kerajaan hari ini mengutuk tindakan Ahli Perlimen Belanda, Geert Wilders yang memulakan penayangan filem Fitna kerana ia merupakan satu penghinaan kepada umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, filem itu jelas berniat jahat kerana menghina Kitab suci Al-Quran.

Serentak itu, beliau meminta semua umat Islam di negara ini bersatu padu menentang tindakan jahat tersebut tanpa mengira pegangan politik masing-masing kerana jelas pihak berkenaan mahu mencemarkan kesucian agam Islam.

"Penghinaan terhadap Al-Quran merupakan penghinaan kepada semua umat Islam seluruh dunia kerana Al-Quran merupakan kitab suci umat Islam."

"Penghinaan ini tidak dapat diterima apatah lagi dalam keadaan kerajaan Belanda seolah-olah lepas tangan dengan kerja jahat penerbit filem Belanda ini," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Wilders yang telah memulakan penyangan filem Fitna yang menghina Islam dengan memetik beberapa ayat Al-Quran dengan imej latar serangan pengganas.

Amsterdam sebelum ini memberi amaran kepada Wilders bahawa filem tersebut bakal mencetus keganasan di negara Islam seperti yang berlaku semasa penerbitan kartun menghina Nabi Muhammad S.A.W.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 
~::peacemaker87::~ © 2008 Hak Cipta Terpelihara | TNB | blogger.com