RAMADHAN:
Mencari Bekal Di Perjalanan.
Oleh: Us Rushdan
Salam
Saudara/saudari yang dimuliakan Allah.
Hakikat kehidupan ini adalah sebuah perjalanan menuju Allah yang menghidupkan dan yang mematikan sesuatu, yang menjadikan muka bumi dan alam semesta ini sebagai tempat ujian untuk makhluk bernama jin dan manusia. Perjalanan itu pula pada hakikatnya adalah perjalanan hati yang sentiasa dipengaruhi oleh dua perunding utama dalam diri manusia iaitu akal dan nafsu.
Allah tidak membiarkan manusia begitu sahaja melalui perjalanan ini tanpa sebarang pedoman. Sifat rahmat dan kasih sayang Allah kepada hambaNya menyebabkan bersama kejadian manusia itu diturunkan bersamanya al-Kitab (al-Quran) dan diutuskan para Rasul a.s. bagi membimbing serta menunjukkan jalan yang betul menujuNya.
Firman Allah: "Ingatlah! Sesungguhnya segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Awaslah! Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan untuk menerima balasan (ujian). Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi apa yang ada di dalam dada kamu (hati kamu), dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah (wahai Muhammad), “Kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)”. (Yunus: 55-58)
Kelebihan... Disertai Kemuliaan.
Allah s.w.t. menjadikan makhlukNya tidak sama antara satu sama lain. Allah melebihkan sesuatu dan mengurangkan sesuatu yang lain. Itulah keindahan ciptaanNya. Antara hikmatnya ialah supaya makhluk ini saling bergantung serta memerlukan antara satu sama lain dan kesemuanya itu berhajat dan bergantung kepada Yang Maha Pencipta. Allah melebihkan dan memuliakan manusia daripada makhlukNya yang lain, begitu juga Allah telah memuliakan Nabi Muhammad s.a.w. melebihi Nabi-nabi yang lain, Allah juga melebihkan hari Juamaat daripada hari-hari yang lain. Dan begitulah Allah telah memuliakan Bulan Ramadhan mengatasi kemuliaan bulan-bulan yang lain.
Setiap yang Allah lebihkan dan muliakan itu memang pada hakikatnya ada kelebihan dan ada kemuliaannya, sama ada pada zat kejadiannya atau pada sebab ia dijadikan. Contohnya manusia, selain daripada kejadiannya yang unik yang menghimpunkan antara sifat haiwan (sifat yang ada pada binatang yang memerlukan makan, minum, seks dan sebagainya serta fizikal daripada jenis mamalia seperti sebahagian haiwan lain) dan sifat Malaikat yang boleh tunduk dan patuh serta mendekatkan diri kepada Allah (seperti sifat patuh para malaikat), manusia juga dimuliakan kerana sebab ia dijadikan iaitu untuk menjadi Khalifah bagi memakmurkan muka bumi ini dengan apa yang diredhai Penciptanya.
Ramadhan... Kelebihannya pada al-Quran.
Begitu juga Bulan Ramadhan. Allah memuliakannya kerana padanyalah diturunkan al-Quran. Sebagai petunjuk yang telah memberi panduan kepada manusia bagaimana untuk hidup dengan cara yang betul, atau dengan kata lain bagaimana untuk memakmurkan muka bumi ini dengan cara yang betul. Iaitu bagaimana untuk melaksanakan tugas Khalifah di muka bumi ini yang dengan sebabnya manusia dimuliakan dan dilebihkan daripada makhluk yang lain.
"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu." (al-Baqarah: 185)
Malah pada malam pertama diturunkan al-Quran daripada Luh Mahfuz diberi fadhilat lebih daripada seribu bulan, dan diulangi setiap tahun sehingga hari Qiamat iaitu malam Lailatul Qadar:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
Ini semua menunjukkan betapa besarnya erti al-Quran kepada kehidupan ini. Oleh itu bagi seorang Mukmin yang memahami tujuan dan erti hidup ini, tiada tulisan yang paling suka untuk ditatapinya berbanding al-Quran, tiada kalimah yang sentiasa menarik hati dan mindanya untuk memahaminya melainkan kalima-kalimah al-Quran dan tiada alunan yang paling suka untuk didengarinya saban hari malah setiap ketika (yang sesuai) melainkan alunan daripada bacaan al-Quran. Sehingga terpancar daripada hati kepada lidahnya sebuah doa yang diulang-ulang kepada Tuhannya:
اللهم اجعل القرآن ربيع قلوبنا ونور
ابصارنا وجلا ءهمناوطريقنا الذى نمشى عليه
Itulah hakikat mukmin dengan al-Quran dan itulah keadaan dirinya di bulan Ramadhan.
Ramadhan Perhentian Untuk Mencari Bekalan.
Allah telah menyusun kehidupan ini sedemikian rupa yang mana hari silih berganti bulan berlalu menjangkau tahun dan Allah telah juga telah mengolah agama yang diredhaiNya untuk manusia yang sesuai dengan peredaran masa supaya manusia tidak lupa bahawa dunia ini ada Pencipta dan Penentu perjalanannya dan pada akhirnya semua manusia akan dikembalikan kepadaNya. Bagi mereka yang lupa dan lalai akan menerima balasan sewajarnya, sebaliknya bagi mereka yang peka dan sentiasa mencari bekal yang disediakan akan mendapat habuan yang dijanjikan.
Allah menentukan pada setiap hari itu waqafat perhentian supaya mukmin mentajdidkan hubungannya dengan Penciptanya melalui solatnya yang telah ditentukan waktunya. Begitu juga pada setiap minggu ada waqfah untuk mukmin berhubung serta menginsafi hal ehwal masyarakatnya melalui solat Jumaat. Dan seterusnyalah Allah menjadikan sebulan suntuk Bulan Ramadhan pada setiap tahun sebagai suatu Waqfah besar kepada hambaNya mukmin untuk dia mencari sebanyak mungkin bekalan untuk perjalanan seterusnya.
Bekalan... persediaan latihan melawan nafsu mengekang kemahuan perut daripda makan dan minum serta mengekang kemahuan faraj daripada seks yang biasanya dihalalkan di siang hari untuk menguatkan hatinya bahawa Syariat Tuhan mesti didahulukan mengatasi kemahuan syahwat. Bekalan... menguatkan hubungan dengan Penciptanya dengan Qiam di malam dan dini hari, berdoa dan bertaubat kepada Yang Maha Pengampun lagi Mengasihani. Bekalan... menajamkan minda dan mata hatinya dengan tilawah dan tadarrus al-Quran sebagai perisai di perjalanan dan untuk pertarungan yang akan datang. Bekalan... menginsafi bahawa perjalanannya yang sebenarnya adalah menuju Akhirat dan di sanalah kehidupan hakikinya dengan memutuskan buat seketika kesibukan dunia fatamorgana ini dengan beriktikaf sepuluh hari terakhir Ramadahan. Bekalan... membentuk akhlak jiwa pemurah dan sifat rahmatnya kepada makhluk Allah serta melawan sifat ananiyyah dan bakhilnya dengan bersedekah dan zakat.
Inilah satu WAQFAH BESAR untuk mencari bekalan yang Allah sediakan bagi mereka bagi yang mengerti tentang hakikat kehidupan ini dan ke mana penghabisannya.
Dan itulah hakikat dan keadaan seorang Mukmin di bulan Ramadhan yang tentunya berbeza dari yang lainnya dan daripada masa-masa yang lain.
“Dan carilah bekalan oleh kamu, dan sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah Taqwa...”
Dipanjangkan oleh:
Cg Jamil (SESTER)

0 comments:
Post a Comment