Dari Amirul Mukminin, Abu Hafs, Umar bin Khathab ra. berkata: Aku mendengan Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya diterimanya amal perbuatan itu bergantung pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapat apa yang ia niatkan. Barangsiapa berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya (akan diterima) sebagai hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, dan barangsiapa berhijrah kerana dunia yang akan ia perolehi atau wanita yang hendak dinikahinya, maka ia akan mendapati apa yang ia tuju."
(HR. Dua Imam Ahli Hadits: Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardawih Al-Bukhari dan Imam Abu Husain Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al=Quraisy An-Naisaburi dalam kedua kitabnya yang merupakan kitab hadits yang paling shahih).
Ulasan ringkas;
Setiap amalan mestilah disertakan dengan niat dan nescaya kita akan perolehi apa yg diniatkan. Sekiranya kita melakukan sesuatu kerana nama dan harta, kita pasti akan memperolehinya. Tapi perlu diingatkan, sampai bila nama dan harta itu akan kekal? Mungkin kebaikan yang kita lakukan akan dipuji dan disanjung oleh orang. Tetapi sampai bila kita akan disanjung oleh manusia kerana kebaikan kita itu? Mungkin esok atau lusa kebaikan itu akan dilupakan.
Oleh itu sedarlah wahai insan, lakukan lah segala amalan kerana mencari redha Allah kerana Allah tidak akan lupakan setiap amalan hambanya tidak kira amalan baik mahupun buruk. Setiap amalan walaupun sebesar zarah akan dihitung oleh Allah di akhirat. Setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan oleh Allah SWT.
Semoga segala apa yang kita kerjakan mendapat redha Allah dan dijauhkan dari murka-Nya.

0 comments:
Post a Comment