Sebelum aku memulakan tulisan aku kali ini, ingin ditegaskan bahawa tulisan kali ini aku tujukan kepada diriku sendiri yg semakin lalai dan hayut dibuai arus kehidupan dunia yg fana ni..Semoga tulisan ku kali ini dapat membangkitkan semangat ku untuk terus berjuang dalam menjaga iman ku..
Kali ni aku nk berkongsi pengalaman aku ketika menziarahi sebuah IPTA kat Malaysia ni.Rasanya x perlu aku jelaskan nama IPTA tersebut kerana aku rasa situasi ini berlaku di kebanyakan IPTA termasuk tempat yg aku belajar sekarang yg ternyata situasi tersebut makin jelas kelihatan di tempatku walaupun masih tidak ditahap kronik..
Aku xnk bercerita mengenai kisah ku menghabiskn masa ku di IPTA tersebut, aku cuma ingin berkongsi kisah semasa aku menunaikn solat maghrib di IPTA tersebut.
"Allahuakhbar Allahuakhbar!!!!" Sayup kedengaran suaran muazin melaungkan azan menandakan waktu maghrib telah menjengah tiba.Aku segera mencari surau berdekatan untuk menyahut seruan tersebut. Apabila tiba di surau tersebut,terdetik didalam hati kecil ini dimanakah jemaah2 kat surau ini?blum smpai lagi ke?sedangkan IPTA tersebut terkenal dengan jumlah mahasiswa nya yg ramai.Yg ada hanya muazin dan seorang jemaah lain.Apabila muazin melafazkan iqamat,aku diminta untuk mengimami jemaah tersebut.Dengan rasa berat aku terima pelawaan tersebut kerana padaku lebih baik orang tempatan yg menjadi imam kepada jemaah di situ.
"Assalamualaikumwarahmatullah..." selesai aku memberi salam, aku menoleh ke belakang untuk melihat para jemaah. Alhamdulillah,rupanya sangkaan ku sebelum ni betul.Ramai juga jemaah yg datang solat berjemaah kat surau tu.Kalau x silap hampir 4 saf yg penuh,kalu nk wat solat Jumaat dah boleh kata cukup la..Tp bila kuamati balik jemaah yg ada,aku menjadi hairan.Kemanakah kelibat2 org yg sama bangsa dengan aku sedangkan ini tanah air bangsaku.Aku hanya dapat mengesan beberapa kelibat bangsaku sendiri dicelah2 jemaah tersebut,ada la dalam 5-6 org.Yg lain2 nya semua nya bangsa asing.Aku bangun dari tempat imam dengan seribu persoalan.Kemana pergi nya org2 melayu yg sama bangsa dan agama dengan ku?Kenapa surau ni dikuasai oleh bangsa asing yg datang dari negara lain yg pada aku org tempatan yg seharusnya mengimarahkn surau tersebut.Persoalan tu terus berputar di benak fikiranku.
Apabila kedengaran seruan azan yg menandakan masuk nya waktu Isya',aku sengaja melengahkan masa untuk pergi ke surau.Aku sengaja melepak kan diri ku di cafeteria yg boleh dikatakn penuh dengan makhluk yg bergelar manusia yg telah diberi mandat oleh Ilahi sebangai Khalifah di bumi ciptaanNya ini.Mahasiswa kat IPTA tersebut mmg bagus2,patut la IPTA ni terkenal dengan graduan2 yg berkualiti.Masing2 tekun dengan pelajaran mereka,tekun belajar dalam kumpulan belajar masing2 dan x kurang dengan yg belajar dengan pasangan masing2.Tp kuhairan,mereka x dengar ke laungan azan td yg pada aku dh cukup kuat untuk didengari walaupun xlah kuat sgt.Mereka terus tekun dengan buku dan laptop masing2.Yg aku dapat lihat hanya warga2 asing yg datang nya dari negara mana pn aku x tahu yg bingkas bangun dari tempat duduk masing2 untuk ke surau.Bila la bangsa melayu yg beragama Islam ni nk jadi macam org Islam dari negara asing ni.
Setibanya di surau,kulihat imam nya adalah warga asing dengan pakain nya hanya lah seluar jeans dan t-shirt.Tp jgn dilihat dari penampilan nya sahaja,apabila diamati bacaan nya,fuh..berdegup jantungku(mmg la,kalu x mati la aku.hehe..).Bdk tahfiz mana la yg jd imam ni.Bacaan nya cukup sempurna.Bukan nk kata apa,org melayu ni g surau dengan pakain yg cantik2,siap dengan baju melayu.Tp bila suruh jadi imam,semua nk mengelak.Nk banding dengan org asing ni,diorg bergegas ke surau dengan apa yg ada pada diri masing2,x payah pikir susah nk salin baju ke apa ke.x macam org kita,apa yg ada dlm fikiran org kita,nk ke surau ni mesti pakai baju melayu,mesti pakai kain pelikat,baru bleh g surau.last2 x pergi pn.hampeh betul org melayu ni.bila la nk berubah.
Apabila aku pulang ke IPT aku,baru aku sedar situasi ni turut berlaku kat tempat kau di mana masa solat jumaat,saf2 hadapan dikuasai oleh warga asing.Org melayu yg ada kat saf yg paling depan hanya lah Pak Imam dan Pak Bilal je dengan beberapa org2 yg selalu duk kat masjid.Nasib baik la kat IPT aku x ramai sgt warga asing,kalau x aku rasa situasinya sama je dengan situasi kat IPT yg aku cerita td.
Sama-samalah kita fikir.Mana2 yg baca tulisan ku ini yg rasa dia org melayu yg berpegang teguh pada agamanya yakni Islam,sedar lah,kita yg patut mengimarahkn masjid dan surau kat tempat kita.jgn nk harapkan warga asing je sbb kita x tahu bila diorg akan pulang ke negara diorg.bila diorg dh balik nnt sape yg nk teruskn usaha mengimarahkn surau kat tempat kita kalau bukan kita?Fikirkanlah wahai teman-temanku..