Wahai manusia; setelah lapar ada kenyang, setelah haus ada kepuasan, setelah berjaga malam ada tidur nyenyak, dan setelah sakit ada kesembuhan. Setiap yang hilang pasti ketemu, dalam kesesatan akan datang petunjuk, dalam kesulitan ada kemudahan, dan setiap kegelapan akan ada terang-benderang.
...mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya) atau sesuatu keputusan dari sisiNya... (Al-Ma'idah: 52)
Sampaikan khabar gembira kepada malam hari bahawa, sang fajar pasti datang mengusirnya dari puncak-puncak dan dasar-dasar lembah; kepada orang dilanda kesusahan bahawa; pertolongan akan datang secepat kilat cahaya dan kerdipan mata; kepada orang yang ditindas bahawa kelembutan dan dakapan hangat akan segera tiba.
Saat anda melihat hamparan padang Sahara yang seolah memanjang tanpa batas, ketahuilah bahawa di sebalik kejauhan itu terdapat kebun yang rimbun penuh hijau dedaunan. Ketika anda melihat seutas tali meregang kencang, ketahuilah bahawa, tali itu akan segera putus.
Setiap tangisan akan berhujung dengan senyuman, ketakutan akan berakhir dengan rasa aman, dan kegelisahan akan sirna oleh kedamaian. Kobaran api tidak mampu membakar tubuh Nabi Ibrahim 'Alaihissalam. Dan itu, kerana pertolongan Ilahi membuka 'jendela' yang mengalir...
...kesejukan dam keselamatan... (Al-Anbiya': 69)
-petikan dari buku La Tahzan (Jangan Bersedih) karangan Dr 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni