Subscribe News Feed Subscribe Comments


DILEMA PENGANGGUR


“Kami akan hubungi awak dalam masa terdekat”. Itu lah jawapan yang biasa aku dengar setiap kali sesi temuduga yg aku hadiri. Dah lebih setahun aku bergelar graduan selepas dianugerahkan ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal daripada salah sebuah institusi pengajian tinggi awam di Malaysia, tetapi sampai sekarang aku masih bergelar seorang penganggur terhormat. Setiap temuduga yangg aku hadiri memberikan khabar yang tidak pasti, semuanya mengecewakan. Adakah faktor kemelesetan ekonomi yang menjerat aku di dalam situasi ini? Atau ijazah yang aku miliki ini tidak di iktiraf? Kalau nak dikatakan tidak diiktiraf, rakan-rakan ku kebanyakannya sudah memiliki kerjaya masing-masing. “Ah, kenapa semua ini menimpa diriku”, keluh hatiku bila mengenangkan nasib diriku.

“Macamana Angah, dah dapat kerja?” Soalan yang terus menghantui kepala ku bila bertemu saudara mara. Ku sangka pulang ke kampung dapat menenangkan jiwa, namun status ku sebagai penganggur menyebabkn aku sentiasa menjadi bahan perbualan saudara mara ku. Ada yang mula cuba mengatur hala tuju hidupku, mereka mula memberi idea-idea yang pada diri ku semua itu bertentangan dengan kemahuan diriku. Ada yang menyuruh aku mengambil kursus perguruan seperti KPLI atau DPLI supaya aku boleh memohon menjadi guru atau pensyarah. Sedangkan pada pandanganku, buat apa aku belajar 4 tahun dlm bidang kejuruteraan sampai nak pecah kepala, tetapi akhir nya aku ambil kursus perguruan? Berbaloi ke segala hasil usaha aku selama ini? Belajar dalam bidang kejuruteraan sampai memiliki ijazah tetapi sekadar menjadi guru, atau lebih tinggi lagi jadi pensyarah. “Aku nak jadi engineer, sebab tu aku belajar sampai universiti, itu cita-cita aku!” hatiku mula memberontak. Aku mula bingung, fikiran ku mula bercelaru. Tekanan persekitaran mula menekan jiwaku.


*****
“Angah, bila besar nanti angah nak jadi apa?”

“Besar nanti Angah nak jadi jurutera, Angah nak reka kereta lumba, biar semua kereta lumba lain kalah dengan kereta lumba Angah,hehe..” Dengan bersemangat aku menjelaskan cita-citaku kepada ayah sambil menolak-nolak kereta mainan yang ayah hadiahkan kepadaku. Ayah tersenyum melihat gelagatku.

“Macamana kalau Angah dah belajar sungguh-sungguh, tapi Angah tak dapat jadi jurutera jugak?” Ayah mula menimbulkan persoalan dalam kepalaku. “Er, mana boleh macam tu ayah, Angah dah belajar sungguh-sungguh, mesti la Angah boleh jadi jurutera.” “Tapi Angah kena ingat, tak semua yang kita cuba kejar kita akan dapat.” Ayah mula mengeluarkan hujah-hujahnya. “Mana boleh macam tu, Angah dah usaha sungguh-sungguh, mesti Angah dapat. Kalau tak dapat, sia-sia la Angah belajar sungguh-sungguh.” Aku menunjukkan muka tidak puas hati dengan kata-kata ayah. Ayah hanya tersenyum melihat perlakuanku.

“Angah.. Angah kena ingat tau, bukan setiap yang kita inginkan kita akan dapat, kita hanya mampu usaha, yang selebihnya Allah yang tentukan. Dan ini semua tak bermaksud apa yang Angah belajar tu sia-sia kalau Angah tak dapat jadi jurutera. Belajar tu sendiri dah banyak faedahnya. Dengan belajar, Angah dapat tahu apa yang Angah tak tahu. Tak semestinya sebab Angah nak jadi jurutera baru Angah belajar. Belajar tu sendiri pun dikira ibadat tau Angah, banyak pahala Angah dapat.” “Tapi Angah tetap nak jadi jurutera.” Aku masih bertegas.

“Itu terpulang pada Angah la, kalau Angah nak jadi jurutera jugak, Angah berhak berusaha ke arah tu. Itu semua Angah yang tentukan, orang lain tak boleh halang kehendak Angah. Ayah pun tak berhak nak halang kehendak Angah tu. Ayah cuma nak ingatkan Angah je, ayah tak nak la Angah kecewa nanti kalau Angah terlalu mengharap. Yang penting, Angah usaha sungguh-sungguh untuk dapatkan apa yang Angah nak. Jangan cepat putus asa. Selebihnya Angah jangan lupa untuk tawakal, sebab Allah yang tentukan kita dapat ke tak apa yang kita nak tu. InsyaAllah, Allah akan bagi apa yang kita nak jika kita berusaha dan ingat pada Dia. Tapi tak bermakna jika kita tak dapat apa yang kita nak, Allah tak sayang kita. Mungkin Allah nak bagi sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita nak tu.” Jelas ayah dengan panjang lebar. “Tapi ayah nak Angah buat apa yang Angah nak buat, Angah jangan buat sesuatu sebab orang lain yang suruh. Orang lain hanya boleh bagi pendapat, keputusannya terserah pada Angah sendiri, ingat tu.” Pesan ayah lagi.



“Din! Din!, bangun!”

Aku tersedar dari tidurku. Lama jugak aku tidur, ingat nak tidur sekejap sementara nak tunggu masuk waktu zuhur, siap mimpi zaman aku kecik-kecik dulu lagi. Tapi mimpi tadi kurasakan membawa seribu erti kepadaku. Mungkin dulu aku kurang mengerti apa yang cuba disampaikan oleh ayahku sebab masa tu aku baru di sekolah rendah. Tapi sekarang aku rasa aku mula memahami apa yang cuba disampaikan oleh ayahku pada masa tu. Kurasa seperti segala beban dalam kepala ku telah hilang. Segala persoalan yang selama ini membelenggu fikiranku kurasakan telah terjawab hari ini. Terima kasih ayah.

“Din! Apa lagi yang kau termenung tu? Bukan ke kau ada interview petang ni?’ Panggilan Kamal, housemate ku menyedarkan aku. Hampir terlupa aku, pukul 3.3o petang ni aku ada interview kerja. Jam menunjukkan pukul 2.15 petang, aku bergegas bangun untuk solat zuhur, takut jugak terlambat aku nak gi interview. Terpandang pada satu envelop kat atas meja, envelop yang berisi borang KPLI yang baru aku ambil atas nasihat bapa saudaraku. Hatiku terasa lapang, aku rasa aku tahu apa yang patut aku buat..


Nukilan: Pak Cik Miji
29 Oktober 2009
2.18 am

Kunukilkan cerpen ringkas ini khas buat teman-temanku yang berada di dalam dilema dalam menentukan hala tuju hidup masing-masing selepas tamat pengajian masing-masing.semoga sedikit sebanyak dapat membantu.

Final Year Project Presentation

Alhamdulillah..dh selesai present final year project 1..tp sedih. ntah mcmana level of confidence jatuh tiba2 masa nk present, maybe sbb tgok student yg present sebelum aku present kena hentam kot.tp xpe la, semua dh berlalu.


Suasana masa present, but not my turn.

Hasil presentation, aku kena buat penambahbaikan kajian aku.kena tambah sample kajian, kena tambah literature review, mcm2 lg la..so sem dpn kena la jumpa balik panel2 aku ni minta penjelasan mengenai apa yg diorg nk aku improve dlm kajian aku ni.apa2 pun, thanks for the suggestion, bkn senang rupa nya nk dptkn degree ni, project xleh wat cincai2 je..dh la project aku ni investigation, so kena la byk membaca.huhu..

See you next semester My PSM..gua nk enjoy dulu..hahaha...opss!!final exam x lepas lg la.minggu dpn ada final exam,so kena study la..study2!! gambate kudasai..gud luck kepada semua yg nk menempuh final exam. All the best..

Presentation..

Assalamualaikum..

Dah sebulan lebih aku membiarkan blog aku ni tnpa sebarang update, kesibukan sebagai pelajar tahun akhir membataskan aku utk terus bergiat dlm dunia penulisan di alam maya ni..ini pun aku curi masa semasa membuat persiapan slide presentation final year prject aku. Dengan setiap subjek yg aku ambil dlm semester ni mempunyai projek yg perlu diselesaikan, membuatkan kepala aku ni agak kusut utk membahagikan masa antara setiap projek yg perlu aku setlekn dlm masa yg ditetapkan.

Back to my final year prject, aku kena present hasil kerja aku sepanjang semester ni kepada penilai projek aku pada hari selasa ni (27 oktober 2009). Berlainan dgn projek subjek2 lain yg memerlukn pembentangan secara berkumpulan, pmbentangan final year projek ni agk mencabar sbb aku terpaksa membentangkn hasil usaha ku selama ini secara bersendirian. Semoga semua nya berjalan dgn lancar. Thanks to my supervisor, Pn. Azrin Hani yg byk membantu aku dlm menyiapkan final year project 1 aku ni. Semester dpn kena mengadap dia lg utk menyiapkan final year project 2 dimana kerja2 investigation aku thadap sabut kelapa bermula. jgn kepala aku berserabut mcm sabut kelapa tu dh la nnt.hehe..Anyway, wish me luck in my presentation this tuesday.k, nk sambung siapkn slide plak..(^_^)
Blog Widget by LinkWithin
 
~::peacemaker87::~ © 2008 Hak Cipta Terpelihara | TNB | blogger.com