Subscribe News Feed Subscribe Comments


Ahlan wasahlan Ya Ramadhan...

Alhamdulillah..
Aku memanjatkan kesyukuran kepada-Mu Ya Allah kerana telah memberi kesempatan kepada hamba-Mu yang lemah ini untuk bertemu sekali lagi dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini.

Ramadhan, tetamu agung yang dinanti-nanti kan oleh setiap Umat Islam. Satu bulan yang di dalamnya terkandung dengan seribu rahmat. Setiap amalan sunat di dalam bulan Ramadhan ganjarannya seperti amalan fardhu di dalam bulan2 lain dan amalan fardhu di dalam bulan Ramadhan ganjarannya seperti 70 amalan fardhu di dalam bulan2 lain. Dan di dalam nya terkandung satu malam yang lebih baik dari seribu malam di bulan2 lain iaitu Lailatul Qadar.

Di zaman Rasulullah, tetamu agung ini sgt dinanti-nantikan. Apabila bulan Ramadhan hampir tiba, para sahabat menangis kerana kegembiraan. Mereka tidak sabar2 untuk bertemu tetamu agung iaitu bulan Ramadhan. Dan apabila berada di penghujung Ramadhan, mereka sekali lagi menangis kerana sedih apabila tetamu agung ini ingin pergi meninggalkan mereka dan mereka bimbang jika tidak dapat lagi untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini di tahun akan datang.

Namun, situasi ini amat berbeza jika dibandingkan dengan situasi di akhir zaman sekarang. Sekarang, apabila Ramadhan bakal menjelma, semua umat Islam akan gembira. Namun, bukan nya kedatangan Ramadhan yang digembirakan, tetapi mereka gembira kerana Syawal bakal datang, Hari Raya akan datang. Bila Ramadhan hampir tiba, masing-masing mula sibuk dgn persiapan untuk sambut hari raya. Yang perempuan mula sibuk untuk menepah baju raya, biskut raya, dan mcm2 lagi. Pasaraya pula mula sibuk dengan jualan murah sempena hari raya. Xpernah pulak aku jumpa pasaraya yang buat jualan murah sempena bulan puasa. Semoga Ramadhan kali ini akan ada perubahan, tidak seperti ramadhan yang sebelumnya..

Aku memohon kepadaMu Ya Allah, Kau pasakkan lah hatiku kepadaMu. Semoga Ramadhan kali ini dapat mendidik hati kecilku ini untuk lebih mendekatiMu. Jangan Kau biarkan aku terus lalai dibuai oleh dunia yang fana ini. Aku berdoa semoga hamba-hambaMu kembali kepadaMu, mengabdikan diri mereka kepada Mu.

InsyaAllah, disepanjang bulan yang mulia ini, aku akan hiasi blog aku ini dengan artikel dan luahan yang berkaitan dengan Ramadhan. Semoga Allah mencurahkan idea ke dalam benak fikiranku ini untuk melontarkan idea2 itu di dalam blog ku yang x seberapa ini..

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 
~::peacemaker87::~ © 2008 Hak Cipta Terpelihara | TNB | blogger.com