Artikel ini baik dibaca untuk kita hayati erti kemerdekaan sebenar.
Salam Kemerdekaan
Oleh: Us. Azizie
Salam perjuangan buat anak watan.. Hari ini genaplah 52 tahun kita menyambut sambutan kemerdekaan negara tercinta, Malaysia. Kemerdekaan dari siri-siri penjajahan demi penjajahan bermula dari Portugis, Belanda, British, Jepun dan Komunis. Betapa banyak nyawa yang terkorban, berapa banyak wang ringgit yang hangus demi membebaskan negara dari cengkaman penjajah.
Hakikat yang perlu kita fahami dan akui bahawa penjajah datang bukan sahaja menyerang dari aspek fizikal tetapi juga dalam bentuk serangan pemikiran (al-ghazwul fikri). Serangan para penjajah adalah merupakan rentetan gerakan salibiyyah antarabangsa untuk menggugat dan menghancurkan dominasi Khilafah Othmaniyah dan ketuanan kerajaan Islam yang berpusat di Turki dan tidak terkecuali rantau Melayu.
Kesan dari al-ghazwul al-fikri telah membawa kepada peleburan identiti umat Islam. Identiti (hawiyyah) sebagai seorang muslim yang memiliki kesetiaan yang teguh terhadap agamanya (at-tamassuk bid deen) dan mengambil sibghah allah ( neraca Allah) dalam setiap urusannya. Ini adalah impak yang nyata dari serangan bertubi-tubi dan episode panjang penjajahan.
Ia bukan sahaja melebur identiti Islam tetapi juga identiti bangsa sebagai ummah Melayu. Dalam kata yang lain, jasad dan kulitnya Melayu tetapi akal dan jiwanya keinggerisan (kebaratan). Mereka bertutur dalam bahasa Melayu- Slangga, berbangga dengan bahasa barat, berbudaya dengan budaya hedonistic, berfikir dalam kotak ciptaan Barat. Muncullah fahaman-fahaman baru yang menggugat ketuanan Islam dan ketuanan Melayu seperti Liberalisme, Sekularisme, Pragmatisma dan sebagainya.
Pemikiran ini telah menular dan menjalar kepada generasi pasca Merdeka. Mereka mendewa-dewakan aliran pemikiran ini dan mempopularkan ke dalam masyarakat Malaysia atas nama kesaksamaan, hak asasi manusia, demokrasi dan lain-lain lagi dengan menggunakan pelbagai jenama politik dan NGO.
Pelbagai tulisan dan artikel ditulis , pelbagai idea dan buah fikiran dicanang-canangkan yang membawa penyimpangan dari maksud Islam yang sebenarnya hasil rekaan dan ciptaan pemikiran-pemikiran kebaratan ini. Yang pelik, ia turut diperjuangankan oleh gerakan Islam Liberal, Sisters In Islam dan lain-lain lagi.
Lihatlah kenyataan-kenyatan mereka terhadap isu Kartika, isu persamaan gender, isu feminisma,pelaksanaan rang undang-undang Syariah berkaitan Undang-Undang Kekeluargaan. Mereka menempelak dan mempertikaikan hak –hak yang telah ditetapkan oleh syariat Allah.
Tambahan pula, hari ini muncul kelompok Melayu yang hilang rasa izzah (bangga dan mulia) pada agama dan Melayunya. Mereka pula membiarkan ketuanan bangsa mereka dipermain-mainkan oleh musuh-musuh Islam, dirobek-robek satu demi satu hingga terburai ikatan Islam dan ikatan Melayu. Melayu sama melayu boleh bercakaran sesama sendiri, hilang ruh ukhuwwah islamiah bahkan politik Melayu sudah menjadi politik tuduh menuduh, fitnah memfitnah, cerca mencerca, adu domba dan hilang fiqh al-ikhtilaf.
Kita seharusnya bertanya pada diri kita, apa makna kemerdekaan pada saat dan ketika ini. Apa makna kemerdekaan jika tanah air kita tergadai pada bangsa lain?
Apa makna kemerdekaan jika kuasa ekonomi kita berada pada bangsa asing?
Apa makna kemerdekaan jika agama dipersenda ?
Apa makna kemerdekaan jika anak-anak muda berpeleseran siang dan malam ?
Apa makna kemerdekaan jika Islam diperlekehkan ?
Apa makna kemerdekaan jika ketuanan bangsa kita diancam ?
Apa makna kemerdekaan jika kenegaraan bangsa digugat?
Apa makna kemerdekaan jika jiwa kita hina dina?
Inilah perkara yang perlu kita nilai dan lakukan introspek dalam kita menganjak ke hadapan membina negara bangsa.Kemerdekaan bererti kita harus membebaskan diri kita dari belenggu konkongan hawa nafsu yang menjadikan kita rasa lemah, hina kepada manusia yang mempunyai harga diri ( izzah).
Dengan izzah inilah memungkinkan kita menerajui perubahan dan pembangunan sebagaimana para sahabat R.A. Renungilah ungkapan Rubi’ b. ‘Amir kepada panglima Rustam :
“Nahnu qaimun ibta’athallahu li nukhrijan an-nas min ibadatil ibad ila ibadatillahi wahdah, wa min jauril adyan ila ‘adlil islam, wa min dheekqin ad-dunya ila siaatihi..” [kami adalah satu umat yang dibangkitkan Allah untuk mengeluarkan manusia dari perhambahan sesame manusia kepada perhambaan kepada Allah yang satu, dari kezaliman sistem ciptaan manusia kepada keadilan Islam, dari dunia yang sempit kepada keluasan] Misi kemerdekaan inilah menjadi KPI kepada satu perubahan besar kepada dunia sebagaimana telah dimulakan oleh tokoh kemerdekaan insan dan Negara iaitu Baginda Rasulullah SAW. Marilah kita jadikan tempoh 52 tahun ini untuk kita memperbaharui tekad dan azam mengembalikan kesetiaan bangsa , mengangkat harakat umat dengan mengimbau sejarah perjuangan generasi silam, membina jiwa merdeka, menerjah ke depan, membangun ketuanan umat mempelopori satu kebangkitan.
Pejuang kemerdekaan, Dr. Burhanudin al-Helmy pernah berkata :
"Di atas robohan kota Melaka…Kita bina jiwa merdeka…"
Dipanjangkan oleh Cikgu Jamil

0 comments:
Post a Comment